Find us on Facebook

CARLO RINO MELANCARKAN KOLEKSI PRISM YANG MENAWAN SEMPENA LEBARAN INI

Carlo Rino Raya 2023

Keterujaan menampilkan helaian rangkaian fesyen ranggi sempena lebaran kian terasa, lebih-lebih lagi dengan ketibaan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang ditunggu-tunggu. Kali ini, Carlo Rino mempersembahkan Koleksi Prism yang mempersona bagi menyuntik elemen glamor dalam koleksi terbaru ini. Koleksi kali ini memperlihatkan sentuhan kilauan dan gemerlapan bunga api yang menerangi langit pada malam Raya dengan reka bentuk timbul geometri perak yang menawan dan aksen tona emas yang mewah. Koleksi ini turut mencetuskan lagi kesempurnaan lebaran ini dengan elemen keagungan yang elegan.

Koleksi Prism ini mampu menarik perhatian sesiapa sahaja terutamanya apabila anda menampilkan stailraya yang lebih malar dan segar ketika berkumpul bersama-sama keluarga atau menziarahi yang tersayang. Padanan beg tangan yang sesuai pula mampu melengkapi fesyen anda sewaktu hari lebaran, menjadikan ianya satu statement piece. Kepelbagaian aksesori dari koleksi ini menampilkan pendekatan gaya yang versatil pada musim perayaan ini. Ciptakan memori indah yang berkekalan dan tampil sedondon bersama-sama ahli keluarga anda dengan Koleksi Prism.


BEG


Dalam keseronokan menggayakan baju raya yang baharu dan menyediakan kuih raya kegemaran,tambahkan lagi kesempurnaan penampilan anda dengan sedikit sentuhan keanggunan futuristik dalam pakaian anda. Beg Prism Bob. B yang mempunyai reka bentuk geometri pada permukaan beg akan memberikan sentuhan unik kepada persalinan anda. Warna perak pada beg tersebut akan memberikan aura moden dan sofistikated kepada penampilan Aidilfitri anda.

Malah, jika anda teruja untuk membeli-belah sempena Hari Raya bersama-sama yang tersayang, jangan lupa untuk dapatkan beg daripada Koleksi Prism. Beg Prism Crossbody dan Prism Carry-All Bag M yang serba guna adalah aksesori yang sempurna untuk menyerlahkan lagi citra fesyen Hari Raya anda, serta membolehkan anda mempelbagaikan stail dengan begitu mudah. Beg ini bukan sahaja tampak elegan dan praktikal, malah ia juga membolehkan anda menyimpan paket duit raya anda yang penuh kelas. Semarakkan Raya anda dengan memperagakan aksesori dan tonjolkan citarasa fesyen anda untuk menghidupkan semangat Aidilfitri.


AKSESORI


Musim Raya semakin tiba dan tentunya ramai yang bersemangat menantikan juadah tradisional dan kegembiraan saat menerima paket duit raya daripada orang yang tersayang. Inilah masa yang sesuai untuk mengekalkan adat turun-temurun dan mencipta kenangan baharu dengan keluarga dan rakan-rakan. Koleksi ini menawarkan aksesori sempurna untuk melengkapkan peragaan Hari Raya anda serta boleh menyimpan segala barang keperluan anda. Dompet Prism Short Wallet, Prism 2-Fold Wallet, dan sarung kad Prism Lanyard Card Case bukan sahaja menawan tetapi juga praktikal untuk membawa kad dan duit raya anda dengan mudah. Ucapkan selamat tinggal kepada dompet besar dan hello kepada sisi praktikal Koleksi Prism daripada Carlo Rino.


KASUT




Tiba masanya apabila aroma indah kuih Raya yang lazat menjadi satu keterujaan dan kerinduan melawat sanak saudara dan rakan taulan dapat dirasakan. Tingkatkan gaya penampilan anda di Hari Raya ini dengan Vena Sandal – dengan reka bentuk slip-on dan blok tumit yang in trend – ia merupakan penggayaan menarik dalam persalinan anda pada lebaran ini. Reka bentuk futuristik sandal ini adalah cerminan kepada dunia moden dan berteknologi era kini, manakala pilihan warna hitam dan pic menjadi elemen utama dalam memastikan fesyen ini tidak lapuk ditelan zaman. Ayuh tampil berhias dengan Prism Mules Carlo Rino dan serlahkan idea fesyen jalanan anda pada musim lebaran ini.



JAM TANGAN

Musim raya semakin hampir, dan antisipasi menyambut lebaran kian terasa hari demi hari. Sudah tentunya ramai yang membeli-belah untuk Hari Raya dan mencari rangkaian pakaian yang paling anggun dan selesa. Hiaskan penampilan raya anda dengan jam tangan yang anggun daripada Koleksi Prism Carlo Rino. Jam tangan Carlo GEO Mini Timepiece merupakan aksesori sempurna untuk menambah seri pemakaian anda di hari lebaran ini. Dengan corak GEO di tengah-tengah muka jam dan reka bentuk yang halus dan indah, jam tangan ini pasti mampu menarik perhatian ramai. Jam tangan ini boleh didapati dengan tali logam bersalut perak dan merah jambu emas (rose gold), menjadikannya hadiah sesuai bagi insan yang tersayang pada Hari Raya ini.


HARGA

    ● PRISM BOB. B BAG: RM459
    ● PRISM CROSSBODY: RM499
    ● PRISM CARRY-ALL BAG M: RM499
    ● PRISM SHORT WALLET: RM279
    ● PRISM 2-FOLD WALLET: RM299
    ● PRISM LANYARD CARD CASE: RM199
    ● VENA SANDAL: RM179
    ● CARLO GEO MINI TIMEPIECES: RM419


Lokasi Produk Carlo Rino

Koleksi Carlo Rino Prism boleh didapati di www.carlorino.net, juga di butik Carlo Rino, seluruh negara dan gedung beli belah utama bermula Januari 2023. 


Mengenai Carlo Rino

Ditubuhkan pada tahun 1986, Carlo Rino ialah jenama kontemporari yang menampilkan beg tangan dan kasut yang berjiwa muda, bergaya lagi chic. Sebagai salah satu jenama yang paling pesat berkembang, Carlo Rino bersedia untuk membawa persada fesyen ke tahap yang lebih tinggi dengan barisan produknya yang dicipta rapi dari berpunya kelas tersendiri kepada bernada kontemporari; menawarkan pelbagai reka bentuk serta pilihan. Carlo Rino percaya bahawa semua wanita, di mana sahaja, berhak untuk menyatakan diri mereka secara bebas menerusi fesyen, dan selama lebih 37 tahun kami telah menjadikan misi kami untuk memperkasakan kepercayaan itu. Carlo Rino boleh diterangkan secara ringkas dalam beberapa perkataan: Berjiwa muda, Seronok, Berani dan berwarna- warni.

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI CARLO RINO, LAYARI: www.carlorino.net

Post a Comment

0 Comments