Assalamualaikum. Cerita makan lagi. Kalau dah keluar hujung minggu, pergi pula mall, wajiblah cari makan tempat yang best. Kalau ke One Utama nie, tempat makan, restaurant memang banyak. Pilih nak makan apa. Cuma tak tahulah, lepas PKP nie, nak masuk restoran ke, cafe ke, mst kena beratur panjang. Sampai mengamuk budak-budak nie tak nak tunggu.
Kunjungan pertama kali --> Grill makan sendiri di Seoul Garden
Makan-makan kat Seoul Garden, jangan bazir nanti kena bayar lebih | Dah besar pun buat perangai, padahal dah faham bahasa. Macam itulah kalau bawa anak-anak nk pergi makan. Tapi bila tengok Seoul Garden, tenang je macam tak de yang beratur kat luar. Kami pun terus masuk.
Sebelum masuk kena bayar dulu. Total kami 3 orang makan RM190. Tutup mata bayar harga makanan di Seoul Garden. Dulu datang Thaqif tak perlu bayar lagi, sekarang Thaqif kena bayar walaupun hanya makan semangkuk ais krim.
Jadi jangan buang masa, kami terus ambil tempat duduk paling hujung, senang nak cubit anak kalau tak reti duk diam. Haha.. Kat sini korang boleh makan apa sahaja. Tiada limit masa. Kalau kata masuk pagi nak keluar malam pun boleh, tapi takde la yang buat gitu, lemas jugak lama-lama dalam restoran nie.
Style buffet, ambil je apa pun. Menu utama memang daging. Tapi kalau nak makan lamb dan pelbagai jenis seafood pun ada. Untuk sup kami pilih kimchi tomyam, makan daging sambil hirup sup dia, memang mengancam.
Daging lembu dan lamb yang tak diperap
Nie sos kimchi dan juga garlic
Tomyam kimchi, kami dah buh seafood dan mee
Nak makan grill sendiri, angkat terus makan
Kembali lapar bila tengok gambar nie
Nie daging yang diperap
Nie je daging siap masak
yang sempat ambil gambar
Nak tengok gambar makanan yang dimasak memang tak de, siap je terus makan, tak teringat la nak ambil gambar.
Banyak juga Fiza dan suami makan. Sekurang-kurangnya tak de la rasa terkilan dengan harga yang kami bayar tu. Kos untuk 3 orang tapi yang beria makan mak bapak jer. Alahai anak, dorang sibuk nak pergi tengok lego je. Suruh makan tak nak. Tak nak takpe la, kami makan sampai pengsan. Lepas makan barulah sambung exercise pusing One Utama.
Lagi satu, makan kat Seoul Garden nie memang boleh ambil apa saja, tapi kalau bazir korang kena bayar tau. Jadi kalau ambil makanan tu pandai-pandai lah ikut saiz perut. Kang tak memasal kena bayar lebihan makanan.
Wassalam.
2 Comments
Saya suka duduk lama-lama sikit nak bagi perut penuh kalau makan di Seoul Garden. Biar berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Tapi, berangan jew nak makan banyak. Kantung perut tak besar mana hihihiiiii.
ReplyDeleteuiiiii,,, tu baru 3 orang makan,,, makan 4 beranak macam mana niii... aduhhh.,. memang lama xmakn seoul garden...
ReplyDelete