Tak sangka pula kat Kelantan pun ada floating market macam kat Thailand tu. Walaupun Fiza tak pernah pergi yang kat Thailand tu, rasanya yang ada kat Malaysia nie lagi best kot. Sebabnya? sebab boleh.. haha..

Floating Market Pulau Suri Tumpat Kelantan, seronok jalan-jalan cari makan kat sini | Sebabnya surelah makanan atas bot yang peniaga jual nie halal, in syaa Allah.
Kalau tempat jalan-jalan best di Kelantan nie selalunya cadangan encik suami. Kita nie selalu cakap yeke kat Kelantan ada tu, kat Kelantan ada nie. Bila dia tunjuk video kat Tiktok, alamak bestnya Pulau Suri, nak pergi!!!!

Kawasan parking luas disediakan, bas persiaran
kalau nak parking tiada masalah
Kita share sikit Panduan mudah untuk ke Floating Market Pulau Suri (c&p FB Kelantan State) risau salah share kan kesian korang yang nak datang sini.

Nikmati makanan tradisional, beli-belah atas air, dan pelbagai aktiviti menyeronokkan!

𝟭. 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶
Floating Market Pulau Suri beroperasi setiap Jumaat dan Sabtu, dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Ada juga hari istimewa seperti cuti umum di mana pasar dibuka, jadi pastikan korang semak jadual kami di Facebook atau Instagram.
𝟮. 𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗡𝗮𝗸 𝗞𝗲 𝗦𝗮𝗻𝗮
Korang perlu menaiki bot untuk ke Floating Market kerana ia terletak di atas air. Terdapat beberapa pengkalan bot yang boleh korang pilih:
- Pengkalan Kuala Besar (𝙆𝙤𝙩𝙖 𝘽𝙝𝙖𝙧𝙪)
- Pengkalan komuniti pulau pisang (𝙆𝙤𝙩𝙖 𝘽𝙝𝙖𝙧𝙪)
- Lokasi ini sesuai kalau korang dari kawasan 𝙆𝙤𝙩𝙖 𝘽𝙝𝙖𝙧𝙪. Bot akan bawa korang terus ke Floating Market.
- Pengkalan Kok Majid (𝙏𝙪𝙢𝙥𝙖𝙩)
- Pengkalan Sungai Pinang (𝙏𝙪𝙢𝙥𝙖𝙩)

Kami ambil bot di Pengkalan Kuala Besar (𝙆𝙤𝙩𝙖 𝘽𝙝𝙖𝙧𝙪)
𝟯. 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗕𝗼𝘁
Jangan risau, bot sentiasa ada di pengkalan pada hari operasi. Tapi, lebih baik datang awal pagi untuk elak menunggu lama sebab orang ramai akan mula datang sekitar tengah hari.


𝟰. 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶
Sampai saja di Floating Market, korang boleh nikmati pelbagai jenis makanan tempatan, hasil kraftangan unik, dan pengalaman membeli-belah yang takkan dapat di tempat lain. Suasana pasar di atas air ni memang lain dari yang lain, sesuai untuk semua peringkat umur!

𝟱. 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝘂𝗸
Untuk dewasa, bayaran masuk hanyalah RM2, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun masuk percuma. 𝙎𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙖𝙡𝙤𝙞!

6. Kemudahan surau dan tandas
Bagi pengunjung yang datang pada hari Jumaat, jangan risau tentang solat Jumaat. Bot percuma disediakan untuk ke masjid berhampiran dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang.

Nak info lebih lanjut boleh check out FB Kelantan State. Dekat tiktok pun banyak pengunjung yang dah review Pulau Suri nie. Apa yang diviralkan memang best dan betul. Tempat selesa, banyak pilihan makanan dan kebersihan kat Pulau Suri pun sangat terjaga.
Nak datang sini seeloknya tengok ramalan cuaca dahulu yer. Lepas itu datanglah awal pagi. Boleh la lepak lama sikit kat sini. Bagi yang suka jalan-jalan cari makan sinilah tempatnya.
Wassalam.
0 Comments