Assalamualaikum. Bila dapat undangan food review dari US Pizza rasa syok tak terhingga. Harap rezeki macam nie tiada penghujungnya. Ini kali kedua Fiza dijemput untuk review pizza terbaharu mereka, kali ini di outlet US Pizza Sg. Buloh.
Bacaan berkaitan : Sambal Petai US Pizza betul ke sedap?
US Pizza Flaming Cheezy, teruja habis tengok api menyala atas pizza | Bila dapat tahu ada pizza baru tu nama Flamming Cheezy, terbayangkan flamming tu apa yer.. pedas ke atau berapi-rapi. Macam mana la gaya pizza tu.
Bestnya waktu menunggu tak lama. Kami didatangkan dengan 2 jenis pizza iaitu Flaming Cheezy dan juga favorite Fiza Golden Ocean Salted Egg Pizza bersama milkshake.
Sampai je pizza dorang ada cheese lepas tu terus bakar. No wonder nama pizza nie Flaming Cheezy. Boleh tengok api menyala-nyala dalam 30 saat macam tu. Jadi nak ambil gambar ke kena cepat sebelum api padam.
US Pizza Flaming Cheezy
Api dah padam
Golden Ocean Salted Egg Pizza
Milkshake
Harga US Pizza Flaming Cheezy
Pizza mewah cheese, korang patut try Flamming Cheezy nie. Siap boleh tarik panjang lagi tapi pastikan korang makan masa waktu pizza masih panas, barulah syiok. Topping pizza pun tak kedekut. Kalau beli online pun memang puas hati.
Bagi korang yang tak pernah try makan US Pizza, wajib cuba. Confirm korang tak cari pizza lain. Nak order boleh tengok website dorang www.uspizza.my.
Wassalam.
2 Comments
US pizza ni promo dia mmg melethoppp
ReplyDeleteKena makan kat kedai la, baru nampak api tu. Hehe
ReplyDelete