Assalamualaikum. Lama tak naik flight nie, last naik tahun lepas pergi Pulau Langkawi. Tahun nie nak la naik flight lagi, tak jauh pun, balik kampung je. Anak-anak Fiza punya eksited bila cakap kita nak balik rumah tokma naik kapal terbang. Dorang tahu nak balik Kelantan tu jauh, kalau nak kapal terbang sekejap je. Nak-nak pula time semua orang cuti untuk raya korban.
Pengalaman naik kapal terbang dari KLIA2 ke Kota Bharu Kelantan | Cuma pengalaman kali nie berbeza la sikit. Selalu ada dedi dia, kali nie kami naik flight 3 beranak jer. Dedi dia dah bertolak awal lagi sebab nak settlekan urusan kerja belah pantai timur. Jadinya siapa nak ambil kami nanti. Alang-alang tu naik flight jelah, tak payah hadap jem.
Boarding time pukul 10.20 pagi, pukul 8.00 pagi waktu paling selamat kalau dah ada kat airport tu. Malam tu memang susah jugak la nak tidur. Berdebar jugak sebab nak kena berdikari dengan budak 2 ketoi tu. Yelah naik flight bukan macam naik bas. Nak tak nak kena buat-buat pro anggap macam naik bas je.
Bila dah settle urusan beg semua, dah duduk kat ruangan menunggu, rasa lega dah. Memang risau takut salah terminal, salah kapal terbang.. haha. Tak pernah la jadi tapi kalau salah macam mana. Dah la kita dengan anak-anak je.
Nak jadi kelakarnya, kami tak ambil pakej makan. Tapi pramugari open untuk penumpang beli makanan atas flight. Anak-anak Fiza mula la cakap lapar la, nak makan la. Jadi belilah nasi lemak Santan Air Asia tu. Rasa sambal dia memang sedap weh. Susah nak cari sambal yang sedap macam tu. Harga sebungkus RM 9.90 kalau tak silap lah. Beli 2 bungkus jadilah buat ghaso-ghaso.
Ambil gambar sikit, video anak-anak makan nasi lemak atas kapal terbang, konon nak buat tiktok la, kenangan makan nasi lemak atas awan. Tetibe, pilot bagitahu sila pakai tali pinggang sebab dah nak mendarat. Mak aih.. cepatnya, baru 30 minit dalam flight, anak baru 2 suap nasik dah nak landing. Itulah tak dibuat orang kot balik Kelantan beria nak makan bagai.
Time tu rase nak tercekik nasi lemak. Adoi anak Fiza pun kena suap laju-laju. Nak kemas lagi, habis fefiling makan nasik lemak atas langit. Bila ingat memang kelakar giler. Cepat betul sampai nak flight yer.
Cuaca elok cerah, perjalanan pun dipermudahkan. Alhamdulillah kami selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sekitar jam 11 pagi. Memang rasa sekejap sungguh, rasanya macam tak sampai sejam pun dalam flight. Kalau nak kereta, 6 jam kematu bontot pun belum tentu sampai.
Memang kenangan la makan nasi lemak nie. Turun flight rasa tak hadam.. haha.. adoi kelakar sungguh. Itu jelah nak cerita pengalaman naik flight balik kampung. Kalau nak baca pengalaman kali pertama anak naik flight, boleh la baca sini.
3 Comments
Seronoknya budak dua ketul tu dapat naik kapal terbang
ReplyDeleteAA bagi makan nasi lemak. MAS bagi kacang je hehehee...
ReplyDeleteNanti nak try la sekali balik naik flight heheeh tak penah lagi.
ReplyDelete