Find us on Facebook

Beli baju kostum kanak-kanak di Kenanga Wholesale, banyak pilihan watak hero dan heroin animasi

Assalamualaikum. Ini kisah tahun lepas bila sekolah tiba-tiba nak buat Sambutan Hari Kanak-kanak. Kita nie memang kelam kabut habis dan paling lemah bila sekolah jenis bagitahu semuanya last minute. Contoh macam sambutan Hari Kanak-kanak nie lah. Tema superhero, menang tak susah tapi jadi susah dan kalut sebab last minute.


Beli baju kostum kanak-kanak di Kenanga Wholesale, banyak pilihan watak hero dan heroin animasi | Bukan apa, baju-baju kostum nie lagi senang kalau order online, nak selamat kena sebulan awal. Kalau bagitahu seminggu awal itu dah tak guna lagi. Mujur la kat KL dan Selangor nie ada banyak kedai kostum. Dan nak lagi senang korang pergi Kompleks Kenanga Wholesale.

Lemah juga nak datang sini sebab kami tak suka tempat yang sesak. Memang pening nak cari kedai, nak memilih lagi. Dan ini kunjungan pertama kali kami sebabkan kostum.





Datang sini memang selesai masalah, cuma masalah nak cari kostum yang berkenan je. Thaqif nak spiderman tapi kostum banyak dah takde saiz. Sekolah lain dah buat dulu sambutan hari kanak-kanak, sekolah dia je macam tertinggal kereta api. 

Harap tahun nie takde sambutan lagi bagus, memang menyusahkan mak bapak. Bukan kami tak support, kami lagi suka ada aktiviti macam nie tapi bukan jenis petik, terus buat. Mak bapak jugak yg kelam kabut.




Mujurlah ada banyak kedai kostum kat sini. Kami pusing je sampai dapat yang berkenan. Last-last dapat kostum bumblebee, itu pun memang satu dan saiz Thaqif. Memang lega bila dah dapat. Tak larat nak tawaf. 







Bila dah settle boleh la makan dengan tenang. Order makan kat food court sini. Sedap ada macam-macam makanan. Sebelum balik isi perut dulu.




Pedang dan topeng beli di Mr. Diy

Thaqif sebagai Bumblebee

Sekian kisah mencari kostum. Harap tahun nie tak susah dan harap takde la last minute. Memang beli kostum itu pilihan tetapi dapat bayangkan tak kalau kawan-kawan dia yang lain semua pakai, dia sorang tak pakai, kan rasa terpinggir. Mama dapat rasakan. Sebab tu kami gigih mencari. Rasanya macam nie jugaklah perasaan parents lain cume dorang tak luahkan je. 

Boleh beli direct kat shopee jugak, sini direct link--> Kids costume 

Sebab kita ada blog, jom luahkan kat sini. 

Wassalam.
 

Post a Comment

2 Comments

  1. Seronoknya dapat pakai kostum. Cuya kecik2 takde merasa pakai costume mcm ni. Sekarang ni dah ada kedai kostum, senang betul.
    Kalau di Melaka ni entah mana nk cri kedai kostum, sekrg sume online je banyak

    ReplyDelete
  2. Delima mak ayah mcm saya kalau bawa kids ke tempat mcm ni dari niat nak beli satu brg utk setiap kids nanti jadi 4 5 brg setiap sorang.. kalau tak bawa kang takut beli yg depa tak berkenan hahahaa :P

    ReplyDelete