Find us on Facebook

Pengalaman menaiki kereta kabel tercuram di dunia, Kereta Kabel Langkawi - Langkawi Skycab

Assalamualaikum. Antara terikan utama jika ke Pulau Langkawi, mesti semua orang tahu, mestilah Langkawi Skycab. Walaupun ini bukan pengalaman kali pertama menaiki kereta kabel Langkawi, tapi eksited dia tetap sama, 9 tahun lepas datang berdua, sekarang dengan anak-anak. Eksited nak tengok reaksi budak-budak nie sebab dorang belum pernah naik kereta kabel. 


Pengalaman menaiki kereta kabel tercuram di dunia, Kereta Kabel Langkawi - Langkawi Skycab | Hari ketiga di Pulau Langkawi kami telah ke Underwater World pada sebelah pagi dan tengah hari kami terus ke Langkawi Skycab. Pagi tadi hujan, alhamdulillah waktu tengah hari memang panas terik. Jadi tak risau nak naik kereta kabel.




Macam biasa harga tiket Langkawi Skycab korang boleh semak kat website dorang sebab harga sentiasa berubah-rubah. Tapi untuk warga emas ada potongan harga. Total kami berenam RM 225. Mahal kan. Melancong dalam negara sendiri pun macam inilah. Terima seadanya sebab dorang pun ada kos yang nak ditanggung. 

Kebetulan pula Skycab Langkawi kembali beroperasi bermula September 2011 dan menjadi projek gelembung pelancongan pertama negara. Boleh pilih nak naik Gondola Lantai Kaca atau gondola biasa. Yang lantai kaca tu mahal la sikit dan mesti lebih gayat kan. Tak pe kita naik je gondola biasa. 





Tak lama pun nak naik ke atas Gunung Machinchang nie, dalam 15 minit. Kalau yang belum pernah naik kereta kabel Langkawi, kat sini ada tiga stesen kereta kabel. Stesen Bawah yang mula-mula menaiki gondola. Stesen kedua berada di tengah, pengunjung boleh bergambar, ada frama love comel dan akhir sekali Stesen Atas yang ketiga yang merupakan stesen terakhir iaitu lokasi utama untuk melihat keseluruhan pemandangan.

Kereta kebal tercuram di dunia

Pemandangan Stesen kedua dari Stesen Terakhir

Nie kat stesen tengah

OOTD kat atas Gunung Machinchang

Nak tengok pemandangan kat stesen ketiga

Pemandangan dari stesen ketiga

Love of lock pun ada kat sini

Pak suami tercinta

Macam biasa la, 10 kali snap, ini yang okay

Ma tercinta

Abah macam biasa susah nak masuk gambar



Kenangan dengan cucu




Kami tak pergi ke SkyBridge memandangkan masa pun tak mengizinkan. Skybridge  sekarang dah ada Nature Trail dan Skyglide. Memang best kalau dapat pergi, kita akan rasa dekat dengan alam semulajadi. Lain kali ada rezeki datang lagi.

Harga tiket terkini untuk Skybridge

SkyBridge atau jambatan gantung

Galeri Produk Langkawi


Cenderamata untuk adik ipar


Kami spend time 2 jam kat sini. Puas hati sangat-sangat. Cuaca pun cun. Gambar pun cantik. Sebabkan panas terik mula-mulanya ingatkan akan sejuk kat atas sana. Siap standby anak-anak sweater tapi kat atas sana panas. Turun bawah kami semua terus ke 7 Eleven untuk mencari air lagi. Kat atas pun ada juga restoran dan kami beli air mineral je. Turun cari air sedap sikit. Slurpee la jawabnya. 

Perut masing-masing pun dah lapar, nak cari port makan best kat Langkawi nie. Ada satu tempat nie, 2 hari dah kami duk lalu gerai tepi airport langkawi. Ada banyak gerai makan especially laksa. Niat memang nak singgah sebab esok dah nak balik. Nantikan kita review.

Wassalam. 

Post a Comment

2 Comments