Find us on Facebook

Bufet Ramadan Bangi Golf Resort 2024 | Harga berpatutan dengan pelbagai aneka juadah berbuka puasa, pilihan utama di bandar!

Assalamualaikum. Alhamdulillah rezeki tahun ini bila dapat jemputan untuk menghadiri Previu Bufet Warna Warni Ramadhan yang dianjurkan oleh Bangi Golf Resort (BGR) untuk tahun 2024. Memandangkan bulan puasa yang mulia semakin menghampiri, mesti ramai yang tercari-cari bufet ramadan murah, menu juadah dan tempat yang selesa untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Yang penting tempatnya pula selesa dan berbaloi dengan harga.


Bufet Ramadan Bangi Golf Resort 2024 | Harga berpatutan dengan pelbagai aneka juadah berbuka puasa, pilihan utama di bandar!Tahun 2024 bermula dengan pelbagai sambutan dan perayaan; dari Tahun Baru yang meriah ke perayaan Thaipusam dan sambutan Tahun Baru Cina. Cuti sekolah penggal akhir yang akan datang, telah tiba tepat pada waktunya, memberikan ruang dan masa bagi ibu bapa membuat persediaan untuk penggal sekolah yang akan datang bersamaan dengan bulan puasa yang dinantikan.


Tema warna warni Ramadan

Bagi bulan puasa tahun ini, Bangi Golf Resort (BGR) dengan sukacitanya ingin memperkenalkan juadah Bufet Ramadan, dengan menampilkan pelbagai hidangan lazat dan minuman yang menyegarkan, dengan menggunakan bahan berkualiti serta yang pastinya pada harga yang sangat berpatutan di Bandar Baru Bangi. 



Nikmatilah kegemaran klasik BGR seperti Kambing Golek (kambing yang dibakar secara perlahan), Sup Kambing Mamak yang wangi dan berempah (Sup masakan ala India), Sate Ayam buatan sendiri dengan pelbagai bahan sampingan sebagai pelengkap hidangan, dan kegemaran ramai iaitu: Telur Sous Vide dengan Mushroom Espuma. 

kambing yang dibakar secara perlahan

Menu klasik BGR Kambing Golek

Telur Sous Vide dengan Mushroom Espuma

Sup Kambing Mamak

Sate Ayam

Nasi Briyani

Juga tidak ketinggalan tumpuan utama di BGR adalah Nasi Kerabu; hidangan tradisional nasi berwarna biru yang diperbuat daripada Bunga Telang, dihidangkan bersama dengan pelbagai Ulam- ulaman yang dipetik dari Bangi Farm Resort milik mereka sendiri.

Nasi Kerabu

Pada tahun ini, terdapat menu tambahan baharu dalam menu mereka iaitu: Gyoza Goreng buatan sendiri dengan pelbagai sos istimewa, Bebola Daging Sweden dengan Sos Perang & Kentang Putar, Mantao Goreng dengan Sos Cili Ketam, Ayam Panggang Peri-Peri, Mee Hokkien Pulau Pinang, dan pelbagai pilihan lagi.

Deep fried chicken dumpling bersama Mantao Goreng

Mee Hokkien Pulau Pinang

Bebola Daging Sweden

Tetamu juga boleh memilih pelbagai hidangan pencuci mulut yang disediakan termasuklah kuih tradisional, diantaranya ialah Serawa Durian dengan Pulut Kukus yang terkenal. Terdapat kira-kira 20 jenis pencuci mulut Barat yang terkini termasuklah beraneka jenis Brownies, Kek Span, Durian Puff, Chocolate Cream Puff, Kek Cawan, Mix Fruits Trifle, Tiramisu, dan Panna Cotta. Ianya amat menarik
bagi penggemar manisan!








BGR menawarkan beraneka juadah dan pilihan untuk semua peringkat umur. Untuk yang muda atau kekal muda di hati, terdapat pilihan Soft Serve Ice-Cream, Popcorn Karamel dan Gula-gula Kapas.

 



Spanish Churros yang boleh dihias dengan Sos Marshmallow, Sos Coklat Pekat dan Butiran Pelangi sediaan sendiri yang kekal popular di kalangan pelanggan di BGR.

Kuey Tiow Goreng

Sup cendawan

Speghetti Bolognese

Ulam-ulaman

Seafood berlado

Deep Fried dumpling

Kawah Sup kambing 

Untuk makluman semua, BGR telah mendapat Sijil HALAL dari JAKIM semenjak tahun 2009. Selain itu juga, BGR telah dianugerahkan Sijil HACCP dan GMP pada tahun 2021. Ini menunjukkan komitmen mereka yang dalam menitikberatkan Halal Toyyiban, standard kebersihan dan keselamatan makanan yang tinggi untuk dapur mereka.

Bufet bertempat di Dewan Kenangan

Ruang berhawa dingin

Glambooth




Terdapat lebih 800 tempat letak kereta percuma dan Surau Lelaki dan Perempuan yang besar untuk keselesaan tetamu. Bufet Ramadan BGR akan mula beroperasi dari 13 Mac 2024 sehingga 8 April 2024 serta masih mengekalkan harga bufet ramadan yang sama seperti tahun sebelum ini iaitu RM65.00 bagi dewasa dan RM32.50 bagi kanak-kanak. 


Harga diskaun bagi berkumpulan dan harga di luar waktu puncak boleh dibeli melalui laman web mereka iaitu https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2024/ Semua harga di atas adalah tertakluk kepada 6% SST.


Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, korang boleh menghubungi :

Bangi Golf Resort
Booking & Inquiry: 1700-821-457
Address: No. 1 Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia 
GPS coordinates: 2.95716N, 101.76518E

atau layari laman sosial seperti yang tertera di bawah.


#ramadanBGR2024 #BGRbufetramadan2024 #BGRiftar2024 #ramadanbgr2024 #warnawarniramadanbgr #bangigolfresort #buffetramadhan #bufetramadhan

Post a Comment

2 Comments