Assalamualaikum. Selepas setahun pembukaan, kami sekeluarga dijemput oleh Fun x World bagi memeriahkan Fun x World 1st Anniversary Carnival. Tak sangka bila tengok review Fun x World di sosial media, tempat nie bukan biasa-biasa yer.
Fun x World Indoor playground paling gempak anak-anak boleh main dengan bebas | Dengan besar hati kami pun datang untuk merasai keseronokkan di sini. Harga tiket Fun x World untuk dewasa RM 65 manakala kanak-kanak RM40.
Pelbagai aktiviti menarik yang kita boleh buat sekali dengan anak-anak yer. Dorang main slide, kita pun boleh main jugak. No limit, kalau rasa jiwa kanak-kanak ada lagi dalam diri korang, sinilah tempatnya.
Harga pakej
Area game arcade yang luas
Sempena Fun x World 1st Anniversary Carnival juga, ada aktiviti tambahan lain dorang sediakan. Semasa masuk kita akan dapat kad mision. Settle mission dapatlah redeem free popcorn. Tak susah pun sebab semua untuk enjoy-enjoy.
Dalam Fun x World nie pengunjung dapat enjoy 4 indoor playground yang besar seperti:
Village Square Arcade
Forest Escape Playground
Castle Adventure Skate
Fairyland Bumper Car
Village Square Arcade
Fairyland Bumper Car
Forest Escape Playground
Castle Adventure Skate
Duduk dalam nie, tak sedar masa berlalu. Anak-anak tak panas, selamat dengan kawalan keselamatan. Fasiliti seperti food court, surau dan tandas juga disediakan. Jadi tak perlu nak keluar masuk. Duduk je dalam nie. Main sampai habis kredit.
Kalau korang nak datang boleh ke Fun X World yang terletak di Lot 2.140B Level 2, Summit USJ Mall. Dibuka pada jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. Cuma hari Rabu dorang buka lewat sikit jam 2 petang untuk proses maintenance.
Bawa anak-anak korang datang sini, korang pun join dorang main sekali.
Wassalam.
0 Comments