Find us on Facebook

Shopping kek lapis Sarawak dan pelbagai cenderahati dari Bumi Kenyalang

Assalamualaikum. Bila Fiza pergi Sarawak nie? Sebenarnya Fiza tak pergi pun. Husband outstation kat sana seminggu. Jadi kita ambil kesempatanlah untuk minta husband belikan nak-nak kek lapis. Nak dapat yang betul-betul original beli dari Sarawak, kali nie lah, tak nak shopee. 


Shopping kek lapis Sarawak dan pelbagai cenderahati dari bumi kenyalang | Sebelum husband pergi tu memang dah pesan, belikan kek lapis, beg tangan dan fridge magnet. Orang laki nie kita kena cakap kita nak apa, kalau tidak dia tak beli. Bukan tak nak beli, tapi dia pun tak tahu nak beli apa. Lainlah kalau kita ada sekali. Jadi nak apa bagitahu kat dia. Kalau ada rezeki kitalah tu. 

Baju batik untuk anak-anak

Kain batik Sarawak untuk Fiza

Seminggu husband kat sana memang duk VC dengan Whatapp Video. Anak-anak akan minta call time petang dalam 6.30 petang macam itu sebab nak tengok beza siang dan malam. Kalau kat semenanjung cerah lagi, kat Sarawak dah gelap. Dorang memang excited la. Fiza pun tak pernah sampak Sarawak lagi. Nanti ada rezeki husband nak bawa sebab yang nie dia kerja, kalau ikut pun tak boleh ke mana-mana. 

Ikan terubuk masin Sarawak

Kek Lapis Sarawak

Suruh beli sikir, sekali 2 kotak dia bawa balik

Paling rare perisa durian

Kek lapis Sarawak memanh sedap

Fridge magnet

Mengkuang Tote Bag, yang hitam untuk MIL

Nie total belanja husband beli kek lapis

Kek lapis tu memang kami bagi dekat kawan-kawan dekat, tak makan sorang. Lagipun tak boleh simpan lama takut kulat. Seronok tengok husband balik tak tangan kosong. Lepas nie dia ada trip lagi, boleh la pesan kek lapis je, yang lain tak perlu dah. 

Sarawak je negeri yang Fiza belum pernah jejakkan kaki. Ada rezeki nak juga ke sana. Nak makan laksa Sarawak ori, kat sini dah pernah makan tapi rasa yang sebenar kita pun tak tahu. Husband cakap orang Sarawak ramah-ramah dan tak sombong langsung. Kalau dia tahu kita dari semenanjung, dorang akan layan kita baik. Seronok dengar cerita husband. 

Sarawak tunggu aku datang!!! hehe

Wassalam. 



 

Post a Comment

1 Comments

  1. Sha suka makan kek lapis tuuu... klu makan ramai2 laa...klu letak dalam peti lambat abes

    ReplyDelete