Find us on Facebook

Family Camping Journey | Pengalaman kali pertama bercamping di Kenaboi Adventure Camp

Assalamualaikum. Macam mana la boleh terjebak dalam dunia camping nie kan. Ini semua idea husband dan oleh kerana minat kami juga. Camping nie kalau tak minat memang kita tak akan jebakkan diri. Kalau semata-mata nak ikut trend bagi Fiza tak salah tapi korang bayangkan kalau ini trend, memang tak berbaloi sebab harga barang dan peralatan untuk bercamping bukan murah. 

Kalau korang rajin survey harga barang camping, paling murah pun korang boleh dapat kat Decathlon, harga sudu dia pun dah mahal. Tapi nanti ada la yang cakap kenapa tak pakai sudu kat rumah je, hurmmm malas la nak jawab, ikutlah nak bawa apa pun janji tak rasa terbeban kan. 


Family Camping Journey | Pengalaman kali pertama bercamping di Kenaboi Adventure Camp | Untuk kali pertama bercamping dengan anak-anak, kami memilih Kenaboi Adventure Camp, campsite pertama dan perkhemahan pertama kali kami dengan anak-anak. Kalau nak senaraikan aktiviti menarik di Kenaboi, kita minta maaf sebab tak sempat nak explore habis.

Dulu Fiza pun memikirkan juga, kat mana lah tempat nak bukak khemah nie, rupanya kat Malaysia nie banyak campsite, macam korang booking hotel, sama lah macam korang sewa tapak khemah. Lambat makanya tak dapatlah tapak tu. 




Bezanya kalau sewa tapak murah la sedikit. Ada harga RM50, ada yang tinggi bergantung kepada kemudahan fasiliti yang disediakan. Kenaboi Adventure Camp terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Agak jauh jugak dari tempat tinggal kami sbb campsite nie yang masih ada banyak tapak untuk kami booking. Kami ambil 2 hari 1 malam dulu, fasa berkenalan dengan dunia camping. 

Awal mula pertama mula pun dah penat nak loading barang masuk kereta. Korang tengoklah, penuh padat kereta kami. Mujur lah ada ruang sikit untuk Thaqif duduk. Huwainaa terpaksalah duduk dengan mana kat depan.

Laluan masuk ke campsite

Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam setengah. Lama juga sebab bila dah masuk Jelebu, nak ke Kenaboi nie jalan dia bengkang bengkok lepas tu naik bukit. Agak jauh dari penempatan orang kampung, tapi jangan risau, line internet okay je jadi takde la pedalaman sangat pun. 

Tengah hari kami sampai. Waktu nie campite Kenaboi masih dalam proses baik pulih selepas banjir besar yang melanda Selangor hujung tahun 2021 yang lalu. Sungai dia pun semakin melebar dan banyak pokok tumbang yang dorang masih bersihkan. Kalau ikutkan campsite nie cantik penuh dengan pohon dan macam dalam hutan. Tapi masa kami datang, tempat nie betul-betul kosong, macam dilanggar tsunami, dasyat sungguh bencana banjir tahun lepas.

Tapak lengkap dengan flysheet

Fasiliti seperti tandas, surau dan sinki pun masih dalam pembaikan. Tapi okay lah kan sebab nama pun berkhemah, kalau nak perfect baik booking hotel. Bagi Fiza apa yang ada di sini dah cukup baik. Janji ada toilet dan sumber air bersih, dah syukur sangat. Nak solat pun bagi Fiza tiada masalah, surau ada dan kami boleh solat dalam khemah je sebab khemah kami besar. 

Salah satu kemudahan tandas yang baru 

Sinki bekalan air bersih terbaik

Habis cerita bab fasiliti, masa untuk pasang khemah. Ini khemah kedua kami, yang paling senang nak pasang. Guna pum angin je Arpenaz air seconds 4.1 Fresh & Black. Pum terus naik. Tak payah nak bergaduh time pasang khemah.





Lepas set up khemah, boleh la set up barang-barang dan peralatan lain seperti meja, kerusi, tilam, karbinet dapur, meja makan dan lain-lain. Fiza pun mula set up dapur. Nak masak dengan selesa la katakan. Husband siap belikan karbinet dapur, Fiza tak minta pun, sebab karbinet nie bukan untuk memasak je, kita boleh simpan makanan kat dalam beg berzip. Selamat la makanan kita dari serangan semut dan lalat. 









Tak lupa pakaikan anak mosquito repellent patch untuk halang anak-anak kita dari nyamuk. Fiza pakai brand watsons je. Kita yang dewasa nie pun boleh pakai juga. Jadi nyamuk tak akan datang dekat. Berkesan sangat dan kalau kena air waktu mandi sungai pun tiada masalah. 


Lepas pasang khemah, barulah lega. Ambil masa dalam 2 jam jugak nak set up semua. Berpeluh-peluh tak yah cakap la kan. Tunggu masa nk pergi berendam je nie. Sungai depan tapak khemah tapi nak turun tak boleh kat situ sebab tinggi, jadi kena la jalan kaki sikit cari tempat mudah anak-anak nak turun mandi dan main pasir. 










Suasana waktu malam yang ditunggu-tunggu kalau bercamping. Fiza tak ingat pihak campsite tutup lampu pukul berapa, lepas jam yang ditetapkan kawasan campsite akan gelap, jadi campers perlu pasang lampu sendirilah. Bagi kami no problem sebab semuanya kami dah ready. Lampu kepala pun masing-masing ada. Senang nak bergerak waktu malam terutamanya nak ke tandas.





Tidur kat campsite memang best, dengan cuaca sejuknya. Pukul 11 malam pun dah rasa mengigil. Cuma Fiza tak berapa lena sebab ingatkan hujan, padahal bunyi air sungai kat depan khemah kami. 

Pagi-pagi bangun terus tengok suasana hutan. Nyaman betul rasa. Jiran-jiran campers pun semua sporting-sporting. 







Kalau korang rasa bawa budak-budak camping nie susah, anak tak boleh nak tidur, korang try, anak korang akan lebih lena tidur dalam khemah dan paling best dorang tidur awal sebab tiada tv. Nak tengok anak makan banyak time nie lah, lepas main air tahap lapar dia memang menjadi-jadi. Kan best macam nie. Mama masak apa pun semua dorang makan.









Macam nie lah pengalaman kali pertama bercamping. Segalanya dipermudahkan dan kami rasa seronok sangat. Yang tak seronoknya kami ambil 1 malam. Penat semalam, pasang khemah, set up segala benda, hari kedua dah nak balik. Memang tak puas.

Kami decide lepas ini paling kurang nak pergi camping ambil 3 hari. Baru rasa relax dan enjoy. Fasa berkenalan dengan aktiviti camping berjalan lancar. Balik kami buat post mortem barang-barang apa yang perlu dibawa, apa yang masih tak cukup, apa yang tidak perlu dibawa. 

Next campsite? Dah ada dan lebih mencabar. Tunggu...

Wassalam. 

Post a Comment

0 Comments