Find us on Facebook

Staycation Kedah | Pengalaman menginap di Emerald Puteri Hotel, Sg. Petani Kedah

Assalamualaikum. Alhamdulillah, finally sampai juga story staycation kami di Kedah pada penghujung tahun 2023, kami laki bini dapat cuti lebih kurang 10 hari. Kira memang habiskan cuti tahun. Disebabkan ada majlis kenduri kahwin di Baling, Kedah, itu yang kami staycation terus decide untuk staycation. Lagipun dah lama tak makan angin kat Kedah.


Staycation Kedah | Pengalaman menginap di Emerald Puteri Hotel, Sg. Petani Kedah | Kami bertolak ke Kedah pada pagi hari Khamis (21 Dis). Perjalanan dari Sg. Buloh ke Sg. Petani ambil masa lebih kurang 4 jam. Perjalanan kami santai-santai sahaja. Ada tempat best makan kita singgah. Macam itu lah. Jadinya awal pagi tu kami makan kat Che Bunga Sg. Buloh dahulu. 


Alhamdulillah perjalanan lancar, kami sampai ikut planning. Emerald Puteri Hotel memang betul-betul keluar dari highway plus. Memang senang sangat nak cari. Walaupun cuaca panas kat Kedah nie tapi angin tak putus. Rasa macam duduk hotel tepi pantai, padahal pantai tak nampak pun. 

Lobi hotel

Menunggu waktu untuk check in

Superior Twin

Nak bercuti nie kadang-kadang tak perlu nak mewah. Ada time kita rasa nak mewah kita ambil bilik besar-besar, kalau rasa nak santai-santai, ada bilik pun dah cukup. Campers kan dah biasa hidup susah. Jadinya kami ambil bilik Superior Twin, ada dua katil single. Single pun besar jugak katilnya harga RM 150 termasuk tax. 

Dorang nie happy je asal pergi hotel

Meja tulis

Televisyen 

Almari dengan iron dan iron board dalamnya

Tandas dengan bathtub

Peti sejuk dan coffee tea maker

Semua suis centralize kat sini

Kalau korang perasan, perabot dalam bilik kami nie semua warna pink. Cantik, Huwainaa cakap macam bilik Hello Kitty. Fiza pun pada mulanya tak perasan jugak bilik nie warna pink, anak yang bagitahu.

Macam biasalah, duduk bilik kejap je. Dah tahu ada kolam kan, bawa la dorang nie pergi mandi. 

Kolam renang

Asal ada kolam mesti nak terjun

Happy tak ramai orang

Mandi sampai lebam


Penat berenang, kami keluar cari makan. Pekena nasi kandar pun best nie. Cari punya cari tak jauh sangat dari hotel, ada Restoran Nasi Kandar Subaidah. Perut memang dah lapar sangat nie, kalau dapat makan memang tak peduli orang dah nie.




Tengok pun terliur semula. Lapar lagi kami order roti arab gulai kambing. Sedap la makan kat sini. Kena pula dengan air kelapa muda, balik tersadai kekenyangan.



Untuk hari pertama di Sg. Petani, kami tak kemana-mana. Just habiskan masa kat hotel je lagipun masa singkatkan. Balik makan dah nak malam. Esok kami akan check out ke hotel seterusnya. Story perjalanan staycation kami di Kedah Fiza akan ceritakan next write up yer.

Korang datang Kedah, tak tahu nak stay mana, boleh booking hotel nie. Booking sini kalau korang berminat --> Emerald Puteri Hotel, Sg. Petani

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments