Find us on Facebook

Campers gathering @ Legenda Putri Homestay, Kuala Linggi Melaka

Assalamualaikum. Jom sambung throwback lagi. Memang kalau boleh nak settlekan cepat story tahun 2023. Tak habis-habis lagi nie. Kalau ada robot boleh tolong tulis kan senang. Dah cukup melalut tu yer Fiza.

Memandangkan bulan Disember susah nak camping, musim hujan kan, camping memang kami akan stop dulu. Tapi dah nama pun campers mana boleh duduk diam, kalau tak camping rasa badan sengal-sengal je, mengada-ngada sungguh. 

Campers gathering @ Legenda Putri Homestay, Kuala Linggi Melaka | Oleh yang demikian, kami masih buat gathering tapi bukan pasang khemah dan bukan juga tepi sungai, tapi kami ke tepi laut. 

Homestay yang kami stay untuk 2 hari 1 malam terletak di Kuala Linggi, Kuala Sg. Baru Melaka, Legenda Putri Homestay. Kat sini memang banyak homestay berhampiran pantai. Cuaca pun cantik semasa kami di sana, tak hujan. Alang-aland dah stay sini, kita review Legenda Putri Homestay sikit kan. Mana tahu korang pun rasa nak stay sini. 


Nama lain dia Lagenda Guest House. Tak tahu la yang mana dorang guna. Yang booking pun geng campers, jadi dapat satu bilik, luas macam rumah. Bila booking banyak bilik kat sini dah rasa macam duduk kat perkampungan. Ada rumah papan dan ada rumah batu. Kawasan homestay memang besar, ada banyak jenis bilik dan rumah.

Suasana kat sini memang tenang dan aman. Dengan bayu laut. Walaupun bilik kami jauh sikit dari pantai, tapi boleh nampak pantai kat depan tu je. 

Petang tu kami ambil masa lepak sambil tengok matahari terbenam. Cantik sangat. Waktu nie air surut, jadi boleh la anak-anak main pasir. Nak mandi tu tak berapa nak berani sebab Kuala Linggi nie korang faham-faham ler, tempat abang boya nie.  Tapi ramai je yang mandi kita tengok.

Malam tu buat makan-makan, ada bbq kambing. Best rasa macam camping jugak cuma tak payah nak setup khemah bagai. Husband bawa projector, bagi budak-budak layan kartun. 




Esok paginya kami main bot. Ikutkan campers lain main bot sejak semalam lagi. Tapi kami sampai petang. Jadi tak sempat nak main bot. Maka, hari kedua tu kami ada la peluang lagi sebelum check out. Sempat la nak sunburnkan kulit nie.

Sarapan pagi

 
Air laut pasang

Sempat dorang nie main pasir

Laut membiru, cantik

Finally dapat lepaskan gian, lama weh tak main bot. Bot nie memang geng campers punya. Last kami main bot dengan dorang mase camping kat PD Mayangsari awal tahun 2023. Dekat 11 bulan jugak la tak main bot.

Sekali layan bot kat Kuala Linggi, debor jugaklah kan.. santuari buaya tembaga nie. Tapi alhamdulillah tak jumpa buaya pun masa main bot tu.








Memang best la buat aktiviti macam nie dengan family. Tak dapat camping rasa suasana ala-ala glamping pun okay dah. Nak buat family gathering memang sesuai sangat kat sini. Apa lagi, boleh check out --> Senarai booking hotel Melaka 

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. Bestnya dapat tengok keindahan pantai. Selamat berkenalan. Baru follow sini ☺️

    ReplyDelete
  2. seronoknye.. nnti cuti sekolah nak ke mana? :D

    ReplyDelete