Find us on Facebook

Cara nak make up simple tapi cantik dengan SLAE Cosmetics, kosmetik mesra wuduk serta tahan lama

Assalamualaikum. Cantik nie subjektif sangat. Ada yang tak pakai make up pun dah cantik dan kalau nak cantik lagi, calit-calit lipstick sikit bagi naik seri muka pun dah okay. 

Macam Fiza sendiri, lebih senang mengenakan make up yang simple. Memandangkan kita orang islam, Fiza lebih prefer SLAE Cosmeticsmake up yang mesra wuduk, mudah ditanggalkan dan nak pakai pun cepat. Bayangkan kalau di pejabat, tak kan nak duk berejam dalam surau semata-mata nak make up lepas solat. 


Cara nak make up simple tapi cantik dengan SLAE Cosmetics, kosmetik mesra wuduk serta tahan lama | Tak dinafikan, dulu Fiza pun kurang gemar mengenakan make up nie. Kononnya suka bare face tapi itu masa zaman muda. 

Kulit pun cantik je waktu tu, garis halus kat wajah pun tak nampak. Ini dah nak masuk 40an, macam-macam dah tumbuh kat muka. Belum lagi lingkaran bawah mata. Kalau tak make up memang nampak macam panda pergi kerja.


Bagi bantu atasi masalah-masalah kulit disebabkan peningkatan usia nie lah, Fiza dapatkan set SLAE Cosmetics (So-Lit-And-Extra)Kosmetik Viral yang lengkap, korang tak perlu nak pikir dan campur-campur brand bila nak make up. Satu brand ada semua.



Kenapa SLAE Cosmetics?

Perkara paling penting dalam pemilihan produk kecantikan adalah bahan yang digunakan dalam penghasilan make up tersebut. SLAE Cosmetics diasaskan oleh  Datin Dr Nik Sarina Hashim, bekas peguam, majistret dan Timbalan Pendakwa Raya dengan Jabatan Peguam Negara. Beliau menjadi seorang usahawan e-dagang dan kini telah menceburi dunia kosmetik kerana beliau sentiasa meminati kecantikan. 


SLAE menggunakan 100% bahan-bahan semulajadi, Make Up Mesra Wuduk,  formulasinya selamat dan diilhamkan oleh alam semula jadi menjadikan ia Make Up Organik.


Rangkaian produk SLAE Cosmetics terdiri daripada :

  • Bare & Boujee Cushion Foundation (Natural Beige)
  • Bare & Boujee Liquid Foundation (Light Beige)
  • Bare & Boujee Compact Powder (Natural Beige)
  • Bare & Boujee 2 Way Cake (Natural Beige)
  • Summerkiss Liquid Lipmatte (Strawberry Colada)
  • Bloom This Way Powder Matte Lipstick (Dusty Peony)
  • Feline Triple Threat Mascara

1. Face foundation 


Foundation adalah benda paling basic yang korang akan apply di muka. Tapi sebelum tu, pastikan muka dicuci, pakai toner dan moisturizer untuk pastikan kulit korang sentiasa lembap dan makeup tahan lebih lama. Lepas itu pilih shade foundation yang sesuai dengan tona kulit korang sama ada cerah atau gelap. Contoh senang kalau korang berkulit cerah, pakai foundation yang cerah, barulah nampak make up korang tu simple dan tak pelik.

SLAE face foundation pula terdiri daripada:  

Bare & Boujee Compact Powder - Light Beige, Natural Beige, Coco Beige


Bare & Boujee Cushion Foundation - Light Beige, Natural Beige, Coco Beige


Bare & Boujee Matte Liquid Foundation - Light Beige, Natural Beige, Coco Beige, Light Tan


Bare & Boujee Two Way Cake - Light Beige, Natural Beige, Coco Beige


2. Lip Colours

Bila muka dah siap, cela-cela, parut jerawat semua dah tutup, part bibir pula memainkan peranan untuk bagi make up korang perfect. Pemilihan lipstik atau lip matte pun penting. Cuba korang tengok, wanita nie paling tidak pun mesti ada satu lipstik kat rumah. Dulu Fiza suka beli lipstik yang warna terang bukan apa, pakai sikit pun boleh sapu seluruh bibir, jimat tau buat gitu. Jadi boleh apply light2 je atas bibir.

Untuk SLAE Summerkiss Liquid Lip Matte, Fiza suka sangat dengan warna Strawberry Colada. Pink sweet je bila sapu kat bibir. Kalau nak buat koleksi, dorang ada warna lain seperti Sandy Beach, Suntanned, Tropical Pink, Sea Coral dan Hot Babe.


Tak suka Lip Matte, lipstick pun ada. Fiza suka dua-dua. Kalau lipmate sapu sekali terus lekat kat bibir, tapi kalau lipstik nie, kena ulang-ulang sikit nak bagi terang. Ada 6 pilihan warna yang korang boleh pilih iaitu Classy Camelia, Dusty Peony, Coral Daisy, Sakura Blossom, Pink Tulip dan Rosy Red.



3. Eye Makeup

Pakai maskara barulah nampak bulu mata tu. Bagi lentik-lentik, baru cun. Feline Triple Threat Mascara – Black dengan manfaat 3 dalam 1 untuk volume, length dan curl. Seronok nak kelip-kelip mata, jangan lupa eye liner.



Tutorial Make Up Pergi Office

Macam yang korang tahu, nak make up simple nie sama macam korang yang baru nak mula nak make up, apa yang perlu korang pakai dulu. Kalau tak tahu sangat nak mula beli apa, nak pakai apa. Korang dapatkan je set SLAE Cosmetics yang macam Fiza ada nie. Memang simple. 


Jadi Fiza share cara-cara nak make up simple, tak sampai 15 minit siap dengan SLAE Cosmetics. 

1. Mula-mula sekali sapukan Bare & Boujee Matte Liquid Foundation. Sapuan yang korang nak buat tu pastikan ringan sahaja sebab Liquid Foundation SLAE nie memang pekat, bubuh sikit pun dah, jadi concealer bawah mata boleh tutup tempat-tempat jerawat, lingkaran gelap bawah mata. Parut jerawat kita pun habis kena tutup.

Mulakan dengan Liquid Foundation

2. Lepas tu, buat sapuan ringan Bare & Boujee Cushion Foundation. Yang nie bagi kemas semua liquid foundation yang mula-mula tadi. Tepek seluruh wajah dan kemudiannya tepek pula Bare & Boujee Two Way Cake.

Ratakan pula dengan Cushion Foundation

Kemaskan dengan Two Way Cake


3. Memang nampak flawless habis bila pakai 3 jenis face foundation nie. Lepas tu boleh la cantikkan bibir dengan lip matte dan lentikkan bulu mata dengan Feline Triple Threat Mascara. Maskara nie memang best, senang nak pakai dan paling penting tidak bergumpal. Elok je lalu kat bulu mata. 

Korang jangan terkejut pula kalau bulu mata korang tiba-tiba panjang, sebab maskara ini ada teknologi melebatkan dan memanjangkan bulu mata. Korang yang ada bulu mata yang tak berapa panjang, elok sangat pakai Feline Triple Threat Mascara.

Lipstik tahan lama, lepas makan nasi dan minum air pun still ada lagi lipstik kat bibir. Best betul.

Color dia mmg favorite kita

Best maskara nie, tak bergumpal

Boleh jadikan blusher juga


4. Last sekali boleh la korang touch up dengan compact powder. Makin cantik make up kita korang. Jangan ingat kita nie pandai make up tau, kita pun tak pandai tapi bila guna SLAE nie, ia betul-betul mudahkan Fiza. Tak sampai 15 minit siap.

Compact powder yg boleh dibawa ke mana-mana

Makeup rasa ringan, tak rasa mcm pakai make up
kat muka

Ada Lipstik Tahan Lama, Cushion Foundation Tahan Lama dan maskara tak smudge kalau kena air, mesra wudhuk and sangat bagus for lower lash. Best part about foundation nie, dia cover habis bintik-bintik hitam kat muka. Kulit nampak flawless dan perfect macam pakai filter kat handphone. 

COVERAGE Foundation & Powder memang terbaik, rasa ringan and siap ada SPF and daun pegaga as ingredient untuk rawat kulit muka. Patutlah dapat Hot selling sebabnya CUSHION FOUNDATION pakai formula Korea.

Lipstik dia pula sangat membantu menutup dark lips dan nak bagitahu juga lipmatte and lipstick SLAE nie tak transfer ke mask. Korang tak perlu risau mask kotor sebabkan make up nie.

Disebabkan ia dari bahan semulajadi jugalah, ia bantu dan merawat muka dan bibir kita nie. Paling best make up korang tahan dari pagi sampai ke petang. 



SLAE Cosmetics terbaik dan HALAL Makeup

SLAE Cosmetics dibuat di kilang kosmetik yang mempunyai sijil halal daripada JAKIM. Ia juga Kosmetik Mesra Wuduk Malaysiahalal dan mudah wuduk dengan kata lain senang ditanggalkan di samping mengandungi kandungan yang mampu merawat wajah korang. Ia juga Make Up Mampu Milik.


Dapatkan SLAE Cosmetics sekararang!!!

Istimewa untuk pembaca, korang boleh mendapat DISKAUN ISTIMEWA dengan pembelian dengan melayari :

[Kod Kupon untuk DISKAUN 10% : Fiza]
[Pembelian Kali Pertama, akan mendapat tambahan 15%!]

[Kod Kupon untuk DISKAUN 10% : SLAEFiza)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SLAE Cosmetics, untuk mendapatkan lebih banyak petua dan godam, lebih banyak TAWARAN, boleh layari :

Instagram

Facebook

Tik tok
📲 https://www.tiktok.com/slae_hq

Untuk menjadi yang terawal mengetahui tentang TAWARAN, DISKAUN, HADIAH PERCUMA, PERADUAN, GIVEAWAY dan lain-lain SLAE, sertai Saluran Telegram #SLAEBabe : https://t.me/+_uj1IpbAl3k5YzQ1

Ingin bercakap dengan PERUNDING KECANTIKAN SLAE untuk membantu korang memilih warna yang sesuai untuk tona kulit dan formula yang sesuai untuk keadaan kulit korang, boleh Whatsapp team SLAE di : http://wasap.my/60192225712/SLAECosmetics

SLAE ialah jenama tempatan yang komited untuk memperkasakan wanita bekerja dan wanita sibuk, juga 100% berinspirasikan alam semula jadi dan bebas kekejaman!

#SLAECosmetics #SLAECosmetic

Post a Comment

1 Comments

  1. kalau malas boleh pakai mask kemana2 sahaja ahhahaha. tpi kalau bukak kena jugaklah bermekap, at least tak kusam dan nampak fresh

    ReplyDelete