Find us on Facebook

Masjid Seribu Selawat, syukurnya dapat lihat keindahan masjid terapung di Pulau Pangkor

Assalamualaikum. Jom sambung baca staycation 3H 2M kami sekeluarga di Pulau Pangkor. Bagi yang tak ikut entry sebelum nie, Fiza dengan berbesar hati share link sebelum ini, jadi korang ta perlulah nak susah-susah cari kat blog nie.

Kami menginap di Pangkor Holiday Resort dan kami mulakan jalan-jalan kami ke Masjid 1000 Doa. Jangan lupa klik dan baca yer. 


Masjid Seribu Selawat, syukurnya dapat lihat keindahan masjid terapung di Pulau Pangkor | Cuaca waktu nie memang panas nie. Lenjun basah peluh jugak lah demi nak ambil gambar masjid nie cantik-cantik nak masuk dalam blog. 

Lepas keluar dari Masjid 1000 Doa, kami terus ke Masjid Seribu Selawat pula yang terletak di Kampung Teluk Gedong. Kami memang tak pernah lagi jejak kaki di masjid nie. Masjid Seribu Selawat dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (Sultan Perak ke 35) pada 8 Jun 2017. Ia mampu memuatkan seramai 1,500 orang dalam satu masa.


Masjid Al-Badr Seribu Selawat atau dikenali dengan nama Masjid Seribu Selawat, merupakan masjid terapung pertama di Negeri Perak. Pembinaan Masjid Al-Badr Seribu Selawat di Pulau Pangkor bukan sahaja sebagai tempat ibadat tetapi ia adalah satu seni bina pembinaan masjid dan secara tidak langsung menyumbang kepada sektor pelancongan di Pulau Pangkor.





Setiap sudut, ruang dan dinding masjid dihiasi dengan ayat-ayat selawat dan juga ukiran bunga yang menyerikan setiap ruang di masjid ini diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang juga bunga warisan dan simbol bagi negeri ini.

Betapa tenangnya bila dapat masuk masjid ini. Cantik, indah, sejuk dan wangi tau. Rasa macam selesa dan tenang sangat bauan yang ada dalam Masjid Seribu Selawat nie. Silap gaya memang boleh tertidur kerana terlalu nyaman.








Pembinaan masjid macam ini memang sangat-sangat membantu sektor perlancongan di Pulau Pangkor. Kalau sebelum ini Pangkor memang tiada apa-apa selain daripada tempat sejarah, snorkeling dan van pink tu. Bila ada masjid nie, barulah best staycation kat Pulau Pangkor. 

Satu pulau kami dah pusing, nak tahu makan kat mana best kalau datang sini. Kena tunggu la story seterusnya. Makan sambil mengadap laut biru, cantik dan moment itu sampai sekarang susah nak dilupakan. 

Wassalam. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Cantik seni bina masjid ini.
    Saya belum sampai ke sini.

    ReplyDelete
  2. cantik Masjid dia. Indah betul pemandangan. Ada rezeki nak repeat bercuti ke Pangkor

    ReplyDelete
  3. Memang cantik. Padan pulak dengan langit membiru. Baguslah ada tarikan begini

    ReplyDelete