Find us on Facebook

Staycation Melaka | Pengalaman menginap di The Shore Hotel & Residences

Assalamualaikum. Lama jugak tak staycation kat Melaka. Kalau setakat singgah tu selalu, tapi nak stay hotel seingat Fiza last bercuti tahun 2014. Waktu itu pregnantkan Thaqif. Sekarang Thaqif dan umur 7 tahun. Kebetulan ada job kat Melaka, alang-alang bercuti la kat sana. Ambil hotel sekali, boleh jalan-jalan waktu malam kat Melaka. Bagi yang merancang nak bercuti di Melaka, jom baca review The Shore Hotel & Residences nie.


Staycation Melaka | Pengalaman menginap di The Shore Hotel & Residences | Kalau nak cerita pasal kemudahan yang disediakan dalam bilik hotel, semuanya room facilities yang disediakan dalam bilik hotel lengkap. Cuma yang berbeza adalah viewnya. Nak tengok view yang kami dapat, kena la baca sampai habis.

Lobi pendaftaran

Kami ambil Studio Suite dengan 2 katil single dan ada tambahan sofa bed. Nak bercuti sambil jimat, ginilah caranya, Ini pun dah harga RM 300 satu bilik. Tapi korang jangan risau, walaupun single bed, katilnya luas. Sesuailah untuk kami dengan 2 anak kecil. 

2 x single Bed

Sofa Bed

Meja dan lampu

Kemudahan tandas

Kemudahan shower

Televisyen dengan siaran berbayar

Peti besi dan seterika

Tea dan coffee maker

Induction cooker

Telefon

Awal-awal booking sofa bed

View yang kami dapat memang betul-betul nice. Mengadap Bandaraya Melaka tau. Pandang ke bawah boleh nampak sungai, boleh nampak Melaka River Cruise lalu lalang atas sungai. 

Balkoni tingkat 20

Pemandangan Bandaraya Melaka

Kalau stay hotel wajib mandi kolam. Kalau tak mandi pun nak tengok jugak bentuk kolam. Kolam kat hotel nie memang cantik siap dengan mini playground. 







Kalau nak tahu The Shore Hotel & Residences ada kemudahan Shopping Complex. Dia link sekali dengan The Shore @ Malacca River. Jadi senang nak shopping dan makan. Turun je bawah ikut lift yang disediakan. 

Pendek kata memang best dan puas hati sangat dengan hotel yang kami stay kali ini. Nak ke bandaraya Melaka pun tak jauh, dalam 5 minit menaiki kereta. Nak booking beca pun boleh tau.

Tapi kena ada contact number dorang la. Kalau korang awal-awal dah naik beca, nanti dorang akan tanya hotel mana korang ambil. Dorang akan bagi nobor telefon, kalau nk guna perkhidmatan dorang, abang2 beca nie akan hantar dan ambil. Janji ada duit. 

Sebelum check in hotel, kami dah jalan-jalan bandaraya Melaka, boleh baca sini

Nak tengok bilik-bilik lain yang disediakan hotel nie dan untuk tempahan melalui Agoda, korang boleh klik link nie--> The Shore Hotel & Residences

Wassalam.
 

Post a Comment

1 Comments