Assalamualaikum. Siapa tak teruja bila dapat invitation email untuk berbuka puasa. Bulan Ramadhan nie memang ternanti-nanti je, siapa yang nak ajak dan belanja kita berbuka. Tup-tup dapat emel dari Garnier Malaysia. Masa tu tak pikir dah nak tolak, kat mana, waktu bila pun kita sanggup ambil cuti, janji dapat hadir sebab tahu majlis nie bukan calang-calang.
Rezeki dapat hadir ke Majlis Buka Puasa Dinner with Garnier 2023 #BrighterYouBrighterRayaBersama | Sememangnya ia adalah jemputan eksklusif dan sebagai tanda penghargaan buat mereka yang selama ini telah bekerjasama dan berkolaborasi dengan Garnier. Tak sia-sia buat review dengan Garnier sebelum ini.
Majlis ini berlangsung pada 5 April 2023 yang lalu, bertempat di DE.WAN The Linc, KL. Dah lama tak datang event makan-makan macam nie. Kita siap pergi cari baju baru. Orang cari baju raya, kita cari baju untuk iftar. Mujur baju raya dah settle awal puasa hari tu.
Kita antara yang terawal sampai, event mula 6 petang, pukul 5 dah terpacak kat sini. Bukan apa risau jem teruk. Datang awal tak kalut. Boleh relax-relax sambil tenangkan diri.
Bukan apa, rasa neves lain macam tau sebab serius tak tahu siapa yang akan datang, siapa yang akan duduk dengan Fiza di meja 19 nanti. Rasa macam nak datang interview kerja. Bukan tak pernah pergi event, cuma kali nie feel dia terlalu grand, sedangkan kita biasa-biasa je.
Sebelum majlis bermula, Fiza pun sempat join aktiviti menarik yang disediakan seperti melihat Jawi Calligraphy dan DIY Terrarium Workshop. Aktiviti nie bukan saja-saja tau, bahan-bahan yang mereka pakai hasil dari bahan kitar semula.
Sebelum berbuka puasa, ada perasmian dan ucapan dari Chris Chan, Marketing Director Garnier Malaysia & Singapore dan diikuti dengan bacaan doa oleh Pelakon Shamsul Ghau Ghau. Tak perasan pula waktu tu dia baca doa. Bila tengok dekat baru perasan.
Berbuka puasa kat DE.WAN memang sedap, mana taknya restoran Chef No. 1 Malaysia, Datuk Chef Wan. Servis pun tiptop masa majlis nie. Segalanya dorang hidangkan. Kita just duduk di meja, tunggu je servis pekerja restoran nie.
Selesai makan, terus dapat masa sendiri. Yang mana nak bergambar dengan artis, nak bersembang dengan influncer lain, nak pergi solat, dibenarkan. Cuma dorang tak bagi balik sebab majlis belum habis. Hidangan pencuci mulut pun belum dihidangkan lagi.
Fiza waktu ini ambil kesempatan untuk bergamar dengan Hael Husaini, Iman Troye, Ain Edruce, dan Uyaina Arshad. Ada ramai lagi artis yang hadir, pelakon pun ramai cuma tak berapa kenal. Yang kenal je kita datang dekat. Dengan Nabila Razali kita dah bergambar awal-awal masa sesi calligraphy.
"Lee Min Ho" Malaysia, Hael Husaini
Si kecil molek Iman Troye
Uyaina Arshad pun tinggi orangnya
Si tinggi lampai dan peramah Ain Edruce
Goodies Bag produk Garnier Malaysia
Walaupun majlis tidak habis lagi, Fiza terpaksa untur diri dalam pukul 8.45 malam sebab esok kerja. Hari event tu Fiza siap ambil cuti lagi. Memang tak sia-sia ambil cuti.
Teruja dan seronok dapat selfie dan bersembang dengan para artis, influencer, KOLs yg cantik dan segak-segak. tak sangka ramainya artis yang datang meriahkan Garnier Iftar Event. Event paling kita segan. Terasa diri tua pula bila dikelilingi dengan adik-adik. Serius ramainya influncer muda sekarang nie. Mujurlah Fiza dalam bidang blogger dan influencer lagi. Hehe up sikit la dari dorang kan.
Okay lah, itu je nak share. Terima kasih Garnier Malaysia atas jemputan yang eksklusif nie. Fiza rasa seronok dan bangga dapat hadir. Nanti ada rezeki jemputlah lagi.
Wassalam.
0 Comments