Find us on Facebook

Family Camper "What people think I do vs What I really do"

Assalamualaikum. Tahu tak ayat apa yang paling celupar orang lontarkan kepada Fiza masa di pejabat pasal camping nie? Tak de jumpa harimau ke? Reaksi Fiza senang je, alhamdulillah, setakat ini okay lagi, mintak simpang la mende2 macam tu. Kalau ikutkan memang banyak soalan tak masuk otak dorang nie tanya.
 
 

Inilah jenis orang-orang yang toksik. Elok dorang nie je yang kena makan dengan rimau tau. Mulut celupar macam itu kalau dorang camping memang confirm kena makan dengan si "Maybank" tu. Tak pun dia datang.. aukkk cakkk!!! 

Kalau bab camping nie, memang Fiza tak minat nak bercerita dengan sesiapa, nak2 kat office. Post je kat socmed, kat blog nie, nak baca, nak tengok silakan, nak kecam memang kena block. Tak susah pun. Hidup nie simple, apa yang kita minat tak semua orang minat. Tapi kalau toksik nie memang sah2 ada masalah dengan hati. 

Bila orang tanya apa tips nak bercamping nie, jawapan dia, kena ada minat, bukan sebab nk follow trend, hati kena kental, jiwa jangan koyak. Kalau kita memilih untuk buat sesuatu, means kita dah ready untuk menerima segala cabaran. Jadinya lantaklah apa orang nak kata.

Enjoy, faham-faham sendirilah "What people think I do vs What I really do".. Family Camper Hwaiting!!!!!

Wajib baca nie --> 7 Prinsip ber'camping' ambil tahu ambil peduli

Post a Comment

0 Comments