Assalamulaikum. Tak sangka tempat Fiza bersekolah dan dibesarkan ada satu tarikan besar. Mana lagi kalau bukan di Bentong. Dulu masa belajar kat UM, ramai yang tanya kat Bentong ada apa? Memang tak de ape la. Kami orang Bentong, datang shopping KL terus, sebab bukan jauh pun Bentong dengan KL tu. Berlagak la sikit kan sebab dulu memang Bentong tiada apa pun. Tapi sekarang jangan tanya la kan.
The Bentong Farm, Petting Zoo boleh tengok dan sentuh haiwan secara dekat, view pun cantik!! | Dapat tahu kat Bentong ada petting zoo memang buat Fiza eksited, bukan anak-anak yang eksited yer, mak dia yang eksited. Memang favorite kami la tempat macam nie, jadinya apa lagi jom jalan-jalan sambil review The Bentong Farm, nak tahu apa yang menarik, kena la baca sampai habis.
Terletak di Bentong, Pahang laluan nak ke Air Terjun Chamang, tak susah pun nak cari. Bagi yang pertama kali datang ke Bentong mungkin kena tengok wave betul-betul. Bagi Fiza pulak nie la laluan nak ke sini merupakan laluan merentas desa masa zaman sekolah dulu.
Kami sampai sini tengah hari macam tu. Ingat nak stay sampai petang. Jalan-jalan santai-santai je. Tertanya-tanya betul macam mana la petting zoo kat sini. Sebelum nie pernah pergi KL Tower Mini Zoo, pun dah best, dah permenantly closed pun baru-baru nie. Kenangan dapat jugak ke sana.
Yang lepas biarkan, kita cipta memori baru kat sini pula. Harga tiket The Bentong Farm korang boleh tengok kat website dorang. Nak view gambar kat bawah nie pun boleh. Nak mention risau ada perubahan, kita tak tahu kan. Kot ada diskaun ke, harga pakej ke, mana kita boleh agak.
Harga tiket The Bentong Farm
The Bentong Farm Map
Sebelum masuk sini pastikan korang pakai pakaian yang selesa dan seelok-eloknya berkasut. Elak pakai selipar kalau rasa nak cover semua area farm nie. Kawasan dia berbukit-bukit dan bahagian petting zoo terbahagi kepada 3 Zone.
Sebelum berangkat, beli dulu makanan haiwan nie
Lets go ke Zone 1 !! Korang jangan terkejut yer bila haiwan kat sini tiba-tiba datang serbu korang. Pertama sekali sebab korang bawa makanan, keduanya haiwan-haiwan kat sini memang jinak. Tak pernah lagi datang petting zoo yang kita boleh bagi makan, belai dia. Thaqif dan Huwainaa pun tak pernah sentuh kambing pun boleh siap belai kambing.
Bagi anak kambing makan
Burung merak kembang cantik
Abg Thaqif pun bagi makan kambing
Zone 1 nie ada haiwan seperti burung unta, burung merak, pelican, deer, raccoon, kambing dan kambing biri-biri. Dorang bagi nama Savanah Zone. Selain itu ada exhibition hall yang mana menempatkan haiwan seperti ular, hamster, sesumpah, banyak lagi haiwan peliharaan selalu dibela. Alpaka yang comel pun ada kat sini tau.
Exhibition hall
Tikus belanda
Pandai la alpaka nie bergambar
Alpaka nampak macam unta
Nak dapat pengalaman pegang ular, datang sini. Spesis yang kami pegang nie ular Sawa Bola. Huwainaa pun berani pegang. Jadi jangan tiru aksi kami sebab kami pegang ular yang tidak berbahaya dan di bawah pengawasan penjaga ular tersebut.
Ular sawa bola
Dedi pun teringin nak pegang
Huwainaa steady, memang berani mek nie
Pengalaman kali kedua nie
Abang Thaqif sentuh kulit dia je, geli katanya
Habis zone 1, kita masuk Zone 2 pula.. Di sini menempatkan bird aviary, pony ranch, longkang fish dan tortoise land.
Ayam katik atau orang panggil ayam seram
Burung nuri
Jinak siap landing kat kepala kita
Burung merak pun jinak datang minta makanan
Kuda pony yang comel
Inilah pony, comel dan pendek
Nie replika je tau
Yang nie kuta-kura betul, besar
En. suami sahut cabaran
Nak tahu kuat ke tak try la angkat kura-kura kat sini
Penat jalan kita singgah cafe dulu sebelum teruskan pengembaraan. Zone 2 tak habis lagi tau. Beli air, makan ais krim dulu sebab jalan-jalan kat sini memang penat dan haus. Cuaca pun panas elok. Untuk elak dehydrate eloklah minum air banyak-banyak.
Cafe makanan dan minuman
Tarik nafas sebentar, minum air dulu
Jadi princess sekejap
Lepas tengok rabbit, korang akan terus ke Zone 3. Rasa besar sangat kawasan The Bentong Farm nie kan. Tapi korang jangan risau sesat ke apa, sebab laluan dia memang senang. Antara larat dengan tak je.
Oh ya, ada ape kt Zone 3 nie? Kat sini ada alpaca, kerbau, wallaby dan kambing. Semua haiwan kat sini dibebaskan dan korang boleh datang dekat dengan haiwan-haiwan nie semua. Burang unta pun korang boleh bagi makan. Berdiri sebelah burung unta memang pengalaman buat budak-budak tau. Kalau korang datang zoo mana boleh bagi makan. Tapi datang petting zoo kita yang masuk kandang dorang.
Masuk kawasan burung kasawari
Lembu tengah lepak bawah pokok
Korang boleh tengok betapa jinak keldai nie
Habis sudah petting zoo. Banyak haiwan lagi yang Fiza tak masukkan dalam blog nie, korang nak tengok kena la datang sini. Lepas habis main-main dengan haiwan, kita pergi healing kat tanaman pokok sayur-sayuran dan buah-buahan. Sempat sembang dengan pekerja kat sini, sayur-sayuran dorang semua organik. Hasil tanaman inilah yang diberi kepada haiwan yang ada. Patutlah jinak semua. Tanpa sebarang racun serangga digunakan.
Laluan ke tanaman dan sayuran
Pemandangan memang cantik
Suka la kita dapat bergambar kat sini
Waktu nie cuaca memang panas
Giant Mangosteen Replica
Selamat datang ke ladang sayuran
Dedi ajar kami ambil air perigi
Kampung orang asli
Giant Ginger Replica
Replika kapal untuk fish feeding
Jalan-jalan kat Phantasy Hill pun best. Ada banyak replika barang-barang besar kat sini. Sorry memang tak dapat round habis korang. Time nie dah pancit habis masing-masing. Sempatlah ambil gambar sikit nak masukkan dalam blog.
Akan datang dorang akan aktifkan ATV tau. Lagi syok la nanti. Kemudahan lain seperti surau, tandas dan cafe turut disediakan. Kat sini ada campsite jugak. Boleh la planning camping kat sini nanti.
Dalam banyak2 petting zoo yang kami pernah kunjungi, sini terbaik. Haiwan dia jinak sungguh, pendek kata tak kejar orang la dan kita pun boleh dekat dan belai haiwan yang ada. Nak pegang dan bagi makan pun boleh.
Pemandangan dan landscape pun cun. Korang yang suka OOTD, sure enjoy. Kita listkan aktiviti dan tempat menarik dalam nie yang korang boleh buat dengan family dan anak-anak:
Petting Zoo
Raccoon Playground
Giant Mangosteen Replica
Vegetable & Fruit Farm
Pigeon House
Giant Ginger Replica
Fish Feeding
Savannah
Kampung Orang Asli
Phantasy Hill
Waktu operasi
Weekdays: 10:00 pg - 6:00 ptg
Weekend: 09:30 pg - 6:00 ptg
Ditutup pada setiap hari Selasa, tidak termasuk cuti umum & cuti sekolah
Jom cipta kenangan terindah kat sini. Untuk info lanjut boleh check out https://thebentongfarm.com/
#agrotourism #bentongpahang #thebentongfarm #animals #tourismmalaysia #outdoors #animallover #pettingzoo
4 Comments
Bestnya, kitorg pun cadang nak pergi Sabtu ni.
ReplyDeleteBeraninya si kecik pegang ularrr
ReplyDeletePony dia cute sangat. Lucu!
bestnya kalau dapat pergii
cantik tempat nya. banyak jugak haiwan. tapi ular tuuu. takottt
ReplyDeleteIngat bentong ada Halia je.. Rupanya ada tempat yang menarik macam nie. Nampak kawasan macam lagi luas dan pemandangan pun menarik.
ReplyDelete