Find us on Facebook

Review Birkeshire Pressure Cooker, okay ke sebab harga dia pun murah sangat

Assalamualaikum. Bercerita pasal peralatan dapur, rasanya banyak rumah dah menggunakan presure cooker nie. Pada mulanya Fiza pun tak berminat sangat sebab bukan keperluan utama. Tapi bila memikirkan banyak masa dan tenaga diperlukan tambah-tambah pula bila hendak memasak masakan yang memerlukan tempoh masa yang lama seperti merebus tulang umpamanya. Kalau atas dapur gas paling kurang 3 jam nak tunggu tulang tersebut empuk dengan isi. Memang inilah masanya untuk mendapatkan peralatan dapur presure cooker.


Review Birkeshire Pressure Cooker, okay ke sebab harga dia pun murah sangat | Dalam sebulan, lebih kurang 2 -3 kali kami akan ada menu sup tulang. Memang favorite kami sekeluarga dan husband memang suka sangat dengan sup tulang. Kalau siapa yang biasa rebus tulang mesti tahu betapa lamanya nak siap. Gas rumah pun tak akan bertahan lama.

Rezeki sejak bergelar Shopee Ambassador nie, ada sahaja baucer yang diterima. Untuk kali ini Fiza gunakan baucer yang ada untuk mendapatkan  pressure cooker yang mampu milik. Jadi Fiza pilih untuk dapatkan jenama Birkeshire. Harganya agak murah kalau nak dibandingkan dengan jenama pressure cooker yang ada di pasaran. Jadi mesti nak tahu keberkesanannya kan.

Birkeshire 6L Multi-Function Electric Pressure Cooker PC-260-M (Red)


Birkeshire 6L dengan 36 preset combos

Ia menggunakan penumpukan tekanan wap yang dikawal dengan teliti untuk menjimatkan 70% masa & tenaga sambil mengekalkan lebih banyak rasa & kelembutan terhadap masakan. Birkeshire pressure cooker membolehkan kita memasak, mengukus, memasak perlahan, membakar, menumis, memanaskan dengan mudah untuk membuat hidangan apa pun, semuanya dalam satu periuk.

Saiznya juga tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Birkeshire juga berfungsi sebagai periuk tumis, periuk perlahan, periuk nasi, pengukus & penghangat makanan. Buat sup, rebusan, risotto, kari, tulang rusuk dan juga puding dalam masa yang singkat dengan hanya satu sentuhan butang di periuk.

Pilihan 36 Cooking Presets atau Fully Customise untuk program masakan kita

Pembebasan tekanan automatik atau manual

Penutup mudah dibasuh dan dikeringkan

6L heavy duty triple coated non-stick inner pot

Didatangkan dengan 1 x periuk tekanan digital,
1 x periuk dalaman tidak melekat, 1 x manual, 1 x cawan ukur, 1 x sudu

User manual

Birkeshire Pressure Cooker memang best!!

Serius memang senang nak gunakan. Fiza yang zero knowledge pasal pressure cooker pun baca sikit je manual sebab nak tahu fungsi butang, lepas tu boleh terus masak.

Sebelum ini masak tulang makan masa 3 jam, sekarang 1 jam jer. Dia punya empuk lebih dasyat dari masak atas dapur. Tak perlu nak kacau, tengok api, tengok air, tutup pressure cooker, boleh buat kerja lain.

Rasa tak rugi dapatkan Birkeshire Pressure Cooker. bukan sahaja mampu milik malah warna merah dia yang buatkan Fiza hendak miliki pressure cooker nie. Nak masak bubur pun lagi cepat. 15 minit siap, betul tak tipu. Jimat masa, jimat tenaga. Masakan pun lagi sedap.

Birkeshire Pressure Cooker juga mendapat persijilan antarabangsa penuh, SIRIM & Suruhanjaya Tenaga dengan palam SIRIM Malaysia. Jadi korang tak perlu risau, ianya memang peralatan elektrik yang selamat.


Info lanjut dan pembelian

Untuk lebih lagi maklumat produk, resipi, baucar, petua, dan banyak lagi, layari :
https://www.facebook.com/Birkeshire.MY
https://www.instagram.com/Birkeshire.MY

Untuk pembelian, boleh layari direct link Shopee --> Birkeshire Malaysia

#pressurecooker #multicooker #slowcooker #ricecooker #steamer #foodwarmer #cooker #birkeshire # 6Lpressurecooker # 6L

Post a Comment

0 Comments