Find us on Facebook

PROGRAM EXPLORACE MEMPROMOSIKAN PRODUK PELANCONGAN ‘EXPERIENTIAL’ DI DAERAH SABAK BERNAM

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Agensi Promosi Pelancongan Rasmi, Tourism Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah menganjurkan program Explorace Sabak Bernam 2022 pada 13 Ogos yang lalu di Homestay Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam. Lebih 100 orang peserta telah menyertai program ini dan penganjuran acara ini merupakan program kesinambungan dari Program Karnival Pelancongan Sabak Bernam yang telah berjaya dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Sabak Bernam pada tahun 2016 hingga 2018.


Hasil dari kejayaan penganjuran Karnival Pelancongan Sabak Bernam yang lalu, pihak MDSB dengan Kerjasama Tourism Selangor merancang untuk menganjurkan penganjuran acara Explorace Sabak Bernam bagi menggalakkan sektor pelancongan di daerah Sabak Bernam. Acara ini merupakan acara pertandingan penjelajahan berkereta secara berkumpulan di mana peserta perlu mencari lokasi – lokasi yang telah ditetapkan berpandukan maklumat – maklumat yang diperoleh untuk menyelesaikan soalan dan tugasan di setiap lokasi checkpoint.


En Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor berkata, “Pengajuran acara seumpama ini adalah untuk menyokong dan menggalakkan penganjuran acara pelancongan di Negeri Selangor khususnya di daerah Sabak Bernam bagi meningkatkan jumlah kehadiran pelancong serta mempromosi daerah Sabak Bernam sebagai sebuah destinasi pelancongan agro di Selangor. Melalui aktiviti yang ditawarkan, ianya dapat mempromosikan aktiviti pelancongan berasaskan “Experience Tourism” dan berasaskan komuniti yang terdapat di daerah Sabak Bernam.”




Antara pengisian program Explorace Sabak Bernam 2022 adalah penyediaan aktiviti kepada para peserta seperti menjawab soalan kuiz, membuat layang–layang, menghias dan makan nasi ambeng, memancing udang galah, mencari remis di tepi pantai dan menampi padi. Antara kawasan pelancongan yang terlibat di sekitar daerah Sabak Bernam adalah seperti, Homestay Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Homestay Papitusulem, Sekinchan, Homestay Sg. Nibong, Sungai Besar, Homestay Batu 4 Sepintas, Sabak Bernam, dan Mini Muzium Wak Surgi, Sungai Besar.

Post a Comment

1 Comments