Find us on Facebook

Pengalaman menginap di Legoland Hotel, Kingdom Themed Room pilihan kami!!

Assalamualaikum. Staycation kami di Johor disebabkan Legoland. Kalau tak pergi Legoland tak tahu la bila nak staycation kat Johor. Kami stay di Johor untuk 4 hari 3 malam semata-mata nak cover Legoland tu. 


Pengalaman menginap di Legoland Hotel, Kingdom Themed Room pilihan kami!! | Untuk lengkapkan keseronokkan anak-anak, kami booking The Legoland Malaysia Resort. Orang kata buat ghaso-ghaso. Bila dah menginap kat sini, barulah rasa lengkap staycation nie.

Tengok hotel pun anak dah teruja sebab dorang kata dorang masuk dalam lego yang besar. Memang betul imaginasi anak-anak tu. Hotel tu pun dalam bentuk lego, seolah-olah lego tu besar sangat dan anak-anak masuk dalam tu.



Check in dalam pukul 2. Sebelum itu kami lepak di lobi dulu. Kat lobi pun dah penuh lego. Sure anak-anak korang tak akan bosan punya. Dorang akan tekun dengan lego je. Proses nak check in pun senang sebab anak-anak ada aktiviti dia sendiri.

Lobi hotel

Proses register

Yey dah dapat bilik

Dalam sampul ada surat nie

Lobby Entertainment ikut hari

Ruang lobi yang luas

Mama jadi lanun

Kapal lanun depan lobi

Castle nie pun depan lobi


Dapat je akses kad ke bilik, terus kami angkat beg. Bilik kami bertemakan Kingdom (Kingdom Themed Room), harga RM 720 dengan sarapan untuk semalaman. Boleh tahan harga dia. Ini pun yang paling murah kami booking di Agoda sebab time booking nie tak pakai Annual Passes lagi. Lepas nie kalau nak book boleh direct dengan Legolang terus, ada diskaun 20% untuk pemegang Annual Passes.

Kingdom Themed Room

Bilik memang besar, ada 1 bunk bed and 1 king bed. Satu bilik untuk mak ayah dan satu lagi bilik untuk anak-anak. Memang padan la dengan harga. Deco bilik memang cantik bertemakan Kingdom. Dah masuk rasa macam tak nak keluar bilik dah. 


Meja tulis dan televisyen

Tandas

Toiletries

Ruang tamu anak-anak

Bilik anak-anak

Dorang boleh tengok televisyen channel sendiri






Siap ada lego duplo dalam bilik. Nak bagi tak bosan, dorang ada sediakan treasure chest dalam bilik. Boleh main Treasure Hunt. Nak dapat hadiah misteri, nak dapatkan kod, kena selesaikan jawapan kat soalan yang dorang sediakan. Jawapan boleh dapat dalam bilik. Nak tahu kami dapat jawapan ke tak, Fiza akan buat entry lain. Baca sini --> Kod untuk buka Treasure Chest

LEGO Bricks Play Pack

Selesaikan jawapan di sini

Treasure Chest dalam tu ada hadiah















Best bila penginapan disediakan sekali dengan breakfast. Memang berbaloi la jugak sebab makanan kat Legoland bukannya murah. Mereka yang menginap kat sini boleh makan kat Bricks Family Restaurant. Nak tengok kami makan apa, bukan makan lego yer. Hehe.. 






















Kalau nk cerita seronok memang seronok sangat. Biar gambar je yang berbicara. Nak tulis panjang-panjang pun malas dah nie. Makan sedap, tidur selesa, segalanya perfect. Hotel yang sangat mesra kanak-kanak. Dah nama pun hotel lego kan. Setiap ceruk tempat adalah selamat untuk kanak-kanak/ contoh macam toilet. Ada toilet untuk dewasa mesti ada toilet untuk anak-anak. Memang sangatlah comel.

Jadi korang kalau berhajat nak stay kat Legoland Hotel, korang boleh booking kat Agoda. Nie direct link, booking je kat sini -->  The Legoland Malaysia Resort

Cuti sekolah nanti apa kata korang ke Legoland Malaysia, pasti cuti sekolah anak-anak jadi sangat bermakna.

Wassalam.
 

Post a Comment

1 Comments

  1. syok nya. teringin nak ke sini. tapi tunggu anak besar sikit baru best boleh main2

    ReplyDelete