Find us on Facebook

Raikan Gaya Hidup Organik dengan Alce Nero

Langkah pertama ke arah diet yang lebih sihat dan mesra alam


Bersedia untuk meraikan gaya hidup yang lebih organik? Alce Nero™ jenama organik terkemuka di Itali, bersedia untuk membantu anda meraikan langkah pertama yang diambil ke arah diet yang lebih sihat dan mesra alam.

Terdapat kepelbagaian manfaat makanan dan penanaman organik termasuk makanan yang lebih mesra alam dan bersih, pengurangan pendedahan terhadap racun perosak, amalan pertanian yang lestari dan membantu mencegah perubahan iklim, selain memelihara biodiversiti bumi.


100% Semulajadi adalah Bukan Organik - Ini Perbezaannya
‘Semulajadi’ dan ‘Organik’ seringkali digunakan secara bertukar ganti tetapi kedua-duanya adalah amat berbeza.

Menurut definisi USDA, makanan organik dihasilkan tanpa penggunaan bahan kimia, baja atau racun perosak sintetik. Untuk dilabel sebagai organik, sesuatu produk perlu memenuhi syarat-syarat spesifik dan diuji oleh badan-badan yang bertauliah. Pertanian organik juga lebih baik terhadap alam sekitar. Memandangkan ia memerlukan usaha yang lebih banyak berbanding pertanian konvensional, harga makanan organik juga lebih tinggi berbanding makanan yang dihasilkan secara konvensional.


Konsep dari ladang-ke-meja Alce Nero™ adalah susulan rangkaian kerjasama yang terjalin dengan petani-petani organik, seterusnya membuatkan hasil tanaman lebih sihat kerana ditanam tanpa penggunaan racun perosak, bahan kimia sintetik, tidak mencemarkan alam dan tanpa organisma yang diubah suai genetiknya (GMO) bagi memenuhi standard pensijilan organik global. Kesemua produk Alce Nero™ menerima pengiktirafan organik dengan memaparkan Pensijilan Organik Eropah dan Pensijilan Organik Jepun di pek pembungkusannya.

‘Semulajadi’ dalam istilah pertanian bermaksud produk tidak dirawat dengan menggunakan bahan kimia. Penggunaan ayat ‘Semulajadi’ (natural) pada label-label bahan terlibat tidak dikawal selia oleh FDA, oleh itu ia lebih mudah dan kerap digunakan berbanding produk-produk yang diiktiraf dan berlabel ‘Organik’.


Kajian menunjukkan manfaat diet yang seimbang, yang turut merangkumi pengambilan makanan yang disahkan organik kerana ketiadaan bahan kimia daripada racun perosak, mampu memberi kesan yang positif kepada tubuh. Malah, pendedahan racun perosak pada kadar yang rendah dalam tempoh yang panjang mampu memberi kesan terhadap perkembangan neurologi dan tingkah laku kanak-kanak dengan bukti menunjukkan hubungan antara pendedahan racun perosak terhadap tindakan refleks, psikomotor dan perkembagan mental neonatal serta Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Berubah kepada diet organik mengurangkan pendedahan terhadap organofosfat iaitu sejenis racun perosak neurotoksikan yang boleh memperlahankan aktiviti sistem saraf pusat dan periferal secara signifikan. Bahan yang memudaratkan itu boleh ditemui dalam makanan bukan organik yang dihasilkan secara komersial.

Ambil langkah pertama ke arah diet yang lebih sihat dan mesra alam menerusi rangkaian produk organik Alce Nero™ termasuk pasta, sos pasta, puri tomato, cuka, minyak zaitun extra virgin, madu, jem serta sapuan dan sebagainya. Banyak pilihan produk-produk Alce Nero™ yang menambah keenakan rasa, kebaikan organik dan manfaat kesihatan yang terbukti pada setiap hidangan.


Pasta Alce Nero™


Diperbuat daripada gandum durum, pasta Alce Nero™ kaya dengan asid folik, zat besi dan lutein, mempunyai kandungan tinggi protein dan serat serta indeks glisemik yang rendah.


Asid folik adalah nutrien yang amat penting semasa kehamilan bagi perkembangan bayi kerana ia mencegah ketidaknormalan tiub saraf dalam kalangan bayi yang baru lahir. Kekurangan zat besi mampu menyebabkan anemia. Zat besi berasaskan tumbuh-tumbuhan yang boleh ditemui dalam gandum durum membantu memperbaiki keadaan tubuh yang kurang kandungan zat besi. Sementara lutein pula adalah sejenis karotenoid yang penting untuk kesihatan mata. Ia didapati dalam gandum durum dan boleh membantu mengurangkan kemerosotan tisu dalam mata. Diet yang kaya dengan lutein adalah amat penting bagi golongan warga emas yang mungkin mengalami isu kemerosotan penglihatan yang berkaitan dengan usia.

Pasta Alce Nero™ mengandungi sehingga 12g protein, 4.0g serat bagi setiap 100g, 0mg kolestrol dan hanya 1.2g lemak bagi setiap 100g.


Cubalah Pasta Organik Tricolore Alce Nero™ yang turut diperbuat daripada tomato dan bayam bagi kepingan pasta berwarna oren dan hijau, memberikan kebaikan sayur-sayuran organik tambahan.

Pilih pasta organik Alce Nero™ yang memenuhi keperluan hidangan anda termasuk Fusili Organik, Fusili Tricolore Organik, Makaroni Organik, Penne Rigate Organik, Spageti Organik, Pasta Organik Berbentuk Kenderaan, Pasta Berbentuk Abjad dan sebagainya.


Sos Pasta Alce Nero™


Sementara tomato merupakan asas bagi kebanyakan sos pasta, menurut laporan EWG Dirty Dozen 2017, tomato berada di antara 10 tanaman utama yang banyak menggunakan racun perosak. Ini menjadikan lebih banyak sebab untuk memilih sos pasta daripada Alce Nero™.


Tomato kaya dengan vitamin dan mineral termasuk Vitamin A, K, B1, B3, B5, B6, B7 dan Vitamin C. Ia juga mengandungi kalium, folat, besi, magnesium, kromium, kolina, zink dan fosforus. Vitamin C dalam tomato menggalakkan kesihatan kulit yang baik, sementara mangan dan kalium membentuk tulang yang sihat dan mengurangkan kekejangan otot. Vitamin A pula membantu penglihatan, khasnya rabun malam and kemerosotan makular.

Nikmati sos pasta Itali asli seperti Sos Pasta Organik Alce Nero™ bersama Daun Selasih, Sos Pasta Organik bersama Cili, Sos Pasta Organik bersama Bawang dan Daun Selasih atau Pasta Sos Organik bersama Sayur-Sayuran.

Bagi sajian yang sihat, enak dan cepat disediakan, cubalah Pasta Organik Alce Nero™ bersama Sos Pasta Alce Nero™. Ia pasti tidak mengecewakan.


Jem Alce Nero™


Jem Organik Alce Nero™ diperbuat daripada lebih 100gram buah-buahan bagi setiap 100gram produk akhir tanpa kandungan pektin, pewarna mahupun perisa tiruan.


Buah-buah beri yang ditanam dan dituai secara organik dimasak menggunakan kaedah pan-vakum yang menggunakan suhu rendah dan tempoh penyediaan yang amat pendek bagi mengekalkan aroma, rasa dan nutriennya.

Jem Organik Alce Nero™ mempunyai pelbagai manfaat. Ia diperbuat daripada buah-buahan berkualiti yang bebas daripada racun perosak, racun herba atau bahan kimia lain. Ia mengandungi lebih banyak buah-buahan dan kurang gula bagi kandungan antioksidan, serat dan vitamin yang lebih tinggi. Kandungan buah-buahan yang tinggi dan rendah gula juga membantu mengawal pergerakan usus, penyerapan nutrien-nutrien lain dan meningkatkan rasa kenyang bagi mengawal selera.

Pilih daripada Jem Organik Alce Nero™ Strawberi, Aprikot, Beri Biru, Plum, Pic dan Campuran Beri. Sapukan ia di atas roti dan penkek, serta sebagai tambahan pada yogurt, aiskrim, kek, biskut dan pelbagai kemungkinan sajian bagi menambahkan lagi kelazatan yang menyihatkan.

Rakyat Malaysia boleh menggunakan produk Alce Nero™ tanpa rasa was-was kerana telah menerima pensijilan Halal daripada badan yang diiktiraf oleh JAKIM.


Ketersediaan
Produk Alce Nero™ boleh didapati di rangkaian AEON, Ben’s, Cold Storage, Giant, Jaya Grocer, Village Grocer, TF Value dan Kedai Rasmi Ayam Brand di Shopee (https://shopee.com.my/ayambrandofficialstore) dan Ayam Brand Lazada Official Store(https://www.lazada.com.my/shop/ayambrandofficialstore/?spm=a2o4k.pdp_revamp.seller.1.30644608WzkzAm&itemId=2752355805&channelSource=pdp)


Promosi
Serlahkan penampilan hidangan organik anda dengan Pinggan Nordic Alce Nero™, disediakan bagi pembelian bernilai RM30 ke atas bagi sebarang produk Alce Nero™di Jaya Grocer Bukit Jelutong, Jaya Grocer Empire dan Jaya Grocer Gardens dari 28 September sehingga 9 October 2022. Anda boleh memilih pinggan sunshine yellow atau dusty pink. Lebih baik, kumpulkan kedua-duanya! Tawaran ini disediakan selagi stok masih ada.

Untuk resipi-resipi mudah, cepat dan sihat, sila layari https://alcenero.asia/recipes.html dan Facebook page https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.

Post a Comment

0 Comments