Find us on Facebook

Homestay tepi Pantai Rusila, Tokmie Guest House, Marang

Assalamualaikum. Hari ini Fiza akan mulakan catatan staycation kami pada awal bulan November baru-baru ini ke Kuala Terengganu selama 3 hari 2 malam. Kami cari Homestay tepi Pantai Terengganu.

Bila kerajaan umumkan rakyat Malaysia boleh merentas negeri, memang kami niat untuk bertemu dengan mak abah di kampung dulu. Belah Fiza memang awal-awal dah settle. Lepas 3 minggu macam tu, kami terus bergerak pulang ke Kelantan. Kami ambil cuti 9 hari.


Homestay tepi Pantai Rusila, Tokmie Guest House, Marang | Cuti 9 hari tu memang kami dan plan nak bawa Ma dan Abah derak bak kata ore klate. Kalau korang ada baca entry sebelum ini, Hari pertama kami lepak rumah, hari ketiga kami ke Lata Kashmir dan Lata Keding. Hari keempat kami gerak ke Kuala Terengganu. Kami bawa semua ahli keluarga sebelah suami untuk bercuti bersama. Kebetulan sekolah kat Kelantan pun belum buka lagi. Total kami semua 12 orang gerak dengan Myvi dan Aruz. 

Kami dalam Aruz, ada Ma serta anak saudara
Abah dalam kereta lain

Homestay yang husband booking ini hanya untuk 1 malam sahaja. Oh.. kebetulan memang waktu nie menuju cuti Deepavali, memang segala hotel dan homestay yang ada kat Kuala Terengganu (KT) penuh. Last minute booking memang gigit jari jelah. Husband book sebulan awal. Jadi pagi Rabu, 3 November 2021 awal-awal pagi dengan hujan di Kelantan, kami bertolak. Dah musim hujan, memang kami dah tahu tapi takpe, lagipun naik kereta, layan je staycation nie. Dah lama tak bercuti. Jom jalan-jalan KT. 


Dari Kelantan nak ke KT tak jauh mana pun. Sewaktu masuk KT masih tak hujan lagi tapi langit memang gelap. Bila dapat tengok Terengganu Drawbridge (Jambatan Angkat Terengganu) terasa seronok sangat. Setiap tahun mesti nak jalan-jalan Ganu. Negeri paling best kalau nak bercuti. Sampai juga tahun nie, ingatkan kena kuarantin setahun kat Selangor tu.

Tiba di Homestay kami dalam jam 1 petang, check in pukul 2. Tokmie Guest House terletak di Marang berdekatan dengan Pantai Rusila. Dekat dan belakang homestay nie je pantainya. Memang waktu kami sampai nie hujan lebat. Jadi apa-apa hal pun kita masuk tengok dulu dalam homestay nie. 


Rumah nie besar. Memang sesuai sangat untuk buat famili gathering kat sini. Kebersihan, keluasan dan segala kelengkapan dalam rumah ada. Pendek kata masuk tu macam masuk rumah sendiri. Nak apa pun ada.  

Peraturan yang penginap perlu tahu

Ruang Tamu

Ruang santai yang luas

Bilik utama

Dapur 

Televisyen dengan siaran utama

Ruang makan

Bilik tidur 2

Bilik tidur 3

Kelengkapan rumah untuk penginap

Pemandangan pantai Rusila

Homestay dari belakang 

Kami kat sini memang tak kemana, lepas check in, kami sekeluarga terus ke pantai. Anak-anak memang tak nak duduk dalam rumah sebab nak main pasir. Jadinya lepas makan, oh ya sebelum itu memang kami singgah beli makanan, pekena lempeng nyior, memang sedap sungguh. Tak dan tukar baju, ingatkan nak tengok-tengok pantai je, last-last terus main tepi pantai. Nanti kita update pemandang Pantai Rusila nie. Memang cantik je, tak sangka dekat dengan Tourist attraction Pokok Apple Pantai Rusila

Layan deruan ombak

Malam tu kami layan BBQ. Port pun disediakan. Memang terbaik homestay nie. Memang kami dah bawa segala keperluan untuk BBQ. Kambing, ayam, hotdog pun Fiza dah marinade semalaman masa kat rumah Ma. Memang meriah malam tu dengan aktiviti BBQ sambil-sambil bersembang. Best.

Bersambung...

Wassalam.  

Post a Comment

2 Comments