Assalamualaikum. Alhamdulillah rezeki tahun ini bila dapat jemputan untuk menghadiri Previu Bufet Ramadhan yang dianjurkan oleh Bangi Golf Resort (BGR). Memandangkan bulan puasa yang mulia semakin menghampiri, mesti ramai yang tercari-cari menu juadah dan tempat yang selesa untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Yang penting tempatnya pula selesa dan berbaloi dengan harga.
Jom Iftar!! Bufet Ramadhan Bangi Golf Resort 2023 juadah paling beraneka dengan harga berpatutan | Bertemakan "Jom Iftar", Bangi Golf Resort (BGR) dengan bangganya mengumumkan Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2023 kali ini lebih kepelbagaian hidangan dan minuman yang sedap, menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi dengan tawaran harga yang amat berpatutan.
Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang dinanti-nantikan untuk kita berkumpul dan sama-sama menikmati juadah berbuka puasa dan dan menikmati makanan yang lazat bersama-sama. Tahun ini juga, tiada lagi sekatan pergerakan dan perjalanan, jadi dapatlah kita bersosial dan berkumpul bersama ahli keluarga dan rakan taulan dalam bulan puasa sehinggalah sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Bufet Ramadan kali ini menawarkan menu kegemaran klasik BGR iaitu Kambing Golek (dibakar secara perlahan), Sup Kambing Mamak yang berempah dan wangi, Sate Ayam yang dibuat dan dibakar di BR, Smoked Spaghetti Carbonara, dan kegemaran ramai setiap tahun: Sous Vide Egg dengan Mushroom Espuma.
Kambing Golek
Kawah Sup Kambing Mamak
Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini, pengunjung masih boleh menikmati sajian terkenal BGR iaitu Nasi Kerabu, nasi yang dimasak secara tradisional menggunakan bunga telang yang dihidang bersama beraneka ulam yang mana ianya dipetik segar daripada ladang BR sendiri.
Mesti korang nak tahu hidangan sajian baru yang telah diperkenalkan pada tahun ini. Ada lebih 9 hidangan baru termasuklah Indian Chicken Varuval, Paru Salai Masak Lemak Cili Api, House-made Swedish Meatball, Marmite Fried Chicken, Soy Sauce Chicken with Ginger Scallion Sauce, Ikan Masak Asam Pedas, Makanan Laut Masak Berlado, Thai Beef Noodles dan banyak lagi.
Pengunjung bufet juga boleh memilih daripada 50 jenis menu pencuci mulut yang terdiri daripada kuih-muih tempatan termasuklah Talam Cendol, Kuih Seri Muka, Kuih Koci, Apam Seri Ayu, Lemang Balut Serunding Ayam Pedas, Pulut Putih & Serawa Durian, dan sebagainya. Tidak dilupakan juga pilihan kek seperti Lamington Cake, Blueberry Cheese Cake, Opera Cake dan Hazelnut Chocolate Cake.
Untuk kanak-kanak yang datang bersama, dorang akan dapat menikmati Ais Krim Soft Serve, Popcorn Karamel dan menu baru tahun ini: Gula-gula Kapas dan juga 'Menghias Spanish Churros Anda' dengan Sos Marshmallow, Sos Pekat Coklat dan Rainbow Sprinkles buatan BGR.
Sure dorang suka punya, bolah juga dijadikan hidangan pencuci mulut untuk kita yang dewasa nie.
Berselera anak-anak kita makan
Spanish Churros
ABC dan cendol
Sejak penganugerahan sijil HALAL dari JAKIM yang diterima pada tahun 2009, BGR merupakan antara sebahagian kecil golf resort di Malaysia yang mempunyai pensijilan ini.
Sebagai tambahan, BGR juga telah dianugerahkan Sijil HACCP bagi dapur mereka sejak tahun 2021. Korang tidak perlu merasa was-was tentang komitmen BGR dalam memastikan Halalan Toyiban serta piawaian kebersihan dan keselamatan makanan.
Para pengunjung boleh berbuka puasa dengan selesa dengan adanya kemudahan yang disediakan di BGR seperti 800 lot tempat letak kereta yang percuma serta ruangan surau yang cukup besar untuk para tetamu lelaki dan wanita.
Memandangkan Fiza pun dah merasai sendiri juadah yang disediakan, sememangnya sedap dan rambang mata tau nak pilih menu. Nak rasa semua menu? korang tak perlu risau, bufet kat sini dorang open sampai pukul 10 malam. Jadi korang boleh santai-santai, sure ada masa nak merasai semua menu yang dihidangkan.
Ruangan dewan makan kat BGR memang luas, berhawa dingin, sepanjang 4 jam Fiza berada dalam dewan nie, memang rasa selesa. Tak sedar waktu berlalu dengan begitu pantas. Siap ada persembahan nyayian secara live band yang akan menghiburkan pengunjung yang datang iftar kat sini.
Photo Booth
Jom bergambar
Bertempat di Dewan Kenanga
Harga Bufet Ramadhan Bangi Golf Resort 2023
23 Mac 2023 sehingga 20 April 2023
RM65.00+ Dewasa
RM32.50+ Kanak-kanak
Harga diskaun juga akan diberikan kepada mereka yang datang secara berkumpulan dan diluar waktu puncak dalam bulan Ramadan. Tempah boleh dibuat sekarang dengan di laman sesawang https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2023/.
Semua harga yang dipaparkan di atas adalah tertakluk kepada 6% SST.
Kemudahan seperti tempat letak kenderaan, surau dan baby room / nursing room juga disediakan di sini. Bagi memudahkan korang untuk merancang perjalanan, anda bolehlah menggunakan pautan seperti dibawah untuk menuju ke Bangi Golf Resort.
Google map: https://g.page/bangigolfresort?share
Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, korang boleh menghubungi :
Bangi Golf Resort
Booking & Inquiry: 1700-821-457
Email: enquiry@barrest.com
Website: https://www.bgrrest.com
Address: No. 1 Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
GPS coordinates: 2.95716N, 101.76518E
atau layari laman sosial seperti yang tertera di bawah.
Instagram: @bangigolfresortofficial
#jomiftarBGR #ramadanBGR2023
#BGRbufetramadan2023 #BGRiftar2023
0 Comments