Find us on Facebook

Buds Organics Menyokongi Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Menerusi Bual Bicara Bersama Para Ibu

Buds Organics melancarkan satu sesi ‘‘Ask the Expert’’ bersama perunding laktasi,
Dr Tengku Nur ‘Atiqah, untuk membantu ibu-ibu mempelajari kemahiran dan pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu

Sepanjang tempoh kehamilan dan selepas proses kelahiran cahaya mata, tubuh para ibu mengalami perubahan yang drastik terutamanya semasa menjalani sesi penyusuan. Bagi segelintir wanita, tempoh ini merupakan satu cabaran dan pada masa yang sama merupakan salah satu pengalaman yang paling bermakna untuk para ibu dan bayi.


Peka dengan keadaan semasa dan bersempena dengan sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, Buds Organics telah bersedia untuk berkongsi informasi yang lengkap dengan para ibu mengenai amalan dan teknik penyusuan susu ibu. Usaha ini juga sejajar dengan tema Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang berfokus kepada mendidik dan melatih masyarakat agar sentiasa meningkatkan penglibatan dalam menggalakkan amalan penyusuan susu ibu.

Ini merupakan salah satu inisiatif daripada Buds Organics yang sentiasa menyokong para ibu dalam mendepani cabaran semasa berada diperingkat awal kehamilan dan ketika dalam tempoh penyusuan. Detik-detik ini amat penting supaya para ibu memperolehi dan menikmati penjagaan secara menyeluruh melalui penyampaian informasi terkini ataupun menerusi penggunaan rangkaian produk yang terbaik dan organik.

Berpegang teguh pada prinsip diatas, Buds Organics menjalinkan kerjasama dengan Dr Tengku Nur ‘Atiqah, seorang perunding laktasi dan doktor perubatan. Beliau yang merupakan seorang ibu kepada tiga cahaya mata dan pengasas kepada Bondahaven Breastfeeding Specialist & Spa akan mengendalikan satu sesi “Ask the Expert” yang bertujuan untuk memperkasakan para ibu dengan ilmu-ilmu berkaitan penyusuan susu ibu.

Dr Tengku Nur ‘Atiqah, Perunding laktasi dan doktor perubatan

“Ada kalanya wanita yang baru bergelar ibu atau sedang hamil berada dalam kekeliruan kerana tubuh mereka melalui satu fasa perubahan yang drastik dalam masa yang pantas. Selain itu, terdapat beberapa keberangkalian bagi para ibu yang pertama kali menyusu badan menghadapi kesukaran seperti kepedihan di kawasan payudara atau bengkak payudara, kurang bekalan susu dan sukar untuk melekap (latching). Ini sekaligus memberikan tekanan emosi kepada para ibu dan melenyapkan kefahaman tentang kepentingan amalan penyusuan susu ibu.

“Sekiranya para ibu ada kemusykilan tentang teknik penyusuan atau masih tidak pasti sama ada mahu menyusu dengan susu ibu atau menggunakan susu “formula”, jangan risau; ajukan soalan anda dan kami akan bantu berikan jawapan dalam sesi “Ask the Expert”, ujar Dr Tengku Nur ‘Atiqah.

“Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia merupakan platform yang ideal untuk kami menganjurkan sesi “Ask the Expert” bersama makchic, sebuah laman portal keibubapaan tempatan, bersama Dr Tengku Nur ‘Atiqah. Buds Organics juga teguh bersolidariti dengan badan-badan advokasi dan agensi antrabangsa dalam segala usaha untuk melindungi, mempromosi dan menggalakkan penyusuan susu ibu. Sebagai sebuah syarikat yang berorientasikan dari sebuah institusi kekeluargaan, kolaborasi ini amat bermakna bagi kami,” kata Edna Lim, Ketua Pegawai Pemasaran Buds Organics.

Edna Lim, Chief Marketing Officer of Buds Organics

Beliau menambah, “Ask the Expert’’ akan disiarkan dalam format siri sesi soal jawab yang mengandungi informasi berkaitan penyusuan susu ibu. Kandungan yang ringkas, jelas dan padat ini akan dipaparkan di “Instagram Stories” makchic. Kami berharap ia akan menjadi sumber informasi yang bermanfaat sekaligus dapat memperkasakan semangat para ibu.”

Buds Organics menggalakkan semua bakal ibu dan ibu yang selepas bersalin untuk menghantar soalan mereka ke laman “Instagram” makchic selewat-lewatnya pada 2 Ogos 2022 sama ada menerusi “Direct Message” atau “Instagram Stories”. Dr Tengku Nur ‘Atiqah akan menjawab pertanyaan dan kebimbangan anda mengenai penyusuan susu ibu pada 15 Ogos 2022 menerusi “Instagram Stories” makchic.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman budsorganics.co untuk mendapatkan berita-berita terbaru Buds Organics atau di laman Facebook dan Instagram. Bagi mendapatkan produk-produk menarik dan lestari bagi seisi keluarga, kunjungi laman budsorganics.co/shop/.

Buds Cherished Organics: Menawarkan penjagaan dan perlindungan terbaik kepada ibu

BCO Products for Moms

Buds Organics kekal komited dalam menyediakan penjagaan terbaik untuk wanita yang pertama kali bergelar ibu. Koleksi Buds Cherished Organics (BCO) adalah rangkaian penjagaan kulit pilihan utama yang memenuhi keperluan bakal ibu yang mengalami proses semasa dan selepas kehamilan dan penyusuan susu ibu.

Rangkaian yang tinggi dengan bahan organik dan bebas daripada bahan pengawet ini memenuhi keperluan para ibu – hanya yang terbaik untuk para ibu. Sebagai sebuah syarikat yang menerima pensijilan ECOCERT, produk-produk Buds Organics diperbuat daripada ramuan-ramuan semulajadi dan sumber daripada tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi serta diperoleh secara beretika menerusi pertanian lestari, sekaligus menjadikannya selamat untuk para ibu dan bayi yang baru lahir.
BCO Anti-itch Soothing Vit-C Belly Cream 75ml

BCO Beautiful Blooming Belly Stretch Mark Cream 150ml

Rangkaian produk Buds Cherished Organics terdiri daripada Organic Breast Massage Oil yang membantu menggalakkan laktasi, mengatasi masalah saluran susu tersumbat dan mengurangkan kesakitan akibat bengkak payudara. Bersesuaian dengan produk ini ialah Nursing Salve yang membantu untuk menyembuhkan puting yang merekah dan memberikan kelegaan terhadap kesakitan di bahagian tersebut.

BCO Nursing Salve 15ml
BCO Organic Breast Massage Oil 30ml

Bagi penjagaan selulit (stretch marks), Beautiful Blooming Belly Stretch Mark Cream membantu mencegah, menyembuh dan mengurangkan pembentukkan kulit yang berlekuk di kawasan-kawasan yang terlibat. Sementara Anti-Itch Soothing Vit-C Belly Cream memberi kelegaan pada kegatalan dan melembabkan kulit meregang yang sensitif. Akhir sekali, produk Organic Massage Oil yang baru dilancarkan mengandungi formulasi khas untuk ibu yang baru melahirkan bayi. Produk ini mengandungi bahan dan ekstrak yang berkualiti tinggi supaya dapat membantu mengurangkan pegumpulan cecair dalam badan (water retention), meningkatkan aliran darah, menggalakkan penurunan berat badan dan mengurangkan rasa penat dan sakit otot.

Post a Comment

0 Comments