Find us on Facebook

Family Camping Journey | Pengalaman bercamping 3H2M di Teratak Tok Alang, Batang Kali

Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2024, tapi cerita ceriti tahun 2023 tak habis update lagi tau. Banyaknya kita nak share dengan korang. Kalau setakat pos gambar je boleh la kot buat dalam masa sebulan kan, tapi sebabkan nak buat ayat sikit-sikit itu yang dari hari ke hari tak update. Bukan senang nak maintain blog nie walaupun dah lebih 10 tahun menulis blog. 


Family Camping Journey | Pengalaman bercamping 3H2M di Teratak Tok Alang, Batang Kali |  Cerita pasal camping lagi, kali nie di Teratak Tok Alang, terletak di Batang Kali jugak. Kami sebenarnya beruntung sebab tinggal pun tak jauh dari Batang Kali nie, dalam sejam perjalanan macam tu dah sampai. Area Batang Kali pula banyak sangat campsite, pandai-pandailah pilih. 

Untuk kali nie, kami try Teratak Tok Alang pulak. Campsite nie best cuma tapak tak berapa best sebab last minit booking, berdepan dengan toilet. 


Jadi bukan salah campsite la, salah kami tapi sebabkan nak try jugak campsite nie, just follow the flow bak kata orang jawe. Okay je walaupun depan toilet, senang nak pergi tandas malam-malam. Mula-mula tu memang risau bau toilet la kan, tapi tak pun sebenarnya. Okay je. 


Kami tiba hari Jumaat, tengah hari terik tu kami mula pacak khemah. Pertama kali rasa bahang sangat sebab tapak nie kurang pokok. Berpeluh lenjun jugak dan boleh kata kali nie kami setup khemah paling slow. Sebab cuaca panas dia tak boleh bawa berunding langsung. Lepas tu ada bau tahu kucing macam tu. Alamak memang pening kepala duk hidu bau tu sepanjang setup khemah. 

Cari punya cari memang ada tahi kucing tu. Kami pun mintalah CO campsite tolong settlekan. Malas la nak cerita kat SOCMED kan, tapi kita cerita kat blog. Baru korang tahu pengalaman sebenar camping nie.




Nak dijadikan cerita, kali nie setup paling lama yang pernah terjadi. Lebih kurang 3 jam jugaklah nak settle. Penat lain macam sebab cuaca panas sangat. Rasa macam bulan puasa, dahaga dia mujur boleh minum air. Dah siap tu boleh la tengok sungai pulak. Tepi kami ada jambatan besi, seberang sana pun ada campsite dan perkuburan islam. 

Suasana campsite Tok Alang nie memang damai. Paling best sungai dia. Memang cetek la, kita memang suka sungai macam nie sebab selamat untuk anak-anak. 







Waktu malam pun best, tenang dan aman. Cuaca pun setakat nie baik-baik saja. Malam tu lepak dengan jiran sebelah, geng campers selalu datang bersama. 








Hari kedua barulah dapat healing betul-betul. Bangun pagi buat sarapan, anak-anak Fiza pula lepas makan terus masuk sungai. Tunggu dorang lapar nanti barulah nampak batang hidung semula. 

Menu wajib camping, kambing grill. Senang beli yang Pak Mat Western jer. Sedap dan senang nak sediakan. Makan dengan nasi putih, satu periuk nasi habis tau. Selera makan time camping memang dasyat. Kalau kat rumah tak cukup pun makan 5 kali sehari, tapi time camping minum petang makan malam semua lengkap. Rajin dia memang tahap dewa tu. 



Dah kenyang barulah Fiza dapat tengok anak-anak mandi sungai. Kalau nak mandi Fiza akan tengok keadaan, kalau ramai sangat orang memang malas jugak. Tapi sini best main water rafting dengan anak-anak sebab boleh pergi jauh. Fiza ajar budak-budak nie boleh pergi sampai mana, bawa dorang lepas tu dorang main sendiri. Kalau tak tunjuk sampai mana risau sesat sampai campsite lain pulak.











Dekat Teratak Tok Alang ada kemudahan ATV. Kalau datang saja nak main pun boleh. Yang datang untuk berkelah pun ramai. Boleh sewa teratak tepi sungai je, tak perlu nak bukan khemah. 




Semalam pun khemah kami dilanda hujan lebat. Tapak khemah pula laluan air. Masuk air jugak la dalam khemah tu. Tapi masalah kecik je. Dah laluan air nak buat macam mana. Tapak tu memang kami blacklist sangat-sangat. Tak best. Kalau korang nak camping kat Teratak Tok Alang nie, janganlah ambil tapak depan toilet nie, memang merana hidup.




Pagi hari kedua kami order nasi lemak kat sini. Dorang ade sediakan jualan sarapan pagi, nak booking pastikan sehari awal. Jadi pagi hari kedua tu tak yah kalut nak masak dah. Boleh fokus nak kemas barang camping dah sebab cuaca tak berapa baik.











Dah nama pun cari pengalaman bercamping kan, tak kan la indah-indah jer. Mesti ada keburukkannya jugak. Campsite Tok Alang memang best, sungai cetek dan jernih. Toilet je nak kena upgrade sikit sebab nampak teruk sangat. 

Tapi kami hadap jer sampai ke akhir sebab ending dia camping tetap best dan paling penting jangan serik. Kami tak serik pun. Ingatkan ini camping terakhir tuk tahun 2023 sebab lepas nie musim hujan. Tak jugak yer. Husband decide tuk sambung camping lagi sekali sebelum penutup tahun 2023.

Kali nie bukan hujan sikit-sikit, memang camping dalam hujan. Nak tahu kami camping kat mana, kenalah stay tuned.  

Wassalam. 

Post a Comment

0 Comments