Assalamualaikum. Korang pernah dengar atau tahu pasal Masjid Brunei Darussalam tak? Bukan di Negara Brunei tau tetapi di Malaysia. Mula-mula husband Fiza yang buka cerita ini. Fiza pun tak percaya, dia kata cuba google. Alamak buta sejarah pula rasanya. Memang ada korang.
Masjid Brunei Darussalam betul-betul ada di Kelantan | Masjid Brunei Darussalam terletak di Kampung Rong Chenok, Pasir Mas Kelantan. Masjid ini sebenarnya tak dibuka untuk orang awam. Ianya milik penuh Institut Pendidikan Al-Balaghulmubin yang diasaskan oleh Almarhum Dato Haji Muhamad bin Nasir dengan kos pembinaan disumbangkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Negara Brunei.
Masjid ini telah dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan pada hari Khamis 18 Rejab 1412H bersamaan 23hb Januari 1988, dibina di tebing danau atas sumbangan dari Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang melakukan amal jariah untuk kepentingan umat Islam di negara ini.
Masjid nie kecil je tapi cantik. Keunikan masjid itu ketara kerana ia dibina di tepi Danau Toban dengan dua pertiga bahagiannya mencecah air. Jika dilihat daripada jauh, masjid itu seolah-olah terapung.
Kalau sebelum ini ada artikel yang mengatakan masjid ini seolah-olah tidak dijaga, tanggapan itu dah tiada lagi.
Waktu Fiza datang, masjid nie cantik dan terjaga. Ada juga pekerja yang sedang membaiki lampu yang rosak. Nak masuk boleh tapi perlu ada kebenaran dan mematuhi peraturan-peraturan yang pihak institut telah tetapkan.
Banyak masjid cantik kat Malaysia nie kan antaranya Masjid Brunei ini. Terpencil dan sangat unik. Sayangnya ia tidak dibuka untuk orang awam. Pelajar tahfiz yang gunakan masjid ini.
Wassalam.
1 Comments
cantik masjidnya..huhuhu
ReplyDelete