Find us on Facebook

Nak cari ikan dan seafood segar, datang kat Pasar Ikan Pantai Remis, Kuala Selangor

Assalamualaikum. Semalam kami sekeluarga ke Pasar Ikan di Pantai Remis. Punyalah lama tak ke sini, yelah sebelum inikan PKP. Kalau nak cari seafood kena pergi kedai Acheh je, itu pun dah tak berapa fresh. Nak puas hati kali nie, kami pergi terus ke Pantai Remis. Sebab ada member dah pergi beli ikan kat sana. Jadinya pasar kat situ dah kembali beroperasi.


Nak cari ikan dan seafood segar, datang kat Pasar Ikan Pantai Remis, Kuala Selangor | Bagi pengunjung yang tak pernah ke sini, Fiza nak bagitahu bahawa pasar ikan Pantai Remis dibuka hanya pada hari Sabtu dan Ahad. Ia terletak di Tapak Penjaja Pantai Remis.  Bermula jam 8 pagi. Jadinya jangan datang hari biasa, memang tak de pasar nie. 



Kami pergi pun tak la pagi, dalam tengah hari juga. Memang panas tapi pasar nie tetap meriah dengan pengunjung yang datang sebab sebelah pantai. Tengah hari pun dah ada yang main layang-layang. Walaupun cuaca panas tetapi berangin. Itu yang best bila tepi pantai nie, panas berangin.




Setakat nak cari ikan seekor, baik pergi kedai Acheh kan. Tapi kalau niat nak beli seekor ikan tu akan bertukar bila korang datang sini. Harga sekilo ikan memang murah-murah. Korang boleh tengok sendiri harga kat gambar-gambar yang Fiza ambil. 

Ikan kayangan pun sekilo RM14 je. Kat sini dorang tak panggil nama ikan siakap dah, sebabkan viral ikan siakap harga RM 1000 di Langkawi tempoh hari. Ikan Siakap dah ada nama baru, ikan kayangan. Kalau nak makan ikan kayangan, sini memang murah, besar-besar pula tu.  


Selain barang basah, ada juga peniaga yang menjual makanan, pakaian dan macam-macam lagi kat sini. Macam kat pasar malam. Cuma kami memang tak larat nak jalan dengan anak-anak sebab cuaca panas lagi. Sempat beli makanan dan minuman sebab nak makan tepi pantai.



Nak makan apa, semua ada. Beli makanan, buka tikar, lepak bawah pokok. Memang syahdu je layan angin laut sepoi-sepoi bahasa. Cuma laut pula ditambak dan surut, jadi memang tak nampak la suasana tepi pantai. Tapi no problem sebab kami okay je. Janji dapat santai hari minggu. 

Hari minggu memang ramai pengunjung. Yang penting ikut SOP dan elak kawasan sesak. Musim orang berjalan. Mana-mana pun tempat ramai orang.





Nak tahu berapa kami habis untuk barang basah. Mesti korang pun terkejut. Hajat nak buat shell out memang akan tercapai kalau datang beli seafood kat sini. Ikan Siakap seekor, ikan merah seekor, lala, kepah, ketam, udang, kerang, semua sekilo kami beli. Harga RM150 je. Kan puas hati. Boleh simpan dalam peti seminggu dua juga lauk2 nie. 



Settle menu untuk shell out kami malam semalam, gambar kat bawah. Masak sendiri je, boleh makan 2 -3 kali dengan RM150 kalau nak dibandingkan makan di restoran. Nak resipi pun Fiza dah pernah share, boleh check out link nie ---> Resipi Shell Out ala Restoran.


Seronokkan siapa yang tinggal dekat-dekat pantai nie. Nak makan ikan segar senang je nak dapat. Bagi yang belum pernah datang sini, boleh datang, sambil jalan-jalan Kuala Selangor. Macam kami dah selalu datang, sebab tak jauh pun dari Sungai Buloh nak ke Kuala Selangor kalau ikut Highway LATAR. 

Nota: Dibuka pada pukul 8 pagi sehingga 8 malam

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. mcm best je pasar ni. nnti boleh la nak pergi jugak. dekat je ni. tapi tak pernah sampai.

    ReplyDelete
  2. Syokk. Mesti akan pergi la untuk membeli.

    ReplyDelete
  3. dari pukul 8 pagi sampai pukul brpe ek pasar ni?

    ReplyDelete