Assalamualaikum. Makan tengah hari paling best kalau dapat makan Masakan Minang, restoran Nasi Padang memang ada di mana-mana, tambahan pula kalau area Sg. Buloh nie, memang banyak, cuma sedap dengan tak sedap jer. Untuk kali ini Fiza sediakan review masakan Padang di Padangs On Wheels Damansara Utama.
Padangs On Wheels Damansara Utama ada lebih 40 menu asli padang untuk korang try!! | Kalau sebelum nie kami dah terjah Padang di Padangs On Wheels Subang Bestari, kali nie kali pergi restoran yang sama tapi terletak di Damansara Utama, Petaling Jaya.
Macam biasa bila masuk restoran Padangs On Wheels, korang akan rasa keselesaan bila berada dalamnya. Ruangan berhawa dingin memang sesuai nak bawa anak kecil makan bersama. Sure budak-budak kecik tak merengek, mak pak boleh makan dengan selesa.
Menu Padang di sini memang banyak, ada lebih kurang 40 menu asli Padang serta lebih daripada 30 kuih-muih tradisi dan kontemporari setiap hari. Korang pilih je nak makan apa, sebabkan banyak pilihan, kami ambil sampai penuh la satu meja dengan lauk-pauk Nasi Padang sebab semua nampak sedap. Kalau boleh semua kami nak try.
Antara menu yang kami cuba
Menu wajib cuba kalau korang lunch kat sini semestinya Gulai Tunjang, daging dendeng rangup, daging berlado, rendang minang dan kena pula dengan sambal ijo dan merah, makin tambah selera tau.
Pucuk ubi masak lemak
Daging dendeng rangup
Masak lemak ikan keli
Ikan masin petai
Alpukat dan coconut mayang
Pelbagai jenis masakan Minang untuk dipilih
Susah nak buat pilihan sebab banyak betul lauk pauk
Kalau korang tengok, masakan Padang kebanyakkannya berlado. Mesti tanggapan korang akan cakap semua menu yang ada mesti pedas kan. Bagi Fiza, bila dah makan kat sini, menu dia tak berapa pedas, korang yang tak tahan pedas pun boleh makan tau.
Untuk kurangkan rasa pedas, jangan lupa try Alpokat Jus dan Coconut Mayang. The best drink ever. Sedap dan lembut je rasanya.
Antara hidangan pencuci mulut
Kuih Muih Tradisional dan kontemporari
Ruanga makan yang luas dan selesa
Suasana dan konsep restoran juga sangat cantik. Pengunjung boleh memilih untuk makan dalam ruangan berhawa dingin atau makan secara terbuka diluar restoran tapi masih berbumbung.
Soto dan bakso
Lain kali nak try soto dan bakso pula
Gulai tunjang paling sedap
Jus Alpukat memang favorite Fiza kalau datang sini
Biscoff Cake
Horlicks Cake
Padangs On Wheels Damansara Utama
Bukan sahaja menunya yang sedap, malah ruang makan juga selesa. Restoran juga besar serta patuh SOP. Mengidam Nasi Padang? Jom makan kat Padangs On Wheels, terletak di:
Alamat :
92g, Jalan SS 21/62, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor
Dibuka:
Setiap hari (tutup Isnin)
1 Comments
Menarik...boleh la SA pi nanti...fav tu masakan Padang
ReplyDelete