Assalamualaikum. Weh lamanya kita tak membebel kat blog nie. Hari ini kita try juga usaha untuk update. Mana taknya, duk publish press release je (berbayar yer), mention sebab banyak sangat yang nak free, sorry yang free kita tak layan hokay. Korang PR yang emel nk free je tu, memang emel korang masuk trash atau terus kita tanda spam.
Okaylah bebel sikit je dulu sebab puasa kan. Kita update dulu entry dah nak dekat setahun dah berlalu, alahai cepatnya masa berlalu. Tahun lepas kami sambut birthday daddy kat Penang. Memang wishlist nak stay semua Hotel Lexis sebab ada private pool.
Birthday Staycation di Lexis Suites Penang, pertama kali menginap di sini | Kebetulan jugak bulan Jun dan Julai musim durian kat Penang tu. Sambil-sambil bercuti boleh la cari durian Penang. Kalau korang nak tahu, price hotel Lexis Penang lebih murah kalau nak dibandingkan dengan Lexis Hibiscus Port Dickson dan Grand Lexis Port Dickson. Semuanya best dan ada private swimming pool. Nak tengok price boleh direct link tu. Kalau berminat boleh booking terus.
Kita review Lexis Suites Penang ringkas-ringkas dengan gambar jelah yer. Sebab stay sini korang tak kan rasa rugi. Bilik luas, segala fasiliti dan benefits ada. Wifi free pun ada. Hehe..
Kalau stay sini budak-budaklah paling happy. Mandi sampai lebam la jawabnya. Kita yang pompuan nie kalau ada private pool macam nie rasa selesa nak mandi. Boleh enjoy sekali dengan anak-anak.
Lepas mandi kita turun cari makan kat cafe hotel je. Pekena pizza sedap sungguh. Lagi sedap dari pizza yang ada kat pasaran tu.
Memandangkan ini birthday staycation, kita book sekali kek kat cafe. Dorang bagi free ice cream sekali. Happy birthday Daddy. Semoga panjang umur dan dipermudahkan lagi rezeki. Boleh bawa kami jalan-jalan stay sini lagi.

Kami juga ambil penginapan sekali dengan sarapan pagi. Jadinya tak perlu nak kalut cari sarapan kat luar. Lepas makan boleh la sambung mandi kolam. Masa bukan lama pun, sedar-sedar dan nak kena check out.
Sarapan pagi
Suasana waktu malam
Lobi hotel Lexis Suites Penang
Fasiliti dalam hotel pun lengkap, ada bilik karaoke, ruangan gym, playground dan mini arcade game room. Malam tu kami ambil peluang untuk berkaraoke. Budak-budak nie pun dah tahu ada bilik karok, apa lagi dedi kena paksalah bayar untuk nyanyi. Boleh tahan jugak harganya. Janji anak-anak enjoy.
Free je nie sebab jawab survey
Walaupun kami stay 2 hari 1 malam, tapi macam-macam aktiviti kami dapat buat kat sini. Itu belum lagi berjalan-jalan kat Penang nie sambil makan durian. Memang berbaloi sunggah percutian kali nie. Singkat dan bermakna. Korang pun kalau nak stay sini boleh book sini --> Lexis Suites Penang.
Ada rezeki nak stay lagi.
0 Comments