Find us on Facebook

UniSeri dengan ekstrak Bunga Telang (Butterfly Pea) bantu mencerahkan serta mengembalikan keserian wajah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat sahabat pembaca. Baru-baru ini sempena cuti Raya Cina, Fiza macam biasa balik ke kampung mertua di Kelantan. Sebelum balik tu mcm biasalah mesti nak Ma buatkan makanan paling special, bukan takde kat area Selangor nie, cuma nak cari yang sedap tu tak de. Nak tahu ape?

Nasi kerabu ayam bakar!!! Teringat pun dah terliur. Nak tahu apa yang paling asli dengan nasi kerabu Ma buat? Ma gunakan bunga telang untuk warna biru nasi kerabu tau.


UniSeri dengan ekstrak Bunga Telang (Butterfly Pea) bantu mencerahkan serta mengembalikan keserian wajah | Itu cerita nasi kerabu. Bunga telang juga dijadikan minuman teh kerana dipercayai membantu mengekalkan awet muda dan ketegangan kulit. Menarik kan, mesti ramai yang tak berapa tahu. 

Jadi ada tak set kecantikan berasaskan bunga telang nie? Ada korang. Cuba search, confirm keluar nama produk UniSeri. Jadi, Fiza pun dapatkan terus kombo set lengkap UniSeri. Tak sabar nak review set lengkap Uniseri. Korang pun mesti nak tahu jugak kan. 

Jom baca sampai habis. 


Kombo set lengkap UniSeri

Sebelum itu Fiza nak share sikit pasal produk UniSeri nie. UniSeri merupakan produk kecantikan dan penjagaan kulit berasaskan ekstrak Bunga Telang sebagai bahan utama serta kaya dengan antioksida. 

UniSeri adalah rangkaian produk kecantikan wajah hasil penyelidikan UniKL Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET) bagi membantu mereka yang nakkan rutin penjagaan kulit yang baik. Tak salah lah Fiza nak cuba produk nie. 

Made in Malaysia, okay!!


Didatangkan dengan set lengkap yang terdiri daripada Cleanser, Toner, Serum dan juga CC Cream. Set macam nie lah korang patut dapatkan sebab senang, tak perlu nak beli set lain-lain. 
  1. Blu Telang Pore Daily Cleanser (50ml)
  2. Blu Telang Hydrating Toner (50ml)
  3. Blu Telang Rejuvenate Serum (15ml)
  4. Blu Telang Pore Refining CC Cream (15g)



Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam UniSeri:

1. Blu Telang Pore Daily Cleanser

Pembersih wajah ini membantu membersihkan kulit dengan lebih mendalam dan membantu untuk melembapkan kulit. Pencuci wajah ini juga mampu untuk mencerahkan kulit yang kusam.


• Ekstrak Bunga Telang – Menganjalkan, mencerahkan dan melembapkan kulit dan serta mengurangkan kesan-kesan penuaan pada kulit

• Ekstrak Bunga Sakura (Sakura Extract)- Mencerahkan kulit wajah,memudarkan jeragat dan meratakan tona kulit

• Vitamin C - Mencerahkan kulit wajah, mengurangkan pembentukan garis-garis halus dan mengurangkan keradangan kulit

• Ekstrak Aloe Vera – Mengecilkan liang pori, melambatkan proses penuaan dan melembapkan kulit wajah



2. Blu Telang Hydrating Toner

Penyegar wajah yang dapat menambah kelembapan pada wajah serta mengecilkan liang pori-pori. Ianya juga dapat membantu untuk menganjalkan kulit dan meredakan iritasi atau kemerahan.


• Ekstrak Bunga Telang – Menganjalkan, mencerahkan dan melembapkan kulit dan serta mengurangkan kesan-kesan penuaan pada kulit

• Bee Venom - Menganjalkan kulit wajah dan mengurangkan pembentukan garis-garis halus

• Witch Hazel - Mengecilkan liang pori, mengurangkan pembentukan jerawat, mengurangkan pengeluaran minyak dan melembapkan kulit yang kering



3. Blu Telang Rejuvenate Serum

Serum ini diformulasikan khas untuk mengatasi kulit kering, mengimbangi kulit berminyak, mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat.


• Ekstrak Bunga Telang – Menganjalkan, mencerahkan dan melembapkan kulit dan serta mengurangkan kesan-kesan penuaan pada kulit

• Hyaluronic Acid (HA)- Mengatasi kulit kering dan bertindak sebagai ejen pelembap.

• Arbutin – Mencerahkan parut jerawat, membantu mengatasi kulit kusam.

• Ekstrak Aloe Vera – Mengecilkan liang pori, melambatkan proses penuaan dan melembapkan kulit wajah



4. Blu Telang Pore Refining CC Cream

Berfungsi sebagai krim siang atau primer sebelum menggunakan makeup. Ia juga bertindak sebagai moisturizer.


• Ekstrak Bunga Telang – Menganjalkan, mencerahkan dan melembapkan kulit dan serta mengurangkan kesan-kesan penuaan pada kulit

• Arbutin –  Mencerahkan parut jerawat, membantu mengatasi kulit kusam.

• Shea Butter – Membantu melembapkan kulit, menghalang pembentukan jerawat, menyekatakan tona kulit

• CC Beads – Membantu menyamarkan parut dan kesan jeragat di wajah, memberi kesan yang sekata pada kulit wajah



Cara penggunaan : 

Langkah 1 - Blu Telang Pore Daily Cleanser 

1. Picit sedikit cleanser atas telapak tangan dengan sedikit air. Buat urutan lembut ke seluruh wajah dan leher.

2. Bilas dengan air. Gunakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. 

Pembersih wajah tanpa buih

Wajah bersih, cerah dan lembut


Langkah 2 - Blu Telang Hydrating Toner 

1. Guna setelah wajah telah dibersihkan dengan cleanser. Titiskan toner atas telapak tangan.

2. Sapu pada wajah dan leher. Gunakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. 

Toner cepat serap tanpa rasa lekit

Mengekalkan kelembapan kulit


Langkah 3 - Blu Telang Rejuvenate Serum 

1. Seterusnya picit 1-2 titis serum atas muka.

2. Buat urutan lembut ke seluruh wajah. Gunakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. 

Serum dengan tekstur ringan

Atasi kulit kering dan bantu kecutkan jerawat


Langkah 4 - Blu Telang Pore Refining CC Cream 

1. Akhir sekali, picit cc cream atas tangan. Sapukan rata pada wajah. 

2. Boleh juga dijadikan primer atau base sebelum penggunaan makeup. Sekiranya ingin menggunakan suncreen, pastikan cc cream ini disapu selepas memakai sunscreen.

Mempunyai CC Beads yang dapat berubah warna dan sesuai dengan semua jenis tona kulit

CC Cream dengan fungsi pelembap

Merawat kulit dan mencerahkan

UniSeri Skincare pilihan saya!!

Sekali pakai dah best. Tak menyesal dapatkan kombo set UniSeri, lengkap dan berbaloi. Muka jadi bersih dan lembut serta merta. Fiza sendiri pun gunakan secara konsisten 2 kali sehari, rutin harian siang dan malam. 

Produk UniSeri terbukti tinggi dengan anti oksidan kerana bahan utamanya iaitu Bunga Telang. Ia sangat membantu: 

• Menghidrat kulit muka untuk mengatasi kekeringan dan kusam
• Mencerahkan kulit yang kusam
• Melembabkan kulit wajah dan mengecilkan pori-pori
• Menegangkan dan mencerahkan kulit muka
• Melambatkan proses penuaan
• Mempunyai bahan-bahan yang berfungsi untuk memudarkan parut jerawat dan merawat kulit kusam



Jom sesama kita BERSERI-SERI DENGAN UNISERI!

Produk UniSeri diperbuat daripada bahan semulajadi dan selamat serta Halal dengan harga RM 165.00 (NP: RM 223.00)


Untuk keterangan lanjut , korang boleh layari : 

Admin UniSeri (whatsapp) atau dropship dan Ejen2 UniSeri yang sah!
🟣 019 262 5128

Instagram UniSeri

Website UniSeri

Post a Comment

1 Comments