Assalamualaikum. Peminat makanan Jepun, yang suka makan sushi wajib baca nie. Bukan apa, kalau kita tengok sekarang ini dah banyak orang jual sushi tepi jalan. Rasa dia tak dinafikan memang sedap dan harga pun serendah RM1. Tapi terfikir juga, kalau dorang boleh buat sushi, mesti tak susah kan.
Jom buat SUSHI dan mee UDON dengan guna produk KANIKA frozen food | Ternyata memang tak susah mana pun. Janji ada bahan-bahan yang berkualiti dan fresh. Barulah makanan kita tu sedap. Tahu tak kat mana nak dapatkan bahan-bahan buat sushi nie? Pernah dengan produk KANIKA? Ia adalah produk keluaran HSH Frozen Foods Sdn Bhd.
Order online je
Pengenalan KANIKA
HSH Frozen Foods Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1991. Pada tahun 1996, jenama “Kanika” telah dicipta dan telah menjadi jenama terkemuka dalam produk makanan inovatif. KANIKA ialah pembekal makanan laut, ikan dan makanan sejuk beku Jepun Malaysia.
Perniagaan teras dibekalkan untuk memborong lebih daripada 1,000 jenis makanan laut beku ke hotel, pasar raya, restoran dan runcit premium berantai. Mereka memilih dan mengimport lebih 1000 produk dari lebih 20 negara ke Malaysia. Mereka juga mengeksport keluar produk ke Hong Kong dan Singapura.
Bahan untuk buat sushi dan udon
Japanese Food keluaran KANIKA
Produk sejuk beku KANIKA memang banyak. Korang nak cari bahan untuk steamboat, fresh seafood, dry food, ready to eat, dessert, kuih, semua ada. Dan paling best bahan-bahan untuk buat sushi pun ada. Untuk jadikan impian makan sushi dan udon di rumah menjadi kenyataan, Fiza dapatkan Udon, Frozen Seasoned Baby Octopus (Chuka Idako), Breaded Scallop, Sesame Salad Dressing, Chuka Wakame, Chuka Hotate dan Chuka Kurage.
Breaded Scallop
Frozen Seasoned Baby Octopus
(Chuka Idako)
Chuka Hotate
Chuka Kurage
Chuka Wakame
Sesame Salad Dressing
Udon
Dengan bahan-bahan yang ada, Fiza berjaya sediakan 3 menu istimewa iaitu Breaded Scallop dengan Sesame Dressing, 4 jenis sushi dan resipe Mee Udon simple.
Breaded Scallop dengan Sesame Dressing
Nak sediakan pun tak susah mana. Ada KANIKA Breaded Scallop dan Sesame Dressing je. Breaded Scallop kita goreng dalam minyak panas. Bila agak kekuningan boleh angkat dan hidangkan dengan Sesame Dressing atau mayonis. Memang kena sangat, Sesame Dressing nie rasa dia masam-masam sikit, cicah sambil makan. Tak sedar habis.
Deep fried lebih kurang 5 minit
Isi dalam Breaded Scallop memang lembut dan padat. Kenyang makan nie dengan anak-anak. Lagi satu KANIKA Sesame Dressing nie memang sedap kalau nak makan dengan apa-apa pun contohnya nak letak dalam salad, letak dalam mee, sayur sebagai penambah kesedapan makanan. Cicah ayam goreng pun sedap.
Cicah dengan sesame salad dressing
Penyediaan 4 jenis sushi - Chuka Kurage, Chuka Hotate, Chuka Wakame dan Chuka Idako
Korang yang selama nie tahu makan sushi je macam Fiza, apa kta kali nie buat sendiri. Tak susah pun. Ini pun pertama kali tau Fiza buat. Memang eksited sangat nak tunjuk kat korang hasil tangan sendiri. Tak sangka dengan KANIKA, menjadi 4 jenis sushi kali ini.
Tak perlu nak panaskan, tak perlu masak. Cuma keluarkan bahan dari tempat beku, nyahbeku selama setengah hingga satu jam dan boleh terus hidang atas sushi.
Selain diletakkan atas sushi, semua bahan-bahan ini sedap dimakan dengan japanese rice yang telah dimasak atau dihidangkan atas salad.
Japanese rice dengan Chuka Wakame
Mee Udon bersama cendawan Shitake
Nak sediakan mee udon pun mudah. Jom sediakan mee udon dengan 5 bahan dan 5 langkah.
Bahan-bahan
- KANIKA Fresh Udon Mee
- Cendawan shitake
- Satu kiub daging
- Satu sudu besar sos tiram
- Satu sudu besar sos ikan
- Daun bawang
Cara Penyediaan
1. Rebus mee udon, bagi lembut sedikit.
2. Masukkan kiub daging, sos tiram dan sos ikan.
3. Masukkan cendawan.
4. Biarkan mendidih dan masukkan daun bawang.
5. Siap untuk dihidang.
Sedap makan panas-panas
Video cara penyediaan tiga jenis masakan
Nikmati hidangan Japanase Cuisine di rumah
Tak susah kan nak sediakan makanan jepun di rumah. Dah la sedap, senang dan cepat nak sediakan. Tak renyah pun sebab ada KANIKA.
Sempena dengan hari Bapa pada tahun ini, Kanika mengadakan promosi jualan bundle set pada harga RM127 sahaja. Pembeli akan mendapat penjimatan sebanyak 10% berbanding harga asal di pasaran. Promosi ini bermula dari 6 Jun sehingga 18 Jun 2022.
Promosi bundle set terdiri daripada:
1 x Black Jute Bag
2 x Udon
2 x Breaded Scallop
2 x Sesame Salad Dressing
2 x Chuka Wakame
2 x Chuka Hotate
2 x Chuka Idako
Dapatkan produk KANIKA di pasaraya berdekatan ataupun secara online di Shopee, Lazada dan Kanika Malaysia | Premium Quality Frozen Food Supplier
Untuk keterangan lanjut, boleh layari:-
KANIKA customer service :
KANIKA Malaysia @Selayang
Block K, Lot 46903,
Jalan Taman Perusahaan Selayang.
68100 Batu Caves, Selangor
Talian Telefon
1300-88-0707
010-2117549
012-9897424
Email:
#kanikamalaysia #premiumquality #frozenfood #freedelivery #easyrecipe #easypreparation #japanesefood #chuka #appetizers #snackfood #halal #sesamesaladdressing #breadedscallop #udon #chukakurage #food #yummy #delicious #easycooking #onlyinkanika #idako #kurage #wakame #hotate
2 Comments
Sedapnya. Siap ada full set.
ReplyDeleteSally mmg selalu beli Chuka Idako tu, buat ratah je hahahaha...makan sorang je tak share punyaaa!
ReplyDelete