Assalamualaikum. Wanita dan perhiasan emas memang tidak dapat dipisahkan. Betul dulu Fiza ada mentaliti buat apa simpan emas, tak minatlah pakai emas nie. Ditakdirkan dapat mak mertua Pantai Timur, yang mana majoriti wanita di sana, walaupun tinggal di rumah kelihatan seperti pondok paling tidak ada seutas emas di tangan.
Dari situlah minda jadi terbuka dan keinginan untuk mendalami ilmu menyimpan emas perhiasan bermula. Bila dah masuk musim pandemik, nilai emas makin meningkat tinggi. Nak walk in ke kedai emas pun makin susah, jadinya kita search kat internet kedai emas online dengan emas pilihan terkini yang masih boleh dibeli dengan harga yang berpatutan dan upah yang murah.
Bacaan berkaitan : Kenapa perlu simpan emas?
Kedai Emas Hajjah Halijah ada design emas terkini, diskaun upah murah dan boleh beli emas secara online lagi | Nak beli emas secara online nie memang banyak risiko. Sebab itu kita perlu pastikan betul-betul bahawa kedai emas itu benar-benar dipercayai seperti Kedai Emas Hajjah Halijah yang terletak di Perlis nie.
Member yang tinggal di Perlis juga ada bagitahu Fiza pasal kedai emas murah di Perlis, iaitu Kedai Emas Hajjah Halijah (KEHH). Ia memang cukup terkenal di Kedah pada asalnya iaitu sekitar tahun 1992 di Jitra. Lama dah tu kan. Dan pada tahun 2002 cawangan Kedai Emas Hajjah Halijah dibuka di Sungai Petani, Kedah, disusuli cawangan Kangar, Perlis pada tahun 2003 dan seterusnya cawangan Alor Setar, kedah pada tahun 2012.
Kalau nak tahu, kedai emas murah di Perlis, KEHH terletak di Jalan Medan, iaitu di tengah-tengah pekan Kangar. Nak ke sana memang mudah, dengan kemudahan parking yang ada. Jadi tak perlu nak pening cari parking bila ke sana. Layanan yang diberikan oleh staff di sana juga memang terbaik dan peramah. Mereka akan cadangkan emas mengikut bajet yang kita ada.
Kenapa EMAS KEHH Murah berbanding kedai Emas lain?
Harga emas sememangnya mengikut kadar harga emas dunia dan naik turunnya kita terpaksa akur. Tapi kita masih boleh memilih kedai emas berpatutan yang menawarkan kadar upah yang rendah dan dari situ emas yang kita dapat akan lebih murah berbanding kedai emas yang lain.
Di KEHH, mereka memberikan diskaun upah sehingga 50% yang mana sangat berbaloi kalau kita beli dengan mereka. Sebagai contoh: sekiranya harga emas RM253per/gm, KEHH boleh tawarkan pembeli dengan harga emas RM240per/gm bergantung pada diskaun upah yang diberikan.
Kedai Emas Online dengan emas pilihan terkini
Sejak join telegram KEHH, lagilah rambang mata dibuatnya. Mana tidak, setiap hari ada je update emas pilihan terkini, emas tunang, emas kahwin dan mereka sentiasa menjual emas perhiasan baru yang mengikut trend terkini.
Perkhidmatan yang ditawarkan di KEHH
Selain dari menjual emas perhiasan, mereka juga :
- Menawarkan perkhidmatan mencuci dan membaiki barang kemas
- Membeli emas lama & surat pajak gadai dengan harga yang tinggi
- Menawarkan khidmat nasihat berkaitan emas termasuk zakat emas
- Menerima tempahan barangan kemas dan barang baru
- Menawarkan perkhidmatan membeli emas secara ansuran
Rantai Tangan & Gelang
Kepakaran mereka membantu para wanita tampil anggun dengan perhiasan yang eksklusif
Dengan pengalaman 26 tahun, Kedai Emas Hajjah Halijah juga bergerak seiring dengan kemajuan kemajuan teknologi dengan mengambil pendekatan jualan dan perhubungan awam secara atas talian. Ini akan memudahkan orang ramai untuk berhubung secara terus dan mendapatkan informasi terbaru termasuk lah promosi semasa yang dijalankan.
Antaranya dengan mengikuti mereka di Facebook, Instagram dan paling latest adalah di Telegram. Mereka sentiasa update emas-emas dengan design terbaharu dan pelanggan boleh berhubung terus dengan staff mereka yang di situ.
KEHH juga sangat berpengalaman dalam bidang jual beli barangan kemas, dinar, gold bar dan khidmat nasihat berkaitan penyimpanan emas. Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh rujuk di bawah.
Alamat:
No 14, Jalan Medan, Perlis
01000 Kangar
Malaysia
Waktu buka:
Setiap hari (termasuk hari minggu) 10:00 am – 6:00pm
Telegram : https://t.me/s/kedaiemashajjahhalijahsb
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus melalui Whatsapp melalui staf di bawah:
Kila - http://kehhkangar.wasap.my
Munirah - http://kehhsdnbhd.wasap.my
Fika - http://kehjhhalijah.wasap.my
7 Comments
amboiii sangat tagline dia...hahahaha...tapi skrg mmg byk kedai emas yg jual online, trusted pulak tuu!
ReplyDeleteWow menariklah nnt nak singgah cuci mata kat chanel tele hehehe
ReplyDeleteCantik2 design perhiasan emas KEHH ni. Berkenan tengok. Siap boleh beli secara ansuran lagi.
ReplyDeleteLawanya design bangle tiffany.co tu. Senang ni boleh beli online je
ReplyDeleteWahhh emas murah ke ni... Bagus juga kumpul emas skrg kan.. Boleh riki2 tmpat ni nanti. M
ReplyDeleteThanks for sharing this, kalau nak beli emas nak singgah kat kedai ni.
ReplyDeleteCantik2 design nya... Love sgt
ReplyDelete