Find us on Facebook

Sajian Pasta Organik Seperiuk oleh Alce Nero, Kelazatan Menjimatkan Masa & Tenaga

Pasta merupakan antara sajian kegemaran rakyat Malaysia tetapi kaedah penyediaan sos dalam satu periuk dan seperiuk lagi untuk merebus pasta, kemudiannya digaulkan bersama dan dimasukkan dalam bekas tahan panas oven sebelum ditaburi keju dan gril menyebabkan banyak bekas masakan yang perlu dibersihkan. 


Apabila anda menginginkan kelazatan hidangan organik yang dimasak di rumah dengan usaha yang minimum tetapi rasa maksimum, Alce Nero™ berada di samping anda bersama pasta dan sos pasta organik.

Konsep dari ladang ke meja Alce Nero™’s adalah tidak mustahil dengan rangkaian kerjasama yang terjalin bersama petani organik, menyediakan hasil yang lebih sihat kerana ia ditanam tanpa penggunaan racun perosak atau bahan kimia sintetik, tidak mencemarkan alam sekitar dan tanpa organisma diubah suai genetiknya (GMO) bagi memenuhi standard pensijilan organik global. Kesemua produk Alce Nero™ diiktiraf organik dan mempunyai Pensijilan Organik Eropah serta Pensijilan Organik Jepun.


Pasta Alce Nero™ dihasilkan di Itali dengan menggunakan gandum durum. Ia kaya dengan asid folik, zat besi dan lutein yang mempunyai kandungan protein dan serat yang tinggi serta indeks glisemik yang rendah.

Selain itu, buah tomato merupakan bahan asas bagi kebanyakan sos pasta. Menurut laporan EWG Dirty Dozen 2017, tomato berada di antara 10 tanaman utama yang banyak menggunakan racun perosak. Ini menjadikan lebih banyak sebab untuk memilih sos pasta daripada Alce Nero™ yang enak ketika keluar membeli barangan dapur.

Cubalah cadangan Alce Nero™ untuk menjimatkan masa dan tenaga tanpa mengabaikan kelazatan organik. Sajian pasta yang memenuhi cita rasa rakyat Malaysia ini boleh disediakan dengan menggunakan hanya sebuah periuk dan siap kurang dari 45 minit.



Resipi-resipi ini disediakan oleh Retna Vijayan, seorang pemilik perniagaan dan ibu kepada tiga orang cahaya mata, yang biasa menyediakan sajian makan malam untuk lima orang ahli keluarganya setiap hari.


Pasta Lemak Labu Seperiuk Alce Nero™

Kuah lemak berkrim bergabung dengan rasa enak labu pastinya memenuhi selera semua. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai, cili, daun limau purut dan labu dalam sebuah periuk besar. Masukkan udang dan gaul sehingga masak.


Keluarkan udang tersebut dan ketepikan untuk digunakan sebagai hiasan hidangan nanti. Apabila labu telah lembut, tambahkan Penne Rigate Organik Alce Nero™ dan sup ayam (atau air). Gaul sekata dan biarkan ia mendidih. Apabila mendidih, perlahankan api dan biarkan ia mereneh. Kemudian, tambahkan Santan Ayam Brand bagi kuah berkrim.

Biar kuah lemak mereneh selama 10 minit sebelum menambah kicap ikan atau kicap cair, lada hitam dan empingan cili, jika perlu. Gaul dan rasa. Sesuaikan masakan dengan menambah garam atau rempah. Masak pasta sehingga al dente. Pada peringkat ini kuah pekat akan menyaluti pasta tersebut.

Hidangkan pasta yang siap dimasak ke dalam mangkuk hidangan. Letakkan udang yang telah dimasak sebelum ini dan tuangkan sedikit Alce Nero™ Extra Virgin Olive Oil.

Taburkan sedikit empingan cili dan serai yang dihiris halus dan/atau hirisan daun limau purut. Enak sekali!


Pasta Sup Ayam Mamak Seperiuk Alce Nero™

Salah satu hidangan pasta yang paling ringkas tetapi rasa yang lazat. Tumiskan sebatang kayu manis, 3 bunga cengkih, sebiji jintan manis, bawang putih yang dicincang, suku biji bawang merah dan bawang besar, beberapa biji cili yang dihiris halus dan serbuk lada dalam sebuah periuk sehingga naik bau.

Kemudian masukkan serbuk rempah sup ayam dan masak untuk beberapa minit. Masukkan potongan dada ayam dan masak sehingga warna berubah. Tambah stok ayam, halia yang telah diketuk, ubi yang dipotong dadu, hirisan lobak merah, daun saderi dan masak sehingga mendidih. Perlahankan api dan masukkan Makaroni Organik Alce Nero™ dan masak sehingga al dente.

Jika anda inginkan kuah sup yang lebih banyak, tambahkan secawan air. Hidangkan ke dalam mangkuk sup dan hias dengan daun ketumbar serta bawang goreng. Sup ini merupakan sajian sempurna ketika hujan.


Minestrone Fusilli Seperiuk Alce Nero™

Minestrone boleh dikatakan satu sajian menenangkan pada minggu-minggu kesibukan kerana anda boleh memasukkan sebarang sayur-sayuran untuk menjadikan ia lebih sihat. Kami mengesyorkan anda menggunakan Fusili Tricolore Organik Alce Nero™ dengan warna-warna hijau dan oren daripada bayam dan tomato bagi menambah kebaikan sayuran organik, pada masa sama menjadikan hidangan itu lebih menyeronokkan untuk kanak-kanak.


Masukkan lobak merah dan bawang yang telah dipotong dadu, bawang putih cincang, hirisan cendawan dan daun saderi, tomato ceri yang dipotong separuh, serbuk lada hitam, empingan cili, dua tangkai tyme atau rosemary, Fusili Tricolore Organik Alce Nero™, Jagung Cawan Manis Ayam Brand™, Kacang Pea Hijau Ayam Brand™ dan Pasta Sos Organik Alce Nero™ bersama sayur-sayuran ke dalam sebuah periuk besar dan gaul sekata. Masak sehingga mendidih.

Perlahankan api dan biarkan reneh seketika. Pastikan anda kacau sekali-sekala bagi memastikan ramuan tidak melekat pada periuk. Masak sehingga pasta al-dente dan sebati. Tutup api dan masukkan daun bayam. Gaul sehingga daun layu sebelum memasukkan hidangan ke dalam mangkuk individu.

Resipi yang amat mudah ini membolehkan anda untuk memasukkan ramuan mengikut cita rasa anda. Anda boleh menukar pilihan sayur atau menggunakan bahan-bahan yang sedia ada, menambahkan daging berasaskan tumbuhan atau daging segar. Anda juga boleh memasukkan lebih banyak pasta dan/atau air jika menginginkan sajian yang lebih berkuah.

Jika anda mempunyai masa yang lebih banyak, gorengkan bawang besar, bawang putih dan rempah untuk menambahkan lagi keharuman sajian dan rasa. Namun, jika tidakpun tidak mengapa kerana ia masih mempunyai rasa yang enak.

Resipi ini sesuai menggunakan pasta pendek seperti fusili kerana bahan masakan senang ‘melekat’ padanya.


Spageti Cendawan Mentega Miso Seperiuk Viral Alce Nero™

Hidangan viral ini membuatkan anda teringin lagi. Panaskan sebuah periuk pada api sederhana, masukkan mentega dan tumiskan bawang besar dan cendawan. Masak sehingga cendawan bertukar warna keperangan. Kacau kerap dan asingkan sedikit cendawan yang digoreng tadi untuk dijadikan hiasan.


Tambah bawang putih dan tumis sehingga naik bau. Jangan biarkan ia garing. Masukkan Spageti Gandum Penuh Organik Alce Nero™, stok ayam atau air dan masak sehingga mendidih. Kacau secara berkala.

Apabila air telah berkurang, masukkan sos mentega miso dan gaul sekata. Setelah pasta masak, hidangkan dalam pinggan. Letakkan cendawan yang telah diasingkan sebelum ini, daun bawang yang dipotong dan sedikit lada hitam.

Hidangan yang kaya dengan rasa dan menenangkan ini sama lazat seperti di kafe kegemaran anda. Sebab itu lah, resipi ini menjadi viral!

Rakyat Malaysia boleh menikmati produk-produk Alce Nero™ dengan yakin kerana ia mempunyai sijil Halal oleh badan-badan pensijilan yang diiktiraf oleh JAKIM.


Ketersediaan

Produk-produk Alce Nero™ boleh didapati di rangkaian AEON, Ben’s, Cold Storage, Giant, Jaya Grocer, Village Grocer, TF Value dan menerusi Ayam Brand Shopee Official Store (https://shopee.com.my/ayambrandofficialstore) & Ayam Brand Lazada Official Store (https://www.lazada.com.my/shop/ayambrandofficialstore/)

Untuk mendapatkan resipi-resipi menjimatkan masa dan tenaga lain yang boleh anda nikmati, sila layari https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/

Post a Comment

0 Comments