Assalamualaikum. Bila mood nak update blog datang, kita jangan abaikan. Teruskan update, nanti bila datang angin malas tu, mau berminggu pulak bersawang. Kali nak cerita pasal anak-anak la pula. Nak kata sekali sekala bawa anak-anak healing tu tak jugak, sebab yang sebenarnya bukan anak-anak nak healing sangat tapi kita nie yang nakkan "me time" kononnye lah kan.
Seronok anak bermain di Kidzoona AEON Anggun Rawang | Kalau datang shopping kat AEON Anggun Rawang korang akan jumpalah tempat anak-anak boleh bermain iaitu di AEON Fantasy Kidzoona. Nak tahu tak last Fiza bagi anak-anak main kat sini bila, 6 tahun yang lepas. Waktu tu Thaqif umur 2 tahun, Huwainaa baru 5 bulan.
Bacaan berkaitan --> Melayan anak ke AEON Fantasy Kidzoona
Harga tiket masuk Kidzoona
Event yang diadakan pada hari tersebut
Kalau ikutkan tiada banyak perubahan pun tapi disebabkan Huwainaa pun tak pernah masuk lagi, bagi la di peluang pula. Tempat main-main macam nie memang anak-anak Fiza dah biasa, dah banyak tempat dorang main. Kat AEON nie macam biasa-biasa je. Tarikan utama sini kids ball pool tu, seronok dorang berenang dalam bola yang banyak tu.
Banyak juga permainan-permainan yang anak-anak boleh main kat sini. Sambil dorang bermain tu, kita boleh la duduk lepak sesaje, lepas je dorang dalam tu. Lagi satu ada juga event yang anak-anak boleh join ikut jam yang dorang sediakan. Salah satunya aktiviti mewarna.
Semua anak-anak boleh join. Peralatan mewarna mereka akan sediakan. Hadiah pun semua akan dapat. Pendek kata tak anak ada anak-anak yang akan kecewa datang main di Kidzoona.
Nak pergi indoor playground harga rahmah, search Kidzoona terdekat dengan korang. Anak-anak sure akan enjoy. Kita pun boleh berehat kat sini.
Wassalam.
0 Comments