Assalamulaikum. Akhirnya ini entry terakhir staycation kami di Hotel Best Western i-City, Shah Alam. Punyalah lama nak cari kekuatan untuk settlekan story nie. Lagi pun saja share kan, kalau hotel nie di sponsor mestilah dah lama siap. Okaylah, sambungan dari entry sebelum, kiranya ini hari kedua kami. Nak throwback semula dari pagi, mula-mula kami ke WaterWorld, masuk SnoWalk dan Trick Art Museum dan last sekali mestilah pergi ke I-City Theme Park.
Giant Ferris Wheel
Kali ini betul-betul enjoy kat I-City Theme Park City of Digital Light | Ini bukan kunjungan kali pertama kami ke I-City Theme Park nie. Last ke sini sebelum PKP, hujung tahun 2019, waktu itu pun krismas. Dan kali ini pun kami datang pada malam Krismas juga.
Kenapa kali ini betul-betul enjoy? Yelah sebelum nie, datang semata-mata untuk tengok lampu, lepas itu naik Giant Ferris Wheel. Kali nie disebabkan kami ambil All Day Happyness Pass, boleh la naik segala mainan yang ada. Cuma sayang memang kami terlalu letih sebab non-stop buat aktiviti dari pagi.
Itsy Bitsy
Sebelum Maghrib kami sempat bagi anak-anak layan Bumper Car, lepas itu ke Itsy Bitsy (Child). Kat sini tempat untuk anak-anak main Jungle Train, Pirate Train dan Fruit Party. Waktu ini dah rasa kepenatan sangat. Muka Huwainaa paling kesian. Kebetulan dah nak waktu Maghrib, kami balik hotel dulu untuk mandi dan solat. Sebab malam nanti banyak lagi mainan yang kami perlu habiskan.
Sambung waktu malam
Sampai hotel, biasalah nak jadi dugaan kecil kan, pintu Hotel Best Western tak boleh buka. Sebabkan pintu dorang nie jenis guna touch card, battery low, macam tu lah. Terpaksa kami tunggu lebih kurang 15 minit kat luar pintu hotel. Tunggu dorang panggil technician lepas tu tukar bateri ke entah macam mana dorang buat, keje dorang kan, pandai-pandailah.
Dalam nak kejar masa, macam itulah, inilah yang dikatakan Murphy's law. Tak tahu google lah sendiri. 7.30 masuk hotel, Huwainaa pun tidur waktu ini. Berat pula rasa nak kejut dia. Muka pun penat sungguh.
Pemandangan I-city dari tingkap hotel
Lepas Isyak kami turun semula. Elok dah mandi, rehat kejap, aktiviti diteruskan lagi. Time nie kaki dengan pinggang Fiza dah rasa nak tercabut. Husband pun macam itu juga. Tapi kami tak putus asa, nama pun berjalan kan. Rugi wooo kalau tak settlekan All Day Happyness Pass.
Malam Krismas, memang ramai manusia. Hajat nak naik segala permainan memang tak sempat. Kami tunggu untuk naik Space Walk pun hampir sejam. Sampaikan Huwainaa mengamuk kata lama. Tapi kalau ikutkan, Space Walk nie paling best dan Fiza pun tak pernah naik lagi walaupun banyak kali ke I-city. Dia lebih kurang macam naik basikal kayuh.
Space Walk
Dari atas korang boleh tengok keseluruhan dalam I-City Theme Park termasuk cahaya lampu yang meriah dan bewarna-warni. Tak kisahlah kena beratur panjang pun sebab lepas ini tak tahu bila akan datang lagi.
Kayuh pun boleh, nak biar dia gerak sendiri pun okay
Kenapalah kami bergambar senget,
sakit pinggang sangat dah nie
Tarikan untuk kanak-kanak yang paling best, 2-Tier Carousel, meriah dengan lampu, 2 tingkat pula tu. Wajiblah naik walaupun masa makin suntuk sebab kami nak habiskan keseronokan kami dengan naik kipas besar pulak lepas nie.
2-Tier Carousel
Settle naik kuda pusing, kita naik kipas besar bak kata Abg Thaqif. Giant Ferris Wheel pun beratur panjang. Memang tak de masa dah nak settlekan permainan lain. Ini yang last. Ada baki 4 permainan yang kami tak dapat nk buat, memang ramai pengunjung. Tapi eloklah, pinggang pun rasa nak tercabut waktu itu. Last dengan Giant Ferris Wheel di I-City Theme Park City.
Nak kata enjoy, memang enjoy habis. Anak-anak paling seronok. Fiza pun rasa puas hati staycation kali ini. Memang berbaloi dan untung kalau korang ambil All Day Happyness Pass. Banyak aktiviti dan permainan yang kita boleh buat, kalau kita betul-betul fit dan banyak masa.
Kami dah planning habis macam mana nak settlekan semua aktiviti kat sini. Sebab itu elok sangat stay kat sini 2 malam. Mujur anak-anak pun bagi kerjasama. Boleh kata segala-gala aktiviti dan permainan kami dapat join. Walaupun ada yg kami tak sempat, semuanya sebab masa. Tapi puas hati, pendek kata tak datang lagi pun dah tak pe. Haha...
Terima kasih kerana sudi baca. Memang panjang cerita staycation kali nie. Kalau rajin korang carilah entry sebelum-sebelum ini.
Wassalam.
0 Comments