Find us on Facebook

Brick-Tacular Holidays memang best, dapat tengok deco krismas bertema lego dan join aktiviti menarik di Legoland Malaysia

Assalamualaikum. Cuti sekolah memang happening sangat kalau dapat bawa anak-anak berjalan. Kami memang planning kunjungan kali kedua nak datang dalam bulan Disember. Sebab bulan Disember Legoland ada event Brick-Tacular Holidays sempena cuti sekolah.  


Brick-Tacular Holidays memang best, dapat tengok deco krismas bertema lego dan join aktiviti menarik di Legoland Malaysia | Anak-anak pun dah pandai enjoy, dah boleh ingat perkara-perkara yang dorang buat, inilah moment untuk kami sekeluarga mencipta kenangan manis dengan anak-anak. 


Siap dah kek 10th Anniversary Legoland

Kali pertama ke Legoland, memang tak sempat nak round seluruh Theme Park. Nak tak nak korang kena datang 2 kali. Untuk kali kedua nie kami terus ke dua theme park areas yang belum kami cover, Lego Ninjago World dan Land of Adventure. 

Bila dah ada plan takde la penat sangat. Yang penting kami dah berjaya jelajah satu Legoland Theme Park nie. Legoland Waterpark lain cerita. Yang itu memang banyak kali jugak nak datang cover tapi kena tunggu anak besar la kot sebab yang ekstrem mama tunggu geng nak main sama-sama.



Kat Lego Ninjago World ada ride jugak. Kat sini ada tarikan seperti Lego Ninjago The Ride, Coles Rock Climbing, Nya's Practice, Zene Temple Build dan Kai's Spinner. 

Lego Ninjago The Ride

Kai's Spinner

Nya's Practice


Jalan kaki lagi ke Land of Adventure. Datang sini sila pakai kasut, kalau tak memang melecet la kaki korang dan anak-anak. Ride best kat sini kat Dino Land, naik log boat, turun basah lenjun. Kami tengok je orang main sebab malas nak basah-basah baju nie. Tapi jangan risau, kat sini ada mesin pengering dia.

Land of Adventure

Rides dan tarikan lain kat Land of Adventure seperti Lost Kingdom Adventure, Beetle Bounce dan Pharaoh Revenge. Semua anak-anak boleh main dengan syarat tinggi 80cm dan ke atas.


Lost Kingdom Adventure

Pharaoh Revenge

Dino Land Log Boat


Lepas berjemur kat luar, kami lepak habiskan masa kat Lego Studio. Kat sini boleh tengok wayang 4D. Kali nie kali enjoy 3 animates movies. Total semua 4, pertama kali datang kami dah tengok movie Lego City. Kali nie kami tengok movie baru Mythica plus 2 movie lagi.


Bagi yang tak tahu lagi, wayang 4D nie kena pakai spek 4D glasses. Lepas itu ia bukan wayang biasa, korang akan rasa macam berada dalam situasi movie tersebut, ada angin, air dan kalau ada kabus, akan nampak la asap tu dalam panggung, kalau ada salji, turun la buih-buih dari atas. Memang best, anak-anak dapat pengalaman macam nie, tak banyak tempat ada.

Bila datang air dan angin sekali gus, memang ketar jugak dibuatnya. Tapi memang syiok dan enjoy.


4D Glasses




Nak join event Brick-Tacular Holidays nie, kena datang bulan Disember. Cuti sekolah memang Legoland sesak dengan pengunjung. Tapi kami dah jangka mende nie, jadi tak kisahlah, anak-anak enjoy je walaupun kena beratur panjang nak naik satu-satu ride tu.

Kad Aktiviti, siap boleh redeem hadiah

Hadiah Lanyard beg

Persembahan tarian

Huwaina dan Thaqif dapat peluang bergambar 
dengan Lego's Friends

Persembahan Lego's Friends

Banyak aktiviti anak-anak boleh buat

Ikut je panduan kat kad aktiviti

Persembahan menarik anak-anak pun boleh join menari

Penat sampai tertidur Huwainaa

Tertarik dengan Lego Titanic, harga dia RM 2,800++


Macam biasa bebudak nie, kalau tak shopping Lego tak sah

Seronok dapat join Brick-Tacular Holidays 

Beg kami 4 hari 3 malam

Tambah koleksi Lego Duplo

Dua kali datang pun tak jemu. Nak kena plan next visit lagi lepas nie selagi Annual Passes tak expired. Dah expired rugilah kan. Kalau duduk Johor mesti dah pergi setiap bulan. Sebabkan jauh terpaksa plan sebab banyak clash dengan aktiviti lain. 

Datang sini lama-lama stay mana? Boleh baca sini --> Somerset Medini Iskandar Puteri

Wassalam. 
 

Post a Comment

0 Comments