Lindungi alam sekitar dan dapatkan penjimatan 40% untuk koleksi OC2LITE dan ENOW apabila anda tukar ganti bagasi terpakai di mana-mana kedai Samsonite
Kempen Samsonite Luggage Trade-in kembali lagi selepas kejayaannya pada tahun 2022. Bermula dari 20 Mac sehingga 1 Mei 2023, para pengguna boleh tukar ganti bagasi terpakai - tanpa mengira jenama, saiz, dan kondisi dan dapatkan penjimatan 30% dan 40% bagi pembelian koleksi OC2LITE dan ENOW Samsonite.
Samsonite gembira untuk menyokong WWF-Malaysia's Earth Hour bagi kempen Luggage Trade-In tahun ini. Dalam usaha berterusan mereka untuk melindungi dan memulihkan dunia kita, RM10 akan disumbangkan kepada WWF-Malaysia bersempena dengan Earth Hour, bagi menyebarkan kesedaran tentang kepentingan untuk bersama memelihara alam sekitar, menangani krisis iklim global, dan bekerjasama untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik. Selain daripada sumbangan ini, Samsonite Malaysia juga akan memadamkan lampu yang tidak penting di kedai mereka dari 8.30PM hingga 9.30PM bersempena dengan Earth Hour pada 25 Mac 2023.
Pada tahun ini, Samsonite mengetengahkan koleksi OC2LITE dan ENOW. OC2LITE datang dalam tiga saiz (55cm, 75cm, 81cm) dan tiga warna (Navy Blue, Jade Gold, Black) dan memenuhi semua keperluan perjalanan anda. Ia mempunyai kelengkapan penuh, ringan dan tahan lama, dengan rekaan kulit luar unik dan dinamik yang kukuh supaya tahan lasak dan mudah dibawa, dan juga mudah diperkembangkan dalam semua saiz yang tersedia bagi meningkatkan jumlah bagasi yang boleh dibawa.
Koleksi ENOW pula menetapkan tahap kecemerlangan reka bentuk yang baru dengan rekaan unik dan rapi, tersedia dalam tiga saiz (55CM, 69CM dan 75CM) dan dua warna (Black dan Latte). Dengan gabungan fungsi dan reka bentuk moden, ENOW menunjukkan kebolehan ketukangan, teknologi, dan pencirian dari Samsonite.
Kempen Luggage Trade-In Samsonite akan berjalan dari 20 Mac sehingga 1 Mei, 2023. Lawati mana-mana kedai Samsonite dengan bagasi terpakai untuk ditukar ganti dengan OC2LITE atau ENOW baharu dengan penjimatan 30% dan 40%.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari https://www.samsonite.com.my/trade-in-2023/
0 Comments