Find us on Facebook

Pengalaman menginap di Dorsett Putrajaya, view cantik!!!

Assalamualaikum. Pantang ada cuti, mesti nak cari hotel best nak stay. Sempena Hari Keputeraan YDP Agong yang jatuh pada 5 Jun 2022 (Ahad), Isnin pula cuti, kami pun ambil keputusan untuk bercuti. 

Kebetulan hari Ahad juga kami ada jemputan kenduri di Kajang, alang-alang check in terus hotel di Putrajaya 4hb Sabtu, esok check out boleh terus ke Kajang, kan dah dekat. Jom baca hotel review Dorsett Putrajaya, staycation budget 2 hari 1 malam kami sekeluarga.


Pengalaman menginap di Dorsett Putrajaya, view cantik!!! | Seperti yang dijangka, memang sesak habis atas highway. Mujurlah kami setakat ke Putrajaya, sana-sini kat media sosial dan radio update pasal highway sesak. Sampai je di Putrajaya, mula rasa tenang sebab kereta tak banyak time cuti dan hotel Dorsett nie di Precinct 3, keliling bangunan pentadbiran kerajaan, memang syok la.


Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Nak tahu apa, kami ingatkan takde la orang nak bercuti kat Putrajaya nie. Sekali nak check in, itu dia, beratur panjang. Dekat 1 jam jugaklah kita berdiri dan nak dapat bilik. Tak tahu salah kat mana, sebab bila time kita, check in proses dalam 5 minit je, kenapa orang lain macam datang mengorat receptionist. Punyalah lama. 

Sepatutnya boleh masuk bilik pukul 3 petang, sebabkan queue panjang, 4.30 baru dapat kad bilik. Sabar jelah kan. 




Disebabkan staycation nie pun staycation budget je, nak rasa seronok-seronok stay kat Putrajaya, bilik pun kami ambil yang paling murah, RM 258 dengan 2 x single beds. Single beds pun luas, okaylah nak mengade-ngade tidur kat hotel padahal boleh je balik tidur kat rumah. 




Deco hotel Dorsett memang cantik, simple tapi nampak mewah. Bilik pun luas dan paling penting lengkap dengan segala kemudahan Wi-Fi, Coffee & tea, Free WiFi, Free fitness center access dan air minuman. 







View pun cantik, bilik kami mengadap Masjid Besi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan ada tasik. Nak pergi ke sana pun tak jauh, boleh jalan kaki je. Nanti kita pergi lepas habis tour bilik nie.





Sepanjang 2 hari berada di Putrajaya, macam biasalah cari makanan yang best-best. Antaranya ke Restoran Nasi Arab yang terkenal juga kat Putrajaya nie. Dan lepas itu kami sempat lepak petang sambil layan live band kat Food Truck Putrajaya. Nanti kita story panjang kat next entry.


Best stay sini, hotel selesa, bersih dan kemas. Nak cari makan pun senang, ada banyak tempat makan best kat Putrajaya. Bawah hotel pun ada mart. Memang sesuai sangat nak bawa family besar datang stay sini sambil menikmati suasana di Putrajaya.

Nak booking, boleh terus ke sini --> Hotel Dorsett Putrajaya

Wassalam. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Boleh tahan lama juga menunggu giliran, dan lewat pula baru dapat kad bilik. Banyak sangat pelanggan kot masa tu. Apa pun, kalau dah memang hasrat hati hendak staycation di situ, rasa enjoy saja kan.

    ReplyDelete