Assalamualaikum. Saje nak share kisah kami bulan Mei baru-baru ini. Pertama kali nak beraya di Selatan Thai. Nak jadi kisahnya, kami akan masuk dengan kenderaan. Jadinya untuk melepasi sempadan kena bawa geran pemilikan kenderaan. Tujuannya? nanti kita share.
Print geran pemilikan kenderaan di Kiosk Perkhidmatan JPJ, senang dan cepat | Masa kat rumah dah ingat nak bawa geran nie. Rumah kami kat Sg. Buloh, balik Kelantan. Bila dah sampai rumah Ma teringat geran tertinggal. Tak kan nak patah balik Selangor. Mujur la rupanya geran kereta nie boleh pergi ambil kat Pejabat JPJ je.
Nak lagi mudah cari je kiosk JPJ, kat situ boleh print je tak perlu nak ambil no giliran apa semua. Jadinya kami ke UTC Kelantan. Kat situ ada satu kiosk JPJ. Lega bila dah jumpa jalan penyelesaian.
Macam biasa kena beratur panjang depan UTC
Kami ke sana waktu tengah hari, hari Jumaat. Jadinya waktu memang singkat. Jam 2.45 baru dorang buka semula. Memang ramai orang waktu tu. Mujur datang untuk ke kiosk je, bukan nak buat passport atau nak buat urusan dalam jabatan. Stress kot nak menunggu tu.
Boleh baca pengalaman buat passport di UTC Sentul --> baca sini
Kena juga beratur depan kiosk tapi mujur tak ramai
Jenis Perkhidmatan Kiosk Layan Diri JPJ
Minta ambil gambar depan kiosk
Sementara tunggu dedi beratur kita round UTC jap
Senang nak guna, 5 minit siap
Urusan pembayaran pun cashless
Selesa duduk dalam tu, ada air cond
Alhamdulillah selesai dan dipermudahkan
Okay, tujuan perlu ada geran pemilikan kenderaan adalah untuk proses mendapatkan Surat Pelepasan Kenderaan Keluar Negara Thailand untuk melintasi Sempadan. Kalau tiada surat nie maka kereta tak boleh dibawa keluar. Ia juga nak mengesahkan bahawa kereta yang dibawa juga bukan kereta curi.
Banyak prosedur sebenarnya kalau nak bawa keluar kereta keluar sempadan nie. Bukan senang-senang je. Tapi yang tu kita tak nak cerita sebab tak pandai. Kang tersalah bagi info pulak. Sebab semua urusan tu husband yang settlekan.
Lepas settle kita pergi shopping kat AEON Mall Kota Bharu dulu. Lama tak menyopping kat sini. Abg Thaqif mana? Dia duduk dengan tokma, malas nak ikut sebab penat dah duduk dalam kereta semalam dalam 6 jam jugak. Hari nie dia nak santai2 dengan tokma dia.
Huwainaa shopping baju baru
OTW balik pekena teh ais trafik light
Berbalik pada kisah kiosk tadi, kalau nak dapatkan dokumen yang berkaitan JPJ memang boleh print terus kat sini, nak renew roadtax pun boleh. Jadi tak perlulah nak ambil cuti semata-mata nak selesaikan urusan JPJ. Buat je kat kiosk berdekatan dengan korang.
Wassalam.
2 Comments
cik nor pernah bawak kete keluar sempadan..banyak dokumen kna settle..sblh malaysia pun ada, sblh thailand pun ada
ReplyDeleteKan, senang. Tq sebab share :)
ReplyDelete