Assalamualaikum. Alhamdulillah Fiza masih ada idea untuk update blog. Bukan senang nak menulis nie, walaupun ringkas-ringkas tetapi kalau mood ke laut, boleh terbengkalai blog dibuatnya. Kita terus cerita dan review pengalaman di KL Tower Mini Zoo yer. Siapa sangka bersebelahan dengan Menara KL @ KL Tower ada Mini Zoo. Sebab itu nama pun KL Tower Mini Zoo.
Pengalaman bawa anak ke KL Tower Mini Zoo, dapat tengok haiwan secara dekat | Datang sini nak naik Menara KL, tapi awal-awal dah nampak Zoo. Mood anak memang kelaut la sebab dorang nie bukan faham, mama nak naik Menara KL, dorang pula dah nampak Zoo. Nak tak nak lepas turun menara, kena la pergi zoo.
Expectation anak-anak, dalam ini mesti ada harimau, singa. Tapi tak pe, mama dengan dedi layan je sebab nak datang lagi tunggulah korang besar, itu pun kalau masih berminat dengan zoo. Jadi kami pun masuk selepas selesai makan tangah hari di Restoran Moghul Mahal, dalam Menara KL.
Untuk tiket masuk KL Tower Mini Zoo, Fiza tak nak share la sebab harga tiket nie sentiasa berubah-ubah. Jadi kalau tahu info lanjut, terus ke ke website dorang.
Kawasan zoo memang luas dan panjang. Nama je mini sebab haiwan dia semua mini-mini dan kebanyakkannya kategori haiwan peliharaan @ pet. Ada burung kakak tua, ayam, burung-burung kecil, arnab, kura-kura dan banyak lagi lah. Ular pun ada, ular sawa, ada lagi ular mangrove, macam-macam lagi la.
Yang bestnya ada haiwan yang pengunjung dibenarkan untuk sentuh dan bermain seperti arnab, beri makan kura-kura gergasi. Huwainaa dapat pengalaman sentuh anak kanggaroo lagi. Dia pun tak kenal kanggaroo tu tapi kat Mini Zoo nie, anak-anak boleh belajar dan mengenal haiwan-haiwan kecil.
Yang nie boleh bercakap "Kakak Tua"
Reka bentuk Mini Zoo KL Tower terbahagi kepada beberapa kawasan antaranya Mini Jungle, Moonlight Shed, Happy Farm Village, Birdy School, Pet Village, Jungle View dan Forest Walk. Untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran semula jadi, pemilik taman memperkenalkan dua kura-kura terbesar dunia, kera ekor panjang albino, iguana hijau, penyu kulit lembut tempatan terbesar, penyu buaya tertua dan haiwan lain yang jarang ditemui.
Baby Kanggaroo yang jinak
Meerkat nie comel, boleh berdiri
Arnab pun banyak kat sini
Muka keletihan depan Alpaka
Tak ingat la nama apa nie..
Burung Kakak Tua juga nie
Ular pun ada
Nak tunjuk gambar-gambar pun tak berapa banyak sebab Fiza fokus kat video, Nak tengok banyak lagi haiwan, boleh view dan tonton kat Youtube Fiza di bawah nie atau terus ke https://www.youtube.com/watch?v=RSVGnoQvmCg
Anak-anak Fiza memang enjoy habis sampaikan kami lenjun peluh. Mana tak nya boleh tahan juga, naik tangga turun tangga, berbukit lagi. Boleh kata kalau hari-hari ke sini boleh kurus. Bagi Fiza memang okay sangat zoo nie. Untuk anak-anak yang baru nak kenal haiwan, nak tengok haiwan yang rare dan susah nak ada kat negara kita, boleh datang sini.
Expectation Thaqif yang tinggi buat dia merungut tanya mana tiger dengan lion. Mama pun tak jangka itu yang Thaqif nak tengok. Nampak gaya kena pergi Zoo Negara la, ini mini zoo je.
Zoo Negara memang Fiza tak bawa lagi anak-anak. Kena cari masa yang sesuai. Tapi Zoo Taiping kami dah pergi. Cuma tak story kat blog. Lupanya Fiza. Update kat Youtube je.
Kredit : KL Tower Mini Zoo
Okaylah, itu je update pasal KL Tower Mini Zoo, tak habis lagi tau, sini ada aquarium juga. Stay tuned.
Wassalam.
3 Comments
alhamdulillah anak2 mesti happy dapat jalan2 kat zoo ^_^
ReplyDeleteBanyak tempat nak masukkan dalam list ni. Bila nak pergi pun tak tahu lah.
ReplyDeletesaya pun tak pernah sampai sini. tau KL Tower tu je. menarik jugak kalau luas dan ada macam-macam haiwan. kanak-kanak memang suka zoo
ReplyDelete