Assalamualaikum. Salam Jumaat semua. Memandangkan sekarang ini ramai yang duk cerita pasal vaksin. Dah daftar vaksin ke? Dah panggil ke? Pergi pejabat pun sama, bos sebelum masuk pejabat pun tanya dah dipanggil untuk vaksin ke belum? Jawapannya.. mestilah belum. Tajuk kat atas tu sebenarnnya merujuk kepada mak dan abah Fiza di kampung.
Alhamdulillah, selesai dapatkan 2 dos vaksin Pfizer | Rezeki mak dan abah terima vaksin awal. Dorang ambil vaksin di Bentong, Pahang. Dos pertama pada 19 Mei 2021 dan dos kedua pada 9 Jun 2021. Bila ambil dos pertama mesti kita akan tanya, ada tak kesan sampingan seperti demam atau sakit kepala. Tapi mak jawab alhamdulillah, tiada apa-apa kesan sampingan. Abah juga tidak mengalami apa-apa simptom demam melainkan rasa sakit di tempat yang kena cucuk.
Abah semasa di pusat pemberian vaksin
Hari mak mendapatkan dos pertama
Selesai dos kedua pada 9 Jun 2021
Lega rasanya bila mak dan abah sudah selesai mendapatkan suntikan vaksin Pfizer. Mereka lebih waktu ini. Semoga mak dan abah sentiasa sihat dan dibawah jagaan Allah. Kita hanya mampu doa dari jauh. Dah 6 bulan tak jumpa mak abah.
Gambar sekadar hiasan
Wassalam.
3 Comments
Emak wak pun dah selesai dos kedua sebelum raya tu hari.
ReplyDeleteAlhamdulillah . Sdmoga mereka sentiasa sihat dan dijauhi penyakit yg berbahayaa sekarang ni
ReplyDeletealhamdulillah dah selesai ye.. gambar terakhir tu lucu haha
ReplyDelete