Find us on Facebook

LE'DOR Perfume mesra wuduk, perfume harga murah tapi baunya mahal

Assalamualaikum. Pencinta perfume atau wangian badan wajib baca entry pendek nie. Malas la nak tulis panjang-panjang sebab tengah sibuk nie tapi still spend sedikit masa untuk update blog. Nampak tak usaha nak update tu.. hehe.. okay back to tajuk yer.

Wangi-wangi nie semua orang suka. Tapi korang mesti tahu kan perfume nie yang ori memang mahal harganya. Boleh cecah ratusan. Dulu masa zaman bujang Fiza memang suka pakai perfume harga paling mahal dalam RM 300 lebih. Kalau nak cari mesti pergi SOGO.


LE'DOR Perfume mesra wuduk, perfume harga murah tapi baunya mahal | Cerita zaman bujang memanglah, gaji untuk diri sendiri je, sekarang nie kalau nak beli perfume harga RM 100 pun memikir banyak kali. Perfume nie mahal sebab ada jenis EDP, EDT, EDC dan EF. Korang baca sendiri la jenis-jenis tu. Sebab itu harga dia berbeza-beza dan ikut ketahanan bau. 


LE'DOR Perfume tahan sehingga 12 jam

Wangian sememangnya buatkan kita bersemangat dan sekaligus bantu imbangkan emosi. Nak cari yang bau best dan tahan lama, korang try LE'DOR Perfume dan ia adalah EDP. Dibuat dari ramuan berkualiti premium yang dipilih secara semula jadi dan memberikan daya tahan sehingga 12 jam. Perfume LE’DOR juga perfume mesra wuduk, jadi tak perlu rasa was-was untuk bawa solat. 


Aura - inspired by Victoria Secret Bombshell (floral & fruity scent)
bau dia sweet but still ada bau bau bunga jasmine sikit

Blush - inspired by Gucci Flora (floral scent),
dia tak bau sweet but more to fressshhh & floral! Soft je




Ada lagi satu wangian Poem - inspired by Britney Spears midnight fantasy (fruity scent), the smelss very sweet & strong. Yang itu Fiza tak try lagi. Habis dua nie boleh try Poem pula. 

Packaging LE’DOR pun nice, boleh dijadikan hadiah lagi. Lagi satu perfume macam nie bukan sahaja boleh digunakan untuk wangian badan, kalau sembur dalam bilik, pakaian yang baru dibasuh, pun boleh. Bau dia memang best. Jadi kalau korang terjumpa brand nie, jangan ragu, beli je tau.

Wassalam.  

Post a Comment

2 Comments

  1. Wahhh... Menarik. Leya memang peminat koleksi perfume.. yg wangi dan mesra wudhuk tu lagi leya suka.

    ReplyDelete
  2. packaging nampak mahal tu , sesuai juga kalau nak bagi hadiah untuk rakan

    ReplyDelete