Assalamualaikum. Menunggu keputusan penempatan sekolah untuk Thaqif memang rasa berdebar-debar. Dapat tahu je boleh semak bermula 1 Ogos 2021, memang tak lengah lagi. Yelah bayangkan kalau tak dapat sekolah yang kita nak tu. Bukan apa macam anak Fiza, sekolah rendah sebelah rumah je.
Macam mana nak semak penempatan Sekolah Murid Tahun 1 Sesi 2022?
Cara nak semak Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2022 / 2023 secara online KPM
1. Daftar masuk https://public.moe.gov.my/
2. Klik Senarai Perkhidmatan Dalam Talian KPM.3. Semak permohonan dan klik button SEMAKAN.
4. Sahkan penempatan dan cetak surat - contoh surat di bawah.
Kalau berjaya dengan permohonan, Alhamdulillah. Kalau tak berjaya boleh buat rayuan. Masih ada masa lagi.
Tahun depan anak sulung Fiza dah masuk alam persekolahan. Huwainaa pun tahun depan tadika. Bertambah sibuk lah mama lepas ini. Tapi tak pe inilah kehidupan dan paling penting kita perlu bersyukur. Jadi yang belum buat semakan pendaftaran penempatan anak cepat-cepat buat yer.
Tunggu panggilan untuk penempatan sekolah Agama pula. Harap dapatlah sekolah tu.
Harap sangat tahun depan sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Anak-anak boleh jumpa cikgu dan bertemu dengan kawan-kawan baru di sekolah. In syaa Allah.
Wassalam.
1 Comments
Lah sedar2 dah besar masuk sekolah dah kan..
ReplyDelete