Find us on Facebook

Apa yang kami buat bagi memastikan perjalanan mudah dan lancar ketika berada di Thailand guna kenderaan sendiri

Assalamualaikum. Jalan-jalan guna kereta sendiri memang best dan ramai je rakyat Malaysia yang masuk sempadan dengan kenderaan sendiri. Memang tak pelik sangat. Kami pun baca pengalaman mereka yang suka ke Thailand guna kereta. Tak susah tapi banyak prosedur yang perlu kita ikut sebab kita nak masuk Negara orang, kalau apa-apa terjadi memang susah nak minta tolong.  

Pintu gerbang Sempadan Buketa Immigration Checkpoint

Apa yang kami buat bagi memastikan perjalanan mudah dan lancar ketika berada di Thailand guna kenderaan sendiri | Bila korang dah isi borang ketibaan, cop pasport dan ada Surat Pelepasan Kenderaan Keluar Negara Thailand, maka korang dah layak untuk jalan-jalan dengan selamat, In syaa Allah.

Apa yang kami buat bagi memastikan perjalanan mudah dan lancar ketika berada di Thailand guna kenderaan sendiri

1. Cari kedai telco, tukar sim card

Kami guna line AIS 5G. Bila tukar sim barulah senang, tujuan nak tengok GPS. Internet dorang pun laju, unlimited korang. Kami beli nie untuk kegunaan sebulan, lepas sebulan macam biase kena la topup. Nak dapatkan sim nie sama je macam kat Malaysia, korang daftar dengan passport. 

2. Buat no plate kereta Thailand

Ini sebenarnya optional jer, tapi nak tahu original ke tak, korang kena buat kat sana, dorang ada standard tulisan dan saiz. Kalau korang order kat Shopee yang ada gambar bendera Malaysia lepas tu ada bendera Thailand tu, tak ori la orang cakap. Bukti kereta kami dah masuk Thailand, berlagak sikit.. haha


3. Tukaran wang di Thailand

Sebelum masuk Thai pun dah buat tukaran wang, tapi kalau tak cukup korang boleh cari money changer, cuma kadar tukaran dia berbeza sedikit. 


4. Peruntukan duit minyak

Yang nie memang kami tak sangka, banyak habis wooo.. Perjalanan memang jauh kalau nak pergi satu tempat ke satu tempat. Harga minyak kat Thailand memang mahal lebih kurang RM 4 seliter. Nak jimat korang boleh la beli minyak botol tepi jalan, itu pun RM 3. Merasa jugaklah kereta kami pakai minyak botol nie, tapi minyak dia dah macam kurang gas. Isi penuh sekejap je minyak habis. 


5. Rancang perjalanan sebaik mungkin

Pastikan korang tahu nak ke mana, set GPS siap-siap. Booking hotel kalau nak stay lama kat sana. Kalau dah biasa travel memang tak jadi masalah. Nak tahu destinasi kami pergi, boleh la scroll entry-entry kat bawah. 


6. Jangan lupa singgah 7E

Kat sana 7 Eleven dorang boleh dikira dengan jari. Punyalah banyak. Dan yang bestnya macam-macam ada dan besar lebih kurang macam speedmart kita kat sini. Susunan barang kemas, banyak makanan dan minuman yang korang boleh try. Yang penting korang tengok tanda halal dan bahan, jangan tersalah beli yer.

7E wajib singgah yer

Habis Meiji kami beli dan try

Pastikan ada tanda halal yer

Rasanya settle dah story jalan-jalan kat Thailand nie, boleh move on dah nie. Nak story pasal camping pulak. Macam nielah kalau jenis suka jalan-jalan. Setiap minggu ada je aktiviti kami sekeluarga. Alhamdulillah rezeki. 

Terima kasih pada yang sudi membaca. Wassalam. 

Post a Comment

0 Comments