Find us on Facebook

L'Oreal Paris Revitalift (Merah) Review | Bantu lawan 8 tanda penuaan yang tidak boleh diabaikan

Assalamualaikum. Rangkaian produk L'Oreal Paris Revitalift memang banyak. Sebelum ini Fiza dah review L'Oreal Paris Revitalift (packaging warna clear/crystal) mempunyai manfaat untuk bantu kurangkan garis-garis halus di wajah. Kali ini pula set lengkap L'Oreal Paris Revitalift (packaging merah menggoda gitu). Nak tahu lebih lanjut, jom baca review L'Oreal Paris Revitalift (Merah). 



L'Oreal Paris Revitalift (Merah) Review | Bantu lawan tanda-tanda penuaan pada 8 zon utama kulit wajah | Tua itu pasti dan tidak boleh dielakkan. Tapi apa salahnya kita melambatkan sedikit proses itu. FIGHT THE SIGNS OF AGEING ON 8 KEY ZONES OF YOUR FACE. 

8 tanda penuaan yang tidak boleh diabaikan iaitu bintik hitam, garis halus wajah, garis bawah mata, kulit kusam, kedutan, pipi turun, pori wajah membesar dan kulit kering.


Bagi bantu atasi masalah ini, apa kata korang cuba dapatkan L'Oreal Paris Revitalift (Merah) yang mana ia terdiri daripada krim malam, essence dan buih pembersih. 

Set lengkap L'Oreal Paris Revitalift terdiri daripada:
  • L'Oreal Paris Revitalift Night Cream
  • L'Oreal Paris Revitalift Centella Micro-Essence Water
  • L'Oreal Paris Revitalift Milky Foam

1. L'Oreal Paris Revitalift Night Cream

Merangsang pertumbuhan semula kulit pada waktu malam dengan Revitalift Dermalift Night Cream. Ia merangsang kulit secara semula jadi kulit supaya apabila kita bangun, kita akan mendapatkan kulit yang lebih cantik.

Night Cream

DERMALIFT yang berkuasa dicipta untuk membantu menegangkan semula kulit dengan menegangkannya semula.

PRO-RETINOL A, terkenal kerana merangsang pembaharuan sel untuk menebal epidermis* untuk mengurangkan kedutan.

CENTELLA ASIATICA, dikenali untuk membantu meningkatkan ketumpatan dan kegebuan kulit.



2. L'Oreal Paris Revitalift Centella Micro-Essence Water

Serun dengan 92% Pati Centella Tulen, mempunuai kuasa penyembuhan yang luar biasa untuk membaiki tanda penuaan dan tekstur kulit untuk kulit yang lebih muda. Titisan 5X Lebih Kecil: Membolehkan penembusan lebih dalam ke dalam lapisan kulit dan mudah terhidrat.

Centella Micro-Essence Water

Lepas pakai Centella Micro-Essence Water, korang akan dapat kesan serta-merta, kulit terasa berair terhidrat, licin dan lebih tegang. Hari demi hari, kedutan kelihatan berkurangan. Kulit terasa lebih tegang dan kelihatan lebih muda.


3. L'Oreal Paris Revitalift Milky Foam

Pembersih wajah yang mampu menanggalkan solekan serta-merta, menghapuskan kekotoran dan membersihkan kulit kita secara mendalam.

Ia juga membersihkan kulit secara menyeluruh dan menjadikan kulit segar, tanpa rasa tegang. Tekstur berkrim susu yang lembut dan kaya ini berbuih dengan banyaknya jika bersentuhan dengan air. Mudah dibilas dan kulit rasa selesa sangat lepas itu. 

Milky Foam


Terdapat juga Facial Mask yang mana setiap mask mempunyai manfaat "The power of 1 bottle of essence in a mask"

L’Oreal Paris Revitalift Essence Face Mask - Plumping & Hydrating
L’Oreal Paris Revitalift Essence Face Mask - Brightening & Hydrating
L’Oreal Paris Revitalift Essence Face Mask - Lifting & Hydrating Skincare

Facial Mask


Kawal keremajaan kulit korang dengan Revitalift. Sejak pakai L'Oreal Paris Revitalift dapat rasa kulit makin gebu.. cewahh.. Ia juga bantu mengurangkan penampilan garis-garis halus sekaligus memelihara dan menawan semula keremajaan kita.

Lepas pakai, dapat rasa kulit makin anjal dan lembut. Sebab itu Fiza setia dengan L’Oreal .

Boleh didapati di Shopee ---> L'Oréal Paris MY Official Store 

#LorealParisMy #revitaliftnightcream #LOrealParis #LOrealSkincare #Revitalift #HyaluronicAcid #Serum #Skincare #WorthIt

Post a Comment

0 Comments